Gabriel tiba-tiba memegang wajah aku. Di tenung wajah aku penuh dengan kerinduan. “Aina janji dengan aku, kau tak akan tinggalkan aku lagi”
Aku masih diamkan diri melihat Gabriel. Aku tak tahu apa yang aku rasa.
Gabriel menarik badan aku masuk dalam pelukan dia. Aku di peluk erat. “Aina pergi mana. Kenapa tinggalkan Abang lama sangat. I miss you so much sayang”
Aku mengangguk. Aku tak pernah pun tinggalkan Gabriel mahupun Ariel. Tapi Ariel tidak tahu semua itu. Kerana sudah setahun Gabriel yang wujud pada diri Ariel.
Orang yang aku sayang ada dua personality.
Seorang sayangkan aku.
Seorang bencikan aku.
Sebab itu aku sanggup di seksa, di caci oleh Gabriel. Semuanya kerana aku sayangkan Ariel. Aku setia bersama Gabriel walaupun aku terpaksa menangung kesakitan.
Aku rela hati menangung derita bukan bermakna aku maafkan segala apa yang telah dia lakukan pada aku.
Aku mahu Gabriel menderita sama seperti apa yang dia buat pada ku. Tapi pasti Ariel akan terkena tempias sekali. Aku sering berubah hati dengan apa yang aku mahu lakukan.
Tanpa aku sedar air mata aku jatuh. Terkenangkan derita dan saat bahagia aku bersama Ariel.
Gabriel melepaskan pelukan dia. Dia melihat aku dengan mata berairnya. Pipi aku di sentuh dan di buang air mataku yang mengalir. “Kenapa sayang menangis? Sepatutnya Abang yang menangis sebab sayang tinggalkan Abang”
Aku tak pernah tinggalkan dia. Dia yang tidak ingatkan aku.
Sejak kematian Caira, membuatkan Gabriel berubah. Dia tidak dapat terima kenyataan aku yang bunuh Caira. Bagi Gabriel, semua kesalahan berpunca dari aku.
Aku baru melepaskan rindu dapat bertemu Ariel. Gabriel muncul kembali. Tanpa sebarang amaran aku di tolak keluar dari kereta. Rintik hujan yang turun seperti memahami apa yang aku rasa.
Kedinginan malam sama seperti hatiku yang dingin.
Gabriel meninggalkan aku seorang diri di tepi jalan. Aku hanya memeluk tubuh menahan kesejukkan malam. Aku tidak mampu untuk bergerak walaupun sedikit. Badan aku sakit. Aku tiada tenaga. Hanya mengharapkan seseorang muncul untuk selamatkan aku.
Orang yang menyelamatkan aku adalah Aiman. Dia tidak dapat hubungi aku satu hari sebab itu dia mengambil keputusan untuk mencari aku.
Badan aku yang mengigil di baluti tuala. Aku di bawa masuk ke dalam keretanya. “Kenapa kau biarkan dia seksa kau? Kenapa nak sakitkan diri kau sendiri Aina”
Saat tu di hadapan aku hanya bayangan Gabriel. Bukan Aiman. Walaupun aku tahu Aiman yang telah menolong aku. Aku sungguh tidak bermaya untuk membalas segala pertanyaan Aiman. Hanya dalam hati aku berkata.
Dia akan terpaksa menerima balasan dengan apa yang dia buat pada aku.
Selepas itu aku tidak sedarkan diri. Ketika aku sedar. Aku sudah berada di hospital. Pasti Aiman yang bawa aku ke hospital. Aku lagi sekali menangis kerana rindukan Gabriel yang sayangkan aku.
Aku baru bertemu sekejap tetapi dia telah pergi kembali.
Kisah cinta antara aku dan Gabriel tiada conflict tetapi Gabriel tiba-tiba berubah.
Kami seperti pasangan lain yang mencintai, menyayangi satu sama lain. Gabriel berjanji pada aku untuk menjaga aku hingga akhir hayat. Setia bersama aku.
Gabriel dengan aku berbeza umur 5 tahun. Kami berkahwin pada usia aku 20 tahun dan Gabriel 25 tahun. Gabriel kerap mengenyitkan mata apabila mata antara kami bertentangan.
Gabriel tidak pernah sekali pun marah, tinggikan suara pada aku. Setiap tutur bicara sentiasa lembut dan selalu memuji aku.
Tetapi sekarang sangat berbeza. Gabriel sangat membenci aku. Sebolehnya dia ingin menyeksa aku hingga aku mati. Gabriel mahu aku meminta maaf dan keampunan dari Caira. Dia mahu dengar sendiri Caira mengucapkan kata dia sudah memaafkan aku.
Semua itu mustahil kerana Caira sudah mati. Ini bermakna Gabriel akan menyeksa aku hingga akhir hayat aku.
Ketika Gabriel berubah, Amira mula mengambil kesempatan atas masalah rumahtangga aku. Sebab Amira sememangnya suka menghancurkan segala apa yang aku miliki. Aku juga tahu, Gabriel menerima Amira untuk membuat aku lagi terseksa seperti mana dia mahukan.
Itu yang mereka mahukan. Aku sedikit pun tidak memperdulikan apa mereka mahukan. Kerana orang yang aku saya Ariel bukan Gabriel.
Hari kedua aku di hospital. Peguam Mama datang berjumpa aku untuk aku tandatangan satu lagi perjanjian pertukaran saham syarikat. Sebelum kedatangan peguam Mama, Gabriel terlebih dahulu berjumpa dengan aku.
Gabriel bertanya dengan wajah bengis yang selalu dia berikan kepada aku. Gabriel bertanya malam kejadian aku berada di dalam keretanya.
Aku bertanya kembali kepadanya. “Apa maksud Encik Gabriel”
“Kenapa kau dalam kereta aku? Kenapa aku boleh peluk kau?” Gabriel mula meragui diri sendiri.
Share this novel