BAB 16

Romance Completed 16441

Mereka semua berehat seketika sebelum aktiviti dijalankan malam nanti.

Khairul telah pun menempahkan chalet untuk semua staf nya.

Badan Khaira sakit-sakit kerana terlalu lama duduk di dalam kereta. Dia terus melangkah ke chalet.

Sebaik tiba di bilik, tubuhnya dihempaskan di atas katil.

" Leganya " .

Matanya berat sahaja. Khaira terus terlelap.

???

Khairul berjalan di pesisiran pantai. Sebab utama Khairul memilih pulau kapas sebagai tempat percutian untuk staf Berjaya Holdings adalah kerana, Pulau Kapas merupakan
pulau pelancongan yang paling cantik di Malaysia.

Masyarakat memanggilnya Pulau Kapas kerana pasir di pantai ini berwarna putih seperti kapas. Selain mempunyai pantai yang cantik, air laut di perairan pulau yang
jernih dan pemandangan dasar laut yang cantik merupakan tarikan pelancong untuk bercuti ke Pulau Kapas.

Khairul merenung laut yang terbentang luas. Dia rasa sangat tenang. Lagipun sudah lama dia tidak bercuti dan merehatkan diri. Asyik sibuk dengan kerjanya sahaja.

" Hai " sapa seorang gadis.

Khairul memandang ke arah pemilik suara itu.

" Hai " balasnya.

" Bercuti ke? " soal gadis itu ramah.

" Ha'ah. I buat family day syarikat I kat sini " terang Khaira.

" Oh ya I see. By the way, my name is Amanda. You? " .

" Khairul. Panggil Khai jer " .

" Nice to meet you. Maybe kita boleh jadi kawan? " .

" Yes. Sure. Why not " .

" Thank you. Cantik kan pantai ni? " .

" Yes. Tenang jer. By the way you datang dengan siapa? " .

" Oh I datang seorang jer " .

Khairul mengangguk faham.

" Maybe you boleh join kita orang " .

" Seriously? I happy sangat kalau boleh join. Tak apa ke? I bukan staf " .

" Yes sure. Boleh. Tak ada masalah " .

" Thank you so much Khai " .

Dari jauh Khaira memerhati dari tingkap biliknya. Sakit hatinya melihat Khairul bermesra dengan gadis itu.

" Gatal. Lelaki semua sama " Khaira menutup langsir tingkapnya.

Lagi lama dia melihat adegan mesra itu, lagi sakit hatinya.

???

Malam itu mereka membuat unggun api dan bbq di tepi pantai.

Khaira langsung tidak bertegur dengan Khairul. Khairul pula hanya berkepit dengan Amanda. Membuatkan hati Khaira semakin panas.

" Apa kata nyanyi satu lagu " cadang Faiq.

Dia setia di sisi Khaira. Khaira hanya membiarkan. Sekurang-kurangnya dia dapat membuat Khairul cemburu. Dia perasan sesekali Khairul menjeling ke arahnya dan Faiq.

" Boleh jugak " .

" Ha nyanyi lah " .

" Nyanyi banyak pun tak apa " .

Staf-staf yang lain juga bersetuju. Sekurang-kurangnya mereka dihiburkan dengan nyanyian.

" Okay biar saya nyanyi satu lagu. Lagu ni bertajuk mengintai dari tirai kamar. Khas untuk, Khaira " .

" Wuuuu " semua bersorak gembira sambil menepuk tangan.

Wajah Khaira sudah merah kerana malu. Khairul memandang tajam ke arah Faiq. Jelas api cemburu di wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience