BAB 20

Romance Completed 16441

Khaira berjalan sendirian di persisiran pantai. Tenang sedikit hatinya. Meskipun masih sakit dengan perbuatan Khairul.

Air matanya dikesat. Nafas ditarik perlahan-lahan.

" Aira " panggil Milah.

Khaira tersenyum kecil.

" Eh Milah " .

" Aira okay? " soalnya prihatin.

" Aira okay " .

" Aira tak payah lah ambil hati dengan Encik Khai tu. Biasalah tu kan " .

" Taklah. Aira tak ambil hati pun " .

" Walaupun suami Aira sibuk sebelahkan perempuan lain? " .

Khaira terkejut.

" Milah tahu yang Aira dengan Encik Khai suami isteri. Malam tadi waktu Milah nak balik bilik, Milah terdengar perbualan kau orang " terang Milah.

" Milah, Aira minta tolong sangat jangan beritahu sesiapa " .

" Ya Milah tak akan beritahu sesiapa pun " .

" Thanks " .

" Aira, kita ni sepatutnya pertahankan hak kita. Bukannya senang-senang mengalah " .

" Maksud Milah? " .

" Maksud Milah, Aira tak boleh lah biarkan Encik Khai tu makin rapat dengan Amanda. Encik Khai kan suami Aira " .

Khaira mengeluh perlahan.

" Milah, kita orang kahwin bukan sebab cinta. Ini semua aturan keluarga. Aira tak boleh halang dia untuk dia berkawan dengan sesiapapun. Aira tak ada hak " jelas
Khaira.
" Tapi Milah tahu kau orang berdua saling mencintai. Cuma ego yang mengusai diri. Ego untuk mengaku. Milah boleh nampak Encik Khai cemburu bila Faiq rapat dengan Aira.
Dan Aira sendiri pun cemburu bila Encik Khai rapat dengan Amanda " .

Khaira mengeluh perlahan.

" Aira tak tahu nak buat apa " .

" Milah doakan yang terbaik untuk kau orang berdua. Fikir masak-masak. Ketepikan ego tu " bahu Khaira diusap perlahan.

" Terima kasih Milah " .

Milah mengangguk perlahan.

Khaira akui apa yang Milah katakan itu benar. Ego mereka berdua terlalu tinggi.

???

Petang itu mereka semua mandi-manda di pantai. Khaira tidak mahu sertai sama kerana dia tidak pandai berenang.

" Aira " panggil Amanda.

Khaira berpaling.

" Kenapa? " soalnya.

" You tak join sekali ke? Takkan lah takut air pulak. Tadi bukan main lasak " perli Amanda.

" Yang sibuk kenapa? Suka hati lah " .

Amanda tersenyum sinis.

" Well tak sangka pulak you tak berani mandi laut. Takut ea? "
" Siapa cakap saya takut? " .

" Oh tak takut. Then mandi lah. Buktikan pada I " cabar Amanda.

" Fine. No hal " .

" Okay let's see " .

' Arghh kenapalah aku ni bodoh sangat. Aira kau dah lah tak pandai berenang. Tak.. Aku kena jugak buktikan aku boleh ' katanya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience