BAB 10

Romance Completed 16441

" Morning " ucap Khaira sebaik melihat Khairul turun dari tangga.

Khairul terus melangkah ke meja makan.

" Morning " dia terus melabuhkan punggungnya di meja makan.

" Awal awak siap nak pergi kerja " .

" Memanglah " jawab Khairul.

" Oh ya ni saya buatkan breakfast " .

Khairul merenung roti bakar dan telur goreng yang dimasak oleh Khaira.

" Ni apa benda kau masak ni? Roti bakar ke roti hangus? Ni telur apa macam ni? Tak ada rupa telur langsung " kritik Khairul.

" Ala cuba bersyukur. Kira okay dapat makan tau " .

" Tak nak lah. Ada yang sakit perut nanti. Aku nak minum air jer " .

" Nah, saya buat air teh " Khaira menghulurkan secawan air teh kepada suaminya.

Khairul terus menyambut huluran Khaira. Air teh itu diteguk perlahan.

" Air apa ni Aira? Tak rasa gula langsung. Pahit " komen Khairul.

Khaira baru teringat dia lupa untuk meletakkan gula di dalam air itu.

" Sorry, saya lupa nak letak gula " .

Khairul menggelengkan kepalanya.

" Ni, kau amik kos apa? " soal Khairul.

" Akaun " .

" Dah mintak kerja dekat mana-mana? " .

" Belum lagi " .

" Kau buat resume lepas tu bagi aku. Office aku nak pakai orang " .

" Tak nak lah kerja dengan awak " .

" Kau nak kerja ke tak nak? Memilih betul. Cuba bersyukur " .

" Yelah " akur Khaira.

" Aku dah nak pergi kerja dah ni. Hilang selera aku nak sarapan. Ni kira beruntung aku yang jadi laki kau, kalau orang lain dah lama kuali terbang kau tahu " .

Khaira mencebik. Tak habis-habis membebel.

" Salam suami ni " arah Khairul.

Khaira hanya menurut. Dia menghantar Khairul sehingga ke muka pintu. Sebaik kereta Khairul berlalu, dia masuk ke dalam semula.

???

Jam telah menunjukkan pukul 7.55, Khaira masih hanyut di buai mimpi lena. Selepas subuh tadi, dia tidur semula.

" Mana minah ni? Aduh " keluh Khairul.

Dia terus melangkah ke bilik Khaira. Pintu bilik Khaira diketuk kuat.

" Aira, kau dah bangun belum. Kau tengok jam dah pukul berapa? " laung Khairul dari luar bilik.

Khaira tersedar dari lenanya saat mendengar suara Khairul yang bingit itu.

" Hishh bising betul lah dia ni " Khaira bangun melangkah ke muka pintu.

Pintu bilik dibuka.

" Hoi! Kau tak mandi lagi? " soal Khairul saat melihat Khaira yang masih lagi memakai baju tidur.

Khaira menggosok-gosok matanya.

" Apa ni bising-bising pagi buta? Kacau orang nak tido lah " .

" Eh Khaira kau tengok jam dah pukul berapa? Hari ni hari first kau kerja tau. Kau jalan pergi siap sekarang. Aku tahu pukul 8.15 kau dah siap. Lambat, kau pergi jalan
kaki " Khairul terus berlalu.

Khaira baru tersedar hari ini hari pertama dia bekerja. Khaira segera berlari ke bilik mandi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience