BAB 1

Romance Completed 16441

Dumm!

Berdentum bunyi pintu dihempas. Khaira benar-benar geram dengan suaminya. Ada saja benda hendak menyakitkan hatinya. Pantang bertemu pasti mahu mencari gaduh.

Ini semua gara-gara perkahwinan yang diaturkan oleh kedua ibu bapa mereka. Sudahlah Khaira masih belum habis belajar. Dipaksanya pula untuk berkahwin dengan Khairul.

" Ha hentak lah. Hentak lagi pintu tu sampai tercabut! " jerit Khairul.

Ini yang dia malas apabila Khaira pulang ke rumahnya ketika cuti. Ada saja barang Khairul yang hendak di jahanamkan. Selalunya Khaira tinggal di asrama universiti nya.
Hanya sabtu dan ahad Khaira pulang.

" Diam lah! " laung Khaira dari dalam bilik.

" Ha melawan. Melawan cakap suami " balas Khairul.

" Ha melawan. Melawan cakap suami. Haishh kenapalah aku kena kahwin dengan Mamat tiga suku ni " Khaira mengajuk semula kata-kata suaminya itu.

Bukan dia mahu sangat pulang ke rumah suaminya ini. Tapi dia terpaksa. Kawan-kawan sebiliknya semua pulang ke rumah. Jadi dia takut tinggal sendirian.

" Arghh kenapa dengan dia? " keluh Khaira sendirian.

???

Perut Khaira berbunyi menandakan dia lapar. Kakinya terus di atur ke dapur.

Tudung saji di buka. Kosong!

Peti sejuk dibuka. Juga kosong!

Tiada langsung makanan di dapur itu. Hanya ada sebungkus mi segera. Ah dia sudah jemu dengan mi segera. Di universiti dia makan mi segera tak mungkin di rumah pun dia
harus makan mi segera.

Khaira mengeluh perlahan. Matanya melilau mencari Khairul.

Saat dia melihat Khairul sedang lena dibuai mimpi di hadapan televisyen, Khaira tersenyum kecil. Dia mendapat idea.

Khaira masuk semula ke dapur untuk nengambil sudip dan kuali. Setelah itu dia ke rumah tamu.

Sudip dan kuali itu terus diketuk-ketuk sehingga mengeluarkan bunyi yang sangat bising. Tidur lena Khairul terganggu kerana bunyi bising itu.

Dia terus membuka matanya.

" Diam lah. Bising orang nak tidur " marah Khairul.

" Bangunlah " Khaira menguatkan lagi ketukannya.

" Apa benda ni Khaira? " soal Khairul.

Hari minggu beginilah dia dapat berehat dari kerja-kerjanya. Tetapi tidurnya kini diganggu isteri keanak-anakannya itu. Rasa mahu ditelan sahaja.

" Saya lapar. Saya nak makan " .

" Eh kau bukan budak kecik tau Aira. Pergi lah cari apa-apa kat dapur tu. Dah jangan kacau aku " .

" Saya dah cari. Tapi tak ada apa pun. Kosong " balas Khaira.

Khairul meraup wajahnya. Aduh!

" Kau pergi siap cepat. Kita keluar cari barang " arah Khairul.

Khaira tersenyum gembira. Dengan pantas dia pergi ke biliknya untuk bersiap.

" Haish macam budak-budak, main kuali pulak dia " bebel Khairul sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience