BAB 8

Romance Completed 16444

" Oii kau tengok cerita apa benda ni? " soal Khairul yang baru turun dari tingkat atas.

Khaira langsung tidak mempedulikannya. Matanya masih terlekat di kaca televisyen.

" Oh sombong " Khairul melabuhkan punggungnya di sebelah Khaira.

Remote TV diambil lalu terus menukar siaran.

" Apa ni awak? Tukar balik cerita tadi " marah Khaira.

" Taknak. Cerita kartun apa ntah kau tengok tu. Mengarut jer. Dah tua-tua tengok kartun lagi " .

" Suka hati saya lah. Ish sibuk jer " Khaira memeluk tubuhnya.

" Kau konvo bila? " .

" Tak nak cakap. Merajuk " .

" Eh eh budak ni. Mengada nak merajuk bagai " .

" Saya nak tengok cerita tu. Bagi lah balik remote " .

" Nak remote ea? " .

Khaira mengangguk laju.

" Okay ambil lah " Khairul mengangkat tangannya setinggi yang boleh.

" Tak sampai lah " marah Khaira.

" Ha siapa suruh tak sampai " Khairul tersenyum nakal.

" Arghh malas nak layan " Khaira terus berlalu masuk ke dalam bilik.

Sakit hatinya melayan Khairul. Suka benar membuat mood nya rosak.

" Oi merajuk " Khairul ketawa terbahak-bahak.

Puas hatinya dapat mengenakan Khaira.

???

Hari ini adalah hari bahagia buat Khaira dan kawan-kawannya di mana mereka akan berkonvo pada hari ini.

Khaira memerhati sekeliling. Dia agak sedih kerana mak dan ayahnya tidak dapat datang kerana mereka menunaikan umrah.

" Aira " .

Khaira terus berpaling saat mendengar namanya dipanggil seseorang.

" Awak? " soal Khaira.

" Iyalah aku. Takkan hantu pulak " .

Khaira tersenyum. Sekurang-kurangnya ada juga yang datang.

" Kenapa awak datang? " .

" Oh tak boleh datang lah ni? Tak boleh takpa, aku balik " .

" Eh bukan tak boleh lah. Saya tanya jer " .

" Eleh macam lah aku tak tahu, muka kau tu monyok sebab tak ada siapa datang kan. So aku datanglah. Mummy dengan daddy pun ada sekali " .

" Yeke? Thanks " .

" Nah " Khairul menghulurkan bunga kepada Khaira.

" Untuk saya? " soal Khaira.

" Tak lah. Untuk makcik kantin sekolah rendah kau dulu " .

Ada sahaja jawapan yang menyakitkan hati yang keluar daripada mulut Khairul.

" Aira " .

" Mummy, daddy " Khaira terus bersalam dengan ibu bapa mertuanya.

" Terima kasih sebab sudi datang " ucap Khaira.

" Aira janganlah cakap macam tu, Aira kan anak daddy dengan mummy jugak " kata Datuk Zaid.

" Betul tu sayang " sampuk Datin Alyah.

Khaira tersenyum gembira.

???

" Aira, tunggu sekejap " panggil Danial.

Langkah Khaira terhenti.

" Ada apa Dan? " .

" Tahniah dah konvo " .

" Thanks. Awak pun, tahniah jugak " .

" Saya ada benda nak cakap " .

" Apa dia? " soal Khaira.

" Saya sebenarnya dah suka dengan awak Aira. Sejak kita semester pertama lagi " .

Khaira tersentak.

" Saya minta maaf Dan. Saya terpaksa tolak perasaan awak tu. Sebab saya dah.. " .

" Dah kahwin " .

Danial dan Khaira terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience