BAB 14

Romance Completed 16441

Khairul menguak pintu bilik Khaira. Gadis itu sedang sibuk mengemas pakaian. Esok semua staf Berjaya Holdings akan menyambut family day di pulau kapas.

" Aira, boleh aku masuk? " soal Khairul.

" Masuklah. Kalau saya tak bagi awak masuk pun awak tetap masuk jugak kan " .

Khairul terus melangkah masuk ke dalam bilik Khaira.

" Aku minta izin dulu " punggungnya dilabuhkan di sisi kati Khaira.

" Awak dah kemas barang belum? " .

" Kau kemaskan " .

Khaira mencebikkan bibirnya. Pemalas betul lah mamat ni.

" Sekejap lagi saya kemaskan lah. Saya habiskan saya punya dulu " .

" Aira " .

" Hmm " .

" Kau rasa sampai bila kita nak macam ni? " soal Khairul tiba-tiba.

" Maksud awak? " .

" Perkahwinan kita ni. Sampai bila? " .

Khaira mengeluh perlahan.

" Saya tak tahu. Awak lelaki. Semua bergantung pada awak, sama ada nak lepaskan saya bila tiba masanya nanti " .

Khairul terdiam. Tidak mungkin dia mahu melepaskan Khaira. Hatinya sudah terpaut pada gadis itu.

" Kau nak aku lepaskan kau? " soal Khairul.

Khaira memejamkan matanya seketika. Jujur diakui dia selesa apabila lelaki itu disisinya. Kalau boleh dia mahu hidup bersama Khairul buat selama-lamanya.

" Saya tak tahu. Macam saya cakap tadi, semua bergantung pada awak " jawab Khaira. Ada getar pada suaranya.

" Kau ada apa-apa ke dengan Faiq? " .

" Tak ada. Saya cuma anggap dia kawan " .

" Aku tak rasa dia pun anggap kau macam kawan " .

" Maksud awak ? " .

" Takkan kau tak nampak dia layan kau macam mana? Itu tandanya dia suka dengan kau. Benda simple macam ni pun kau tak tahu kan. Dah lah malas aku nak cakap pasal benda
ni lagi " Khairul terus bangkit dari duduknya.

" Aku sebenarnya... Tak ada apalah " Khairul terus melangkah keluar dari bilik Khaira.

Khaira mengerutkan dahinya.

" Dah kenapa dia tu? Pelik-pelik jer " kata Khaira sendirian.

Dia menyambung semula mengemas pakaian.

???

Khairul meraup wajahnya. Entah kenapa setiap kali dia ingin meluahkan perasaannya pada Khaira, dia gagal. Lidahnya terus menjadi kelu.

Dia akui, dia cemburu melihat Faiq mendekati Khaira. Dia tahu Faiq menyimpan perasaan terhadap Khaira. Dan itu membuatkan dia semakin takut jika Khaira juga punya
perasaan yang sama seperti Faiq.

Khairul mengeluh perlahan. Berapa lama lagi dia harus menunggu waktu yang sesuai untuk dia meluahkan perasaan pada Khaira, dia sendiri tidak pasti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience