BAB 21

Romance Completed 16441

Khairul terkocoh-kocoh berlari-lari ke arah Khaira yang terkapai-kapai kelemasan di tengah lautan.

" Aira!! " tubuh Khaira ditarik bawa ke persisiran pantai.

Nafas Khaira tersekat-sekat. Khairul terus memberi Khaira rawatan CPR. Dia sudah tidak peduli dengan keadaan sekeliling asalkan Khaira selamat.

Semua yang berada di situ terkejut melihat Khairul memberi rawatan CPR kepada Khaira. Terutama Faiq dan Amanda.

Khairul menekan dada Khaira untuk membuatkan darah mengalir di dalam badan.

Khaira tersedak. Banyak air yang keluar dari mulutnya.

" Aira, kau okay? " soal Khairul.

Khaira mengangguk lemah.

" Milah, tolong bukakan bilik Aira, saya nak hantar dia rehat kat bilik " .

Milah mengangguk. Khairul terus mencempung tubuh Khaira lalu di bawa ke biliknya.

Faiq mengeluh perlahan. Kenapalah bukan dia yang menyelamatkan Khaira. Amanda juga menyesal kerana mencabar Khaira sebentar tadi. Dia tidak tahu perkara ini akan
terjadi. Mujur sahaja Khaira dapat diselamatkan.

???

Khairul membaringkan tubuh Khaira di atas katil.

" Milah, awak tolong tukarkan baju Aira " .

" Kalau Encik Khai tukarkan sendiri lagi bagus " jawab Milah. Dia tersenyum kecil.

Khairul terkedu.

" Encik Khai tak payah risau. Saya dah tahu yang Aira isteri Encik Khai. Encik Khai tukarkan lah. Saya tunggu kat luar " Mila terus berlalu keluar.

Khairul memandang sepi ke arah Khaira. Jatuh kasihan dia melihat gadis itu.

Dia terus menukarkan baju Khaira yang basah itu. Kemudian tubuh Khaira diselimut kan.

" Maafkan aku Aira " dahi Khaira dikucup lembut.

???

" Encik Khai, sampai bila Encik Khai nak sorokkan perkahwinan Encik Khai? " soal Milah.

Khairul mengeluh perlahan.

" Saya tak tahu Milah. Saya tak tahu. Saya takut kalau keputusan yang saya buat ni makan diri saya sendiri nanti " .

" Encik, saya tahu Encik Khai sayangkan Aira. Cintakan dia. Cuma Encik Khai ego untuk luahkan perasaan tu. Aira pun rasa benda yang sama Encik Khai. Cuma dia tak tahu
macam mana nak luahkan. Tapi saya rasa lebih baik Encik yang mulakan dulu " .

" Betul ke ni? " .

Milah mengangguk meyakinkan Khairul.

" Betul Encik. Kalau Encik ikutkan sangat ego Encik tu. Encik yang menyesal nanti. Lagipun tak salah pun kalau ketepikan ego tu " .

" Terima kasih Milah. Terima kasih sebab sedarkan saya " .

" Sama-sama. Saya doakan yang terbaik untuk Encik Khai dan Aira " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience