BAB 22

Romance Completed 16441

Khaira perlahan-lahan membuka matanya. Matanya melilau melihat sekeliling.

Dia bangun dari pembaringannya.

" Aira " panggil Khairul. Dia melangkah mendekati Khaira.

Sejak dari tadi dia menanti Khaira sedar.

" Awak buat apa kat sini? " soal Khaira dingin.

Khairul melabuhkan punggungnya di birai katil.

" Abang tunggu Aira sedar " .

Khaira memandang pelik ke arah suaminya. Dah kena sampuk ke apa?

" Aira, abang minta maaf atas semua salah abang selama ni. Abang tahu abang ego. Milah dah cerita semuanya. Baru abang sedar yang abang terlalu ego. Abang minta maaf "
tangan Khaira digenggam erat.

" Apa hubungan awak dengan Amanda? " soal Khaira.

" Aira, Amanda tu cuma kawan abang jer. Tak lebih. Cinta abang hanya untuk Khaira. Tak ada orang lain. I love you so much sayang " .

" Janji jangan marah-marah saya lagi? " .

Khairul tergelak kecil.

" Janji. Abang takkan marah lagi. Sayang abang tak? " .

Khaira mengangguk perlahan. Merah pipinya kerana malu.

???

6 bulan kemudian...

" Abang, cepatlah nanti lambat " panggil Khaira.

" Ya ya abang datang lah ni " .

Khairul melangkah ke arah isterinya.

" Amboi, Milah yang nak kahwin. Sayang pulak excited lebih ea " hidung Khaira dicuit.

" Mestilah. Milah kan kawan baik Aira " .

" Dah jom " tangan Khaira digenggam erat.

???

Khaira tersenyum lebar melihat Milah dan Faiq yang sedang bersanding di atas pelamin. Mereka nampak sangat serasi.

" Jom jumpa pengantin " ajak Khairul.

Tangan Khaira masih dalam genggamannya.

" Milah, congrats. Milah cantik sangat " puji Khaira.

Milah tergelak kecil.

" Thank you. Kau orang walaupun pengantin basi still lagi nampak sweet tau. Kalah kita orang ni " .

" Kan sayang. Tapi takpa. Kita lawan lagi biar nampak lagi sweet " sampuk Faiq.

Mereka ketawa serentak.

Siapa sangka jodoh Faiq dan Milah. Faiq agak kecewa setelah mengetahui bahawa Khairul adalah suami kepada Khaira. Dia membuka hatinya untuk orang lain. Dan kini siapa
sangka hatinya buat Milah.

Takdir yang Allah susun sangat cantik dan teratur. Cuma kita perlu bersabar menanti.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience