Bab 4

Romance Completed 16441

Khairul ralit menyiapkan kerjanya. Sesekali dia merenung telefon pintarnya. Menanti panggilan daripada Khaira.

Dia baru sahaja menghantar sms pada Khaira agar menelefonnya selepas habis class.

Pintu pejabatnya diketuk dari luar.

" Masuk " laung Khairul.

Terjengul muka Faiq di muka pintu sambil tersengih-sengih memandang Khairul.

" Khai sayang " usik Faiq.

Khairul menjeling tajam sahabatnya itu.

" Kau ni sehari tak kacau aku tak sah kan " .

" Alah rilex lah. Aku bosan lah Khai " Faiq melabuhkan punggungnya di hadapan Khairul.

" Memang aku bayar gaji kau untuk kau kacau aku kan " perli Khairul.

" Alah Khai ni. Sekejap jer. Ni aku nak cerita ni " .

" Hmm. Perempuan mana pulak jadi mangsa kau kali ni? " .

Faiq adalah seorang playboy. Dengan rupa parasnya yang kacak, senang untuk dia memikat hati gadis-gadis.

Faiq tersengih mendengar soalan Khairul.

" Waiter dekat cafe kita selalu pergi tu. Lawa Khai. Cair aku " .

" Apa taste kau ni? Waiter pun kau nak usha. Semua kau nak sapu kan " .

" Peluang depan mata Khai. Mana boleh sia-siakan. Kenalah hargai peluang yang ada " .

" Banyaklah kau. Asyik mainkan hati orang jer. Bila nak berubah ni ? " .

" Alah aku muda lagi. Time ni lah nak berhibur. Nanti lepas kahwin aku setia lah " .

" Perempuan malang mana lah yang jadi isteri kau nanti agaknya kan " .

" Khai! Tak baik tau " .

Khairul tersenyum kecil.

" Betul apa. Kasihan lah isteri kau nanti, dapat suami playboy pulak tu " .

" Nanti-nanti aku berubah lah. Kau ni, seorang pun tak ada. Apa cerita? " .

" Malaslah. Aku tak berminat. Baik aku fokuskan dekat syarikat aku jer " .

" Eleh, jual mahal konon. Umur dah nak masuk 25 tau, kau bukan muda lagi. At least cari lah seorang. Buat peneman hidup " .

" Tak kuasa lah aku. Aku boleh jer hidup. Tak payah nak peneman sangat " .

Faiq mencebik. Ada saja alasan Khairul. Susah untuk Faiq melihat Khairul berkawan dengan perempuan. Dia hanya sibuk dengan kerjanya saja.

???

Telefon bimbit Khaira berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Segera Khaira mengambil telefon bimbitnya. Nama ' mamat tiga suku ' tertera di skrin.

" Dia telefon aku? Nak apa pulak ni " kata Khaira sendirian.

Khaira terus menjawab panggilan itu.

" Hello nak apa call saya? " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience