BAB 19

Romance Completed 16441

" Morning guys " sapa Faiq yang entah muncul dari mana.

Khairul mengeluh perlahan.

" Morning " balas Khairul dan Khaira serentak.

" Khai! " dari jauh Amanda sudah melambai ke arah Khairul.

Khaira terus memandang tempat lain. Ikutkan hatinya mahu saja cepat-cepat pergi dari situ.

" Hai kau orang. Morning " sapa Amanda.

" Morning " jawab mereka.

" Boleh I join sekali tak? " soal Amanda.

" Eh boleh duduk lah. Makan ramai-ramai lagi best " jawab Faiq.

Amanda tersenyum lebar. Punggung di labuhkan di sebelah Khairul.

" Aira, kenapa mata you bengkak ea? Menangis ea? " soal Amanda.

Khaira mengetap giginya. Dia menggeleng perlahan.

" Tak lah. Saya cuma tak cukup tidur jer " jawab Khaira.

Amanda mengangguk faham.

" Aira, nanti kita satu team tau " kata Faiq.

Khaira hanya tersenyum kelat. Dia perasan mata Khairul masih melekat padanya.

???

Setelah membahagikan ahli kumpulan, mereka memulakan permainan. Khaira, Faiq, Milah dan tiga orang lagi staf satu kumpulan. Manakala kumpulan lawannya pula Khairul,
Amanda dan empat orang lagi staf yang lain.

Permainan di mulakan seperti biasa. Kumpulan Khaira mendahului dengan tiga mata.

Masing-masing menunjukkan skill permainan yang pelbagai. Milah tak kurang hebatnya juga. Biarpun tubuhnya agak gempal, itu langsung tidak menjadi penghalang untuk dia
bergerak pantas.

Khaira menampar kuat bola ke arah pihak lawan, Amanda tidak sempat menampar semula. Bola itu terkena kepalanya.

Dia terus menjerit seketika. Permainan dihentikan.

" Arghh sakitnya " kepalanya dipegang.

Khairul terus pergi ker arahnya.

" You okay? " .

" Sakit sangat. Kuatnya Aira tampar bola tu " adunya.

Khaira membuat muka meluat melihat Amanda. Bukannya kuat sangat pun. Mengada lebih.

" Sekejap ya, Nia sini " .

Dania meluru ke arah Khairul.

" Tolong bawak Amanda rawat " arahnya.

" Baiklah " .

Dania memimpin Amanda berlalu.

Khairul terus melangkah ke arah Khaira. Lengan gadis itu ditarik kuat.

" Sakitlah " Khaira menarik semula tangannya.

" Eh bro, apa ni? " soal Faiq.

Dia tidak suka cara Khairul memperlakukan Khaira begitu.

" Kau diam " .

Faiq tercengang.

" Eh Aira, kau nak bunuh orang ke ha? " soal Khairul.

Matanya tajam merenung Khaira.

" Apa masalah awak ni? Dah memang bola tampar main macam tu. Yang dia mengada sangat tu kenapa? Kalau tak boleh kasar-kasar, tak payah main " Khaira terus berlalu dari
situ.

Kenapa lah Khairul tidak sudah-sudah menyakiti hatinya. Dia rasa mahu pulang ke KL sekarang juga.

Khairul meraup wajahnya. Dia terus berlalu. Faiq dan Milah terpinga-pinga di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience