BAB 6

Romance Completed 16441

Sebaik keluar dari asrama, Khaira melihat Khairul sudah pun menantinya.

" Hishh bukan nak tolong angkat barang " bebel Khaira.

" Aira, aku nak jumpa parents kau lah. Mana dia orang? " soal Aina yang tiba-tiba muncul di sebelah Khaira.

Eyma dan Zara sudah pun pulang ke rumah sebentar tadi. Hanya dia dan Aina yang masih belum pulang.

" Er..tak payahlah Aina. Bukan dia orang yang amik aku. Orang lain " .

" Orang lain? Siapa pulak yang ambil kau? " soal Aina hairan.

" Er..er " puas Khaira memikirkan hendak beri alasan apa pada Aina.

" Haishh kau ni lambatlah. Meh aku tolong bawak beg kau. Biar aku pergi tengok sendiri " Aina terus berlalu.

Khaira menepuk dahinya.

" Aduh! Habislah kalau kantoi " Khaira terus mengejar langkah Aina.

Khairul terus keluar dari kereta sebaik melihat Khaira sudah sampai.

" Hai " sapa Aina pada Khairul.

Aina tersengih-sengih memandang Khairul. Dia akui wajah lelaki di hadapannya ini sangat kacak.

" Hai " balas Khairul.

" Aira, siapa ni? " soal Aina.

" Suami Aira " jawab Khairul selamba.

Terbuntang mata Aina mendengar jawapan Khairul. Suami?

" Suami? " soal Aina terkejut.

" Eh tak tak. Maksud dia suami kakak aku. Haa " Khaira sudah cuak.

" Bukan kau anak tunggal ke Aira? Sejak bila kau ada kakak? "
Khaira sudah bingung. Dia lupa, dia anak tunggal. Mana datang ada kakak pula.

" Kakak sepupu. Ni suami kakak sepupu aku. Kan abang? " .

Khairul mengangguk perlahan.

" Oh. Terkejut aku. Ingatkan suami kau " Aina mengangguk faham.

Khaira menarik nafas lega. Mujur tidak terkantoi.

" Okaylah Aina, aku balik dulu. Jaga diri " Khaira dan Aina berpelukan seketika.

" Okay bye. Take care too " Aina melambaikan tangannya.

Khaira terus masuk ke dalam kereta milik Khairul. Khairul sempat membunyikan hon sebelum berlalu.

Aina memerhati sehinggalah bayang kereta yang dinaiki sahabatnya itu hilang dari pandangan.

" Hensemnya. Tapi sayang, suami orang " kata Aina sendirian

Dia terus melangkah masuk ke asrama semula.

???

" Awak ni, nasib baik tak kantoi tau. Kalau kantoi saya dah kahwin tadi macam mana? " soal Khaira sambil memeluk tubuh.

" Alah biarlah kalau kantoi pun. Tak ada masalah kan " jawab Khairul selamba.

Matanya masih ditumpukan kepada pemanduannya.

" Tak ada masalah awak cakap? Banyak masalah yang akan timbul nanti tahu tak " .

" Okay " .

Khaira merenung tajam ke arah Khairul. Rasa nak cekik-cekik sahaja Khairul.

Khairul menjeling sekilas Khaira di sebelahnya. Dia tersenyum kecil melihat wajah cemberut gadis itu. Suka benar dia membuat isterinya itu marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience