BAB 11

Romance Completed 16441

" Kau tahu tak, kalau orang lain dah lama reject kau kerja. Hari first dah lambat. Tak ada disiplin. Macam mana nak jadi pekerja yang bagus? " bebel Khairul.

Tidak cukup di rumah, ketika dalam perjalanan ke office Khairul sambung semula ' syarahan ' nya itu. Telinga Khaira sudah merah mendengar bebelan suaminya itu.

" Kau dengar tak ni? Kalau rasa nak kerja lama, kita kena ada disiplin. Baru lah orang selesa kerja dengan kita. Ni tidak, bangun pun lambat " sambung Khairul lagi.

" Iya saya tahu. Saya minta maaf. Dah lah tu membebel, sakit telinga saya dengar " .

" Oh kau sakit telinga? Habis kau tak fikir hati aku yang sakit ni? " .

Khaira mengeluh perlahan. Lebih baik dia diam. Lagi dia menjawab, lagi panjang bebelan suaminya itu.

Khaira hanya membuat bodoh seperti tiada apa yang berlaku
Malas dia mahu melayan lelaki itu. Sesekali Khairul menjeling Khaira di sebelahnya. Eh dia boleh buat derk jer. Aje gila aku cakap seorang-seorang.

Sampai sahaja di Berjaya Holdings, Khairul terus berjalan tanpa menanti Khaira yang terkial-kial berjalan menggunakan heels. Ini semua salah Khairul. Katanya semua
pekerja wanita wajib memakai heels.

Khaira mempercepatkan langkahnya.

" Hey, boleh jalan cepat sikit tak? Lembab " .

Khaira menjeling tajam ke arah Khairul. Eiii geramnya dengan mamat ni.

???

" Morning Encik Khai " tegur seorang staf.

Khairul mengangguk sambil tersenyum kecil.

" Assalamualaikum semua " .

" Waalaikumsalam " .

" Okay, hari ni saya nak perkenalkan awak semua dengan staf baru Berjaya Holdings. Kenalkan diri Khaira " arah Khairul.

Aduh! Malunya.

" Nama saya Nur Khaira Binti Madzlan, umur saya 22 tahun ".

" Tu jer? " soal Khairul.

Khaira merungut dalam hati. Mamat ni memang sengaja nak kenakan aku tau.

" Okay, dia akan ganti tempat Rafiq. So saya harap semua boleh beri kerjasama lah. Kalau tak ada apa-apa lagi, semua boleh buat kerja balik " .

Mereka semua bersurai.

" Kau, ikut aku " arah Khairul lalu berlalu ke biliknya.

" Kau, ikut aku. Kerek gila! " Khaira mengajuk semula Khairul.
" Khaira! " terdengar suara kuat Khairul dari dalam bilik.

Khaira terkocoh-kocoh ke bilik Khairul.

???

" Dalam pejabat ni ada peraturan dan aku tak nak kau langgar peraturan sesuka hati. Faham? " .

" Faham " jawab Khaira.

" And aku tak nak sesiapa pun tahu aku isteri aku. Nanti mati terkejut staf aku bila tahu aku dah kahwin. Tiba-tiba jer " .

" Saya tahu " .

" Lunch, kau kena makan dengan aku jer. Faham? " .

" Faham. Ada apa-apa lagi? " .

" Jangan panggil aku awak awak. Panggil Encik Khai " .

" Okay " .

" Dah kau pergi buat kerja, kalau tak faham datang jumpa aku " .

" Okay baiklah Encik Khai " sengaja Khaira memerli.

Dia terus berlalu keluar dari bilik Khairul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience