BAB 13

Romance Completed 16444

" Er...er tak ada sesiapa kahwin pun " jawab Khaira.

" Yeke ni? Tadi saya dengar awak cakap kahwin-kahwin tu semua " soal Faiq.

" Eh taklah awak salah dengar lah. Saya tak sebut pasal kahwin pun " .

Faiq mengangguk faham.

" Oh. Maybe saya silap dengar. Awak tak kahwin lagi kan? " soal Faiq.

Khaira menggeleng perlahan.

" Samalah kita. Awak anak dara, saya bujang " Faiq ketawa sendiri.

Khaira sudah memandangnya pelik. Dah kenapa? Masuk air.

" Awak buat apa tu? " soal Faiq.

" Buat air " .

" Untuk awak? " .

" Taklah. Untuk Encik Khai " .

" Dia suruh awak buat air? " .

Khaira mengangguk perlahan.

" Aik tak pernah-pernah dia suruh staf buat air " .

Khaira mengangkat bahu tanda tidak tahu.

" Buatkan air saya sekali boleh ? " .

" Awak pun nak jugak? " .

" Ha'ah. Nak rasa air tangan bakal ibu kepada anak-anak saya nanti " .

Khaira sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Aduh!

" Boleh? " .

" Okay. Nak air apa? " .

" Nak air love you " .

" Main-main pulak " .

Faiq ketawa.

" Ni apa benda i love you, you love me, we are happy family ni? Ha? Nak dating kat pantri? " Khairul muncul tiba-tiba.

" Aikk tu lagu barney Khai " jawab Faiq.

Khaira sudah cuak.

" Kau jalan pergi buat kerja sekarang Faiq " tajam renungan Khairul.

Seram Faiq melihatnya. Dia terus berlalu menyambung kerjanya.

" So, what's happen Khaira? " soalnya pada Khaira.

Kecut perut Khaira melihat renungan tajam Khairul. Seperti mahu menelannya.

" Er..er.. " Khaira mati kata.

" Aku suruh kau buat air milo jer untuk aku. Bukan suruh kau menggatal dengan si Faiq tu. Kau jangan lupa status kau tu seorang isteri. Dan kau isteri aku. Jaga sikit
perlakuan kau tu boleh tak? Baru sehari kau kerja, kau dah nak buat hal? Kau nak aku pecat kau ke ? " .

Khaira hanya tunduk. Dia menggeleng perlahan.

" Dah tahu tak nak, kau jangan lah buat hal. Lagi-lagi dengan si Faiq tu. Siaplah kalau aku nampak kau dengan dia lagi " .

" Mana air milo aku? " .

Khaira menghulurkan secawan milo.

" Kau buang jer. Tak ada selera aku nak minum " Khairul terus berlalu meninggalkan Khaira.

" Dah kenapa nak marah-marah orang. Haishh! " rungut Khaira sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience