BAB 3

Romance Completed 16441

" Aira, tunggu sekejap " panggil Daniel.

Langkah Khaira dan sahabatnya, Aina terhenti.

" Kenapa Dan? " soal Khaira.

" Saya nak ajak awak pergi library. Jom study sama " .

" Ermm tak kot. Maybe next time. Sebab saya nak balik rumah ni, tak solat lagi " tolak Khaira.

Aina hanya menjadi pemerhati antara mereka.

" Oh yeke? Takpalah kalau macam tu. Next time kita pergi study sekali tau " .

Khaira mengangguk perlahan.

" Saya pergi dulu. Bye " Daniel terus berlalu.

" Eh Aira, aku syak kan si Daniel ni dah angau sangat dengan kau tau " Aina menepuk perlahan bahu Khaira.

" Eh taklah. Aku tak rasa macam tu pun. Dah jom lah " .

Mereka berdua melangkah pulang ke asrama.

???

Sebaik solat, Khaira menghempaskan tubuhnya di atas katil. Tiba-tiba fikirannya melayang teringatkan Khairul.

" Dia tengah buat apa agaknya sekarang ni ea? " kata Khaira sendirian.

" Aira " Aina melabuhkan punggungnya di sisi katil Khaira.

" Hurm " jawab Khaira.

" Kau suka Daniel tak? " soalnya.

Khaira mengerutkan keningnya.

" Daniel? " .

Aina mengangguk laju.

" Tak lah. Mana ada aku suka dia. Aku anggap dia tu macam kawan aku jer. Sama macam kau " .

" Tapi tak salah kan kalau kau suka dia pun " .

" Salah lah. Aku kan isteri orang " .

" Ha? Isteri orang? Kau dah kahwin ke? " soal Aina terkejut.

Khaira tersedar dia sudah terlepas cakap.

" Eh tak. Maksud aku kalau aku isteri orang, aku tak boleh suka dia. Ha yelah, tu pun kalau aku isteri orang " cepat-cepat Khaira menutup semula rahsianya.

" Apa kau ni? Tak faham lah. Whatever lah kan. Tapi aku boleh nampak yang Daniel tu suka dekat kau. Ambil jer lah Aira. Daniel tu dah lah handsome, baik pulak tu. Anak
orang lagi. Kira perfect lah semuanya " .

Khaira menarik nafas lega. Mujurlah dia sempat cover semula. Jika tidak habislah rahsianya bocor.

" Tak nak lah. Aku tak pernah anggap Daniel tu lebih pun. Cinta mana boleh dipaksa. Tapi aku tak rasa yang dia suka aku. Aku bukannya special sangat pun. Ramai lagi
kat luar tu yang cantik-cantik " .

" Eleh jual mahal betul cik kak ni tau. Eh Aira, masakkan maggie please. Lapar lah " Aina memegang perutnya.

" Eh masaklah sendiri. Anak dara pemalas " .

" Alah Aira, maggie kau masak sedap " .

Khaira terus berpura-pura tidur. Malas dia mahu melayan Aina.

" Aira.. " rengek Aina.

Khaira hanya membatukan dirinya.

" Eii benci. Buat-buat tidur pulak " .

Letus ketawa Khaira melihat wajah cemberut sahabatnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience