BAB 15

Romance Completed 16441

Tepat jam 8 pagi semua staf Berjaya Holdings sudah berkumpul menanti bas.

" Aira, kau naik dengan aku " arah Khairul.

" Kita naik kereta ke bukan bas? " soal Khaira.

" Tak nak lah aku naik bas. Mabuk. Aku nak drive sendiri jer. Kau ikut aku " .

Khaira mengangguk tanda setuju.

" Hai semua " sapa Faiq yang baru datang.

" Hoi lambat kau datang " balas Khairul.

Faiq tersengih-sengih memandang Khairul.

" Sorry Khai. Jam loceng tak bunyi. Rosak " .

Khairul menggeleng kepala. Ada sahaja alasan Faiq.

" Assalamualaikum semua. Saya harap sepanjang berjalannya family day Berjaya Holdings, tiada apa-apa masalah dan semua boleh bekerjasama. Kalau takda apa-apa lagi kita
dah boleh gerak. Terima kasih " .

Masing-masing sudah menaiki bas.

" Aira, jom naik dengan saya. Saya drive " ajak Faiq.

Khaira menggelengkan kepalanya.

" Saya naik dengan Encik Khai " .

" Alah jom lah. Awak tak pernah naik kereta dengan saya. Jom lah " ajak Faiq lagi.

" Ada apa-apa masalah Faiq? " soal Khairul yang baru sahaja tiba di situ.

" Aku nak Aira naik dengan aku. Boleh jadi teman borak masa aku drive " .

" Aira teman aku. Kau nak teman borak? " soal Khairul.

Faiq mengangguk laju.

" Milah, sini kejap " panggil Khairul.

Mila terkocoh-kocoh datang ke arah Khairul.

" Ada apa Encik Khai? " soalnya.

" Awak tak payah naik bas " .

" Habis tu saya nak naik apa? Saya tak nak jalan kaki " .

" Siapa pulak suruh awak jalan kaki. Awak naik kereta dengan Faiq. Dia nak teman borak masa drive. Make sure awak borak dengan dia " .

Ternganga luas mulut Faiq saat mendengar kata-kata Khairul. Siapa tidak kenal Milah, seorang gadis bertubuh gempal dan kuat bercakap.

Senyuman terukir di bibir Milah.

" Betul ke ni? Saya suka. Saya nak " jawabnya riang.

Khaira tersenyum kecil. Wajah Faiq sudah mencuka.

" Have a safe journey Faiq and Milah " Khairul menepuk perlahan bahu Faiq.

" Jom Aira " .

Khaira terus mengikut langkah Khairul ke kereta.

" Aduh, dugaan apa pulak ni " rungut Faiq.

???

Perjalanan ke Pulau Kapas mengambil masa lebih kurang 6 jam. Lenguh tangan dan kaki Khairul memandu. Hendak tukar dengan Khaira, dia tidak percayakan gadis itu.
Biarpun Khaira sudah ada lesen memandu.

Khairul menjeling sekilas Khaira di sebelahnya. Gadis itu lena tidur.

" Aira, bangun. Dah sampai " kejut Khairul sambil menepuk perlahan pipi Khaira.

Khaira membuka matanya. Dia mengeliat kecil.

" Yeay dah sampai " katanya riang.

" Oh seronok kau. Aku ni yang penat drive " rungut Khairul.

" Siapa suruh drive? " soal Khaira sinis.

Besar kecik, besar kecik jer Khairul memandangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience