BAB 17

Romance Completed 16441

Faiq mula memetik gitar di tangannya.

Dinginnya angin malam ini
Menyapa tubuhku
Namun tidak dapat mendinginkan
Hatiku yang kau hangatkan

Terasa tercabarnya kelakianku ini
Dengan sikapmu menentanglah
Aku ini insan kekurangan
Senangnya kau mainkan...

Siapalah aku ini untuk
Memintal buih yang memutih
Menjadi permaidani seperti mana
Yang tertulis dalam novel cinta...

Juga mustahil bagiku
Menggapai Bintang di langit
Menjadikan hantaran syarat untuk memilikimu semua itu
Sungguh aku tak termampu...

Silap aku juga
Kerna jatuh cinta
Insan seperti mu
Seanggun bidadari

Seharusnya aku
Cerminkan diriku
Sebelum tirai kamar
Aku buka untuk mengintaimu...

Habis sahaja Faiq menyanyi, semua memberikan tepukan yang gemuruh.

" Khaira, saya nak buat pengakuan dekat sini. Yang saya ikhlas cinta dan sayangkan awak sepenuh hati saya " luah Faiq.

Terbuntang mata Khairul saat mendengar luahan Faiq. Wajah Khaira sudah merah menahan malu.

???

Khairul menarik tangan Khaira. Sementara semua sedang sibuk makan.

" Sakitlah " Khaira menarik tangannya semula.

" Apa benda semua ni? Ha? " soal Khairul.

Tajam renungannya. Dadanya turun naik menahan marah.

" Mana lah saya tahu " jawab Khaira.

" Eh Aira, kau lupa ke kau tu masih isteri aku. Kau isteri aku. Yang kau menggatal dengan Faiq tu kenapa? " .

" Kan saya cakap saya tak tahu. Saya pun tak nak lah apa dia yang dia dah buat tadi " .

" Ke kau memang sengaja? Ha? " .

" Apa masalah awak ni sebenarnya Khai? Awak ingat saya ni perempuan gatal ke? Takda maruah? " soal Khaira.

Sakit hatinya apabila Khairul menuduh bukan-bukan tentangnya. Dia sendiri terkejut dengan kelakuan Faiq sebentar tadi.

" Habis tu? Kau melayan dia kenapa? " .

" Bila masa pulak saya melayan? Ada awak nampak saya tergedik-gedik dengan dia? Ada? Apa yang saya buat semuanya salah. Awak asyik cari salah saya jer. Tapi awak, awak
berkepit dengan perempuan tu. Ada saya cakap apa-apa? Perasaan saya awak tak pernah peduli pun. Yang awak tahu cari salah saya " .

Khairul terdiam.

" Dia tu cuma kawan aku " .

" Saya perempuan. Saya tahu apa yang dia rasa pada awak. Lagi-lagi dengan layanan awak pada dia, awak buat dia rasa awak ada perasaan pada dia. Saya malas nak cakap
apa-apa lagi. Awak fikirlah sendiri " Khaira terus berlalu meninggalkan Khairul sendirian.

" Aira " .

" Aira, tunggu " .

Khaira tidak peduli. Langkahnya semakin laju di aturkan ke bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience