BAB 5

Romance Completed 16444

" Oh sombong kau ea. Nak telefon pun tak boleh " .

" Bukan tak boleh lah. Saya pelik jer tiba-tiba awak call. Rindu saya ke? " usik Khaira.

" Eh tak ada masa aku rindu kau. Aku sms kau suruh call aku, tapi kau tak call pun " .

" Alah sorry lah. Saya tak perasan pulak awak punya sms " .

" Kau memang. Semua benda kau tak perasan. Ni aku nak tanya, kau balik tak minggu ni? " .

" Erm tak. Saya nak study. Minggu depan saya dah final. So saya tak balik dua minggu " .

" Haa suka hati kau lah. Dah lah bye. Assalamualaikum " Khairul terus menamatkan panggilan.

" Waalaikumsalam. Pelik-pelik jer lah dia ni " bebel Khaira sendirian.

Khairul mengeluh perlahan. Dua minggu dia tidak akan berjumpa dengan Khaira. Niat sebenar Khairul untuk menelefon Khaira adalah kerana ingin mendengar suara isterinya
itu sahaja. Rindu pula pada gadis itu.

????

Hari demi hari berlalu. Sedar tidak sedar, waktu berlalu terlalu cepat.

Khaira, Aina, Eyma dan Zara sibuk mengemas pakaian. Esok mereka semua sudah boleh pulang ke rumah masing-masing. Maka dengan rasmi mereka telah menamatkan pengajian
selama 3 tahun.

" Eh korang, lepas ni kau orang nak buat apa? " soal Aina.

" Ermm kahwin kot " kata Eyma.

Mereka ketawa.

" Gatal betul Eyma ni. Zara dengan Aira pulak nak buat apa? " soal Aina lagi.

" Zara nak travel. Dah lama tak travel " .

" Wah seronoknya kan " .

" Aira? " .

" Kerja lah kot " .

" Oh. Sekejap kan masa berlalu. Sedar tak sedar dah tiga tahun kita sama-sama kat sini. Sudah senang sama-sama. Lalui suka duka " .

Mereka sebak seketika mendengar kata-kata Zara. Sejak dari semester satu lagi mereka bersama. Hubungan persahabatan mereka sangat rapat. Masing-masing sudah seperti
ahli keluarga.

" Entah bila lah nak jumpa lagi kan " .

" Nanti mesti rindu " .

" Sedihnya " .

Mata mereka semua berair. Perpisahan bersama orang tersayang itu sangatlah perit.

" Janji tau kita akan selalu sama-sama lagi " .

" Janji " .

Mereka semua terus berpelukan.

Segala suka duka yang telah mereka lalui bersama akan menjadi suatu kenangan yang terindah sampai bila-bila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience