BAB 18

Romance Completed 16441

Sebaik masuk di dalam bilik, air mata Khaira terus mengalir. Dia tidak mahu menangis di depan Khairul. Dia tidak mahu Khairul menganggapnya lemah.

Khaira menekupkan wajahnya pada bantal. Sekuat hati dia menjerit melepaskan segala beban di hati.

Kenapa Khairul terlalu ego. Tidak pernah sekali pun fikirkan perasaanya. Yang Khairul tahu hanya mengatur hidupnya.

Dia bukan boneka yang boleh dibuat sesuka hati. Dia manusia yang punya hati dan perasaan. Susah sangat ke untuk Khairul menghargainya.

Bukannya dia minta dilayan seperti puteri raja. Dia cuma mahu dihargai. Jika tidak mahu menghargainya sekalipun, tidak perlu sakitkan hatinya.

Malam itu Khaira menangis sepuasnya sehingga tertidur.

???

Khairul merenung siling rumah. Matanya tidak boleh lelap meskipun dia terlalu penat hari ini kerana memandu.

Fikirannya melayang memikirkan Khaira. Perasaan bersalah menebal di hati. Kasar sangatkah dia pada gadis itu? Bukan niatnya untuk meyakiti hati Khaira.

Tetapi dia cemburu. Cemburu melihat Faiq yang tidak habis-habis berusaha memikat Khaira. Dia tahu bukan salah Khaira. Semua ini disebabkan egonya. Jika dia luahkan
perasaanya pada Khaira, pasti mereka sudah berbahagia.

Khairul mengeluh kasar. Kenapalah dia lemah sangat. Dan tujuannya rapat dengan Amanda adalah kerana ingin menguji perasaan Khaira terhadapnya.

Jelas Khaira cemburu. Ini bermakna Khaira juga menyimpan perasaan terhadapnya. Cuma masing-masing ego untuk meluahkannya.

Dan seharusnya dia yang memulakan. Kerana dia lelaki. Mahu atau tidak, dia harus merendahkan egonya yang setinggi gunung everest itu.

Khairul nekad. Esok dia mahu meminta maaf pada gadis itu.

???

Pagi-pagi lagi Khaira sudah bersiap. Sebentar lagi mereka akan ada aktiviti seperti bola tampar.

Khaira terus berlalu ke ruang makan untuk bersarapan. Hal semalam, dia sudah lupakan. Biarpun matanya sedikit bengkak hari ini kerana menangis.

Harapannya semoga tiada sesiapa yang bertanya tentang matanya yang bengkak itu. Dia ketandusan idea untuk menjawab nanti.

Dari jauh Khairul melihat Khaira duduk makan bersama Milah. Sesekali Khaira ketawa. Mungkin kerana geli hati dengan telatah Milah.

Dia melangkah ke arah mereka.

" Hai, boleh join? " soal Khairul.

" Eh boleh lah Encik Khai. Marilah " ajak Milah.

Khaira sudah mengeluh kecil.

" Saya pergi tambah makanan sekejap " Mila bangun lalu melangkah mengambil makanan lagi.

Tinggallah Khairul dan Khaira berdua. Masing-masing mendiamkan diri.

Khaira hanya menjamah makanannya seperti biasa. Dia menganggap seperti Khairul tidak wujud di situ.

" Aira, aku.. " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience