BAB 9

Romance Completed 16441

" Kahwin? " soal Danial.

" Yelah. Aira dah kahwin. Dia dah jadi isteri aku " jawab Khairul.

Khaira hanya tunduk. Biarlah Danial tahu kebenarannya sekarang.

" Betul ke Aira? " soal Danial seakan tidak percaya.

Khaira mengangguk perlahan.

" Betul. Saya memang dah kahwin. Dah 4 bulan " jawab Khaira.

" Apa semua ni Aira? Kenapa awak tak pernah beritahu? Habis tu siapa saya di mata awak? " soal Danial.

Sayu sahaja wajahnya memandang Khaira.

" Saya minta maaf. Saya sorokkan sebab saya belum bersedia untuk beritahu sesiapa lagi. Saya cuma anggap awak sebagai seorang kawan jer Dan. Saya tak pernah anggap
awak lebih dari seorang kawan. Saya minta maaf kalau awak rasa saya.."

" Dah lah Aira. Cukup, saya dah tak nak dengar. Sampai hati awak kan. Awak kena ingat balasan Allah tu ada " Danial terus berlalu meninggalkan Khaira.

Khaira memejamkan matanya. Berharap ini semua hanyalah mimpi. Dia tidak mahu ada hati yang terluka kerananya. Tidak pernah terdetik di hatinya untuk melukakan hati
Danial.

" Dah jom balik " ajak Khairul.

Khaira terus melangkah meninggalkan Khairul. Khairul mengeluh perlahan. Langkah di atur mengikut Khaira.

???

Khaira lebih banyak termenung setelah peristiwa siang tadi terjadi.

Khairul perlahan mendekati Khaira. Dia tidak suka melihat gadis itu termenung sahaja. Dia rindu gelak tawa gadis itu.

" Aira " Khairul melabuhkan punggungnya di sebelah Khaira.

" Kau marahkan aku ke sebab beritahu budak tu kau dah kahwin? " soal Khairul.

Khaira menggeleng perlahan.

" Dia memang patut tahu " .

Khairul mengangguk faham.

" Kau tak payah lah sedih lagi. Laki kau ni hidup lagi " .

" Jahat sangat ke saya ni? Kejam? " soalnya pada Khairul.

" Bukan salah kau pun. Dia yang syok sendiri. Mungkin dia ingat kau layan dia baik bermakna kau pun ada perasaan yang sama macam dia " .

" Saya tak pernah ada perasaan pada dia. Sikit pun tak ada. Tapi saya rasa macam saya kejam bila dia cakap macam tu tadi " .

" Kau tak kejam. Tak. Yang kejamnya dia. Dia sedaya upaya nak kau terima cinta dia. Nak kau ada perasaan macam dia. Dia kejam sebab paksa kau untuk ada perasaan pada
dia " .

" Saya tak tahu nak buat apa. Saya rasa bersalah " .

" Dah lah. Kau tak payah pedulikan dia. Bukannya betul pun dia tu " sempat Khairul mengutuk Danial.

Khaira tersenyum kecil.

" Haa senyum macam ni. Kau tu bukannya cantik sangat. Tak senyum lagi lah tak cantik " .

" Sempat kutuk orang " rungut Khaira.

Khairul tersenyum lebar melihat Khaira sudah tersenyum semula. Entah kenapa dia rasa seperti ada sesuatu pada gadis itu. Cinta?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience