BAB 2

Romance Completed 16444

Khairul dan Khaira terus ke pasaraya tesco untuk membeli barang keperluan.

Khairul terkejut melihat troli sudah penuh. Rasanya tadi masih kosong. Troli itu dipenuhi dengan makanan ringan. Ini pasti kerja budak kecik tu.

" Khaira, kau beli apa ni ha? " soal Khairul.

" Makanan lah. Semua sedap-sedap. Saya taktahu nak pilih yang mana satu, so saya amik semua. Awak bayar kan " jawab Khaira selamba.

Besar kecil besar kecil sahaja Khairul memandangnya.

" Ni makanan ringan. Tak baik untuk kesihatan. Nanti gemuk baru tahu " Khairul mengeluarkan semula makanan ringan yang memenuhi troli itu.

Khaira menarik muncungnya.

" Kedekut! " Khaira terus berlalu meninggalkan Khairul.

" Haishh dia ni " rungut Khairul.

Dia terus menolak troli mencari isterinya itu. Nanti hilang, dia juga yang kena.

Mata Khairul melilau mencari Khaira. Akhirnya jumpa juga. Baru sahaja dia ingin melangkah ke arah isterinya itu, dia melihat Khaira sedang berbual dengan seorang
lelaki.

" Siapa tu? " soal Khairul sendirian.

Sebaik melihat lelaki itu berlalu, Khairul segera menghampiri isterinya.

" Siapa tu? " soal Khairul pada Khaira.

" Kawan universiti. Nasib baik tak nampak awak dengan saya. Kalau tak, kantoi " .

Khairul mencebikkan bibirnya.

" Dah jom " ajak Khairul.

Khaira hanya mengikut langkah Khairul.

???

Sebaik sampai ke asrama Khaira terus keluar daripada kereta
Bimbang ada yang melihat Khairul.

" Aira " panggil Khairul.

" Apa? " Khaira masuk semula ke dalam kereta.

" Salam tangan suami. Ambil berkat sikit " .

Khaira mencebik. Dia terus mencium tangan Khairul.

" Dah saya nak masuk dulu. Nanti orang nampak " .

" Kejap " Khairul mengeluarkan dompetnya dari poket.

" Nah " beberapa keping not RM 50 dihulurkan pada Khaira.

Khaira tercengang.

" Duit apa ni? " soalnya.

" Ambil lah. Duit belanja " .

" Tapi bukan awak dah bank in ke setiap bulan? " soal Khaira.
Memang setiap bulan Khairul akan memasukkan duit belanja ke dalam akaunnya.

" Alah amik jer lah. Buat shopping " .

Khaira tersenyum. Orang kata rezeki jangan ditolak. Duit di tangan Khairul di ambil.

" Thanks. Saya masuk dulu. Bye " .

" Bye " .

Khaira terus berlalu masuk ke asrama nya. Khairul hanya memerhati sehingga bayang Khaira hilang. Kemudian dia terus berlalu dari situ.

???

Khairul menghempaskan tubuhnya di atas katil. Bosan pula apabila bersendirian di rumah.

Selalunya rumah itu ceria dihiasi dengan mulut bising Khaira. Tapi kini rumah itu sunyi sahaja.

" Aku rindu kat dia ke? " soalnya sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience