BAB 12

Romance Completed 16441

" Hai " sapa Faiq.

Khaira hanya tersenyum kelat.

" Khaira kan? Panggil Aira? " soal Faiq lagi.

Khaira mengangguk.

" Busy nya buat kerja. Lunch sekali nanti nak? " .

Khaira menggeleng.

" Okay takpa. Bye. Nanti saya datang lagi " Faiq tersengih-sengih memandang Khaira.

Langkah diatur ke bilik Khairul.

" Khai " .

" Apa lagi Faiq? " .

" Mana kau jumpa Aira? " .

" Dia tu..err kawan parents aku punya anak " .

Faiq mengangguk faham.

" Lawa. Aku suka lah " .

Khairul menjeling sahabatnya itu. Memang dasar playboy.

" Kau jangan nak menggatal try dia pulak ea " .

" Tapi dia lawa lah. Tak sama macam perempuan-perempuan yang aku kenal sebelum ni. Ada something yang special bila aku tengok dia " .

" Eh kau tak payah mengada-ngada ea. Kau ingat aku tak kenal perangai playboy kau tu? " .

" Alah Khai. Manalah tahu kalau dengan Aira, aku boleh berubah. Menjadi pencinta yang setia " .

Khairul mencebik.

" Ayat bermadah sangat kau ni. Dah pergi buat kerja " .

" Yelah. Tapi aku nak sahut cabaran untuk miliki hati Aira " .

" Malas aku layan kau " .

???

Khairul merenung jam di tangannya. Baru pukul 10.15 pagi. Telefon yang menghubungkan antara dia dan Khaira di dail.

" Masuk bilik aku sekarang " arah Khairul.

Khaira terus melangkah masuk ke bilik Khairul.

" Nak apa? " soal Khaira.

" Cuba cakap baik-baik. Aku ni bos kau tau " .

Khaira mengeluh perlahan.

" Iya Encik Khai, ada apa panggil saya? " soalnya lembut.

Sengaja dia ingin memerli Khairul.

" Buatkan aku milo. Make sure sedap " .

" Kenapa pulak saya kena buat? " soal Khaira tidak puas hati.

" Cuba bila aku suruh buat tu, ikut jer. Jangan persoalkan " .

" Saya akauntan. Bukannya makcik pembancuh air " .

" Kau nak aku potong gaji kau ke? " .

Khaira menarik muncungnya. Argh! Sakit hati.

" Pergi buat sekarang. Make sure sedap " arah Khairul.

Khaira terus berlalu ke pantri. Kakinya sengaja dihentak tanda protes.

" Amboii hentak kaki pulak dia " .

???

" Dia ingat aku ni orang gaji ke, suruh buat ni, suruh buat tu " bebel Khaira sambil membancuh air milo untuk Khairul.

Jika tidak kerana Khairul mengugutnya, jangan harap dia mahu mengikut arahan lelaki itu. Argh kenapalah dia harus bekerja dengan lelaki itu.

Khaira termenung sendirian. Tangannya lincah mengacau air milo yang hampir siap.

" Sampai bila perkahwinan aku dengan dia ni? " katanya sendirian.

" Perkahwinan? Siapa kahwin? " .

Khaira terkejut dengan kemunculan lelaki itu. Hampir terlepas cawan air di tangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience