BAB 7

Romance Completed 16441

" Nur Khaira bangun! " jerit Khairul sambil mengetuk pintu bilik Khaira.

Namun masih tiada respons.

Khairul terus mengambil kunci pendua bilik Khaira. Sebaik membuka pintu bilik Khaira, Khairul terkejut.

" Nur Khaira! Bangun cepat " selimut Khaira ditarik.

Lena Khaira terganggu. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Khaira mengeliat kecil.

" Awak buat apa dalam bilik saya? " soal Khaira.

" Oh kau boleh tanya aku buat apa. Hey Aira sekarang ni dah pukul 11 tengahari and kau masih membuta lagi. Aku ketuk pintu bilik kau bagai nak pecah, ada kau bukak? "
bebel Khairul.

" Alaa saya mengantuk lah. Awak tahu kan, saya baru lepas exam. Saya nak qadha balik tidur saya " .

" Ewah-ewah nak qadha bagai. Subuh kau sembayang tak? " .

" Saya cuti lah " .

" Ni, bilik ke kandang ni? Bersepah-sepah macam orang tak ada pedoman hidup. Kenapa pemalas sangat nak kemas ni Aira? " .

Kandang? What? Dia samakan bilik aku dengan kandang?

" Nanti lah saya kemas. Saya penat lah " keluh Khaira.

Bingit telinganya mendengar bebelan Khairul. Kalah perempuan apabila dia membebel.

" Tidur jer lah kerja kau. Bangun mandi. Kita pergi rumah mama " .

" Alaa nantilah. Takkan sekarang? " .

" Sekarang lah. Cepat " Khairul terus keluar dari bilik Khaira.

Sakit matanya melihat bilik Khaira bagaikan tongkang pecah itu.

" Membebel jer. Tak penat agaknya orang tua tu " .

Khaira menyambung kembali tidurnya. Selimut ditarik semula. Baru sahaja dia ingin lena, Khairul muncul kembali di muka pintu.

" Bangun! Yang pergi tidur balik tu kenapa? Sebelum aku heret kau bawak masuk bilik air, baik kau bangun sekarang. Cepat " ugut Khairul.

Khaira cepat-cepat bangun. Tuala mandi di ambil, lalu dia bergegas masuk ke dalam tandas.

" Tahu takut " Khairul tersenyum kecil.

???

" Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam. Haa sampai pun pengantin ni. Mari masuk " .

Khaira terus bersalam dengan ibu mertuanya.

" Mummy sihat? " soal Khaira prihatin.

" Alhamdulillah sihat. Aira? " .

" Aira sihat jugak mummy. Daddy mana? " .

" Oh daddy lunch dengan client dia. Dah mari masuk " ajak Datin Alya.

Mereka bertiga terus melangkah masuk ke dalam rumah.

???

Selepas makan, Khaira membantu membasuh pinggan di dapur. Walaupun telah ditegah berkaki oleh Datin Alyah kerana dia sudah punyai orang gaji.

" Aira " panggil Datin Alyah.

" Ya mummy " .

" Aira dah habis study kan? " .

" Ha'ah mummy. 2 bulan lagi Aira konvo " .

Datin Alyah mengangguk faham.

" Agak-agak bila boleh bagi mummy cucu ni? " .

Khaira tersenyum kelat. Gawat!

" Insya Allah mummy. Kalau ada rezeki nanti " .

" Mummy sentiasa doakan yang terbaik untuk anak menantu mummy " .

" Thanks mummy " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience