Bab 22

Short Story Completed 5354

Khair Marteen berulang alik dihadapan pintu wad kecemasan menanti jawapan daripada Doktor.Bergegar Puan Salsabila bersama Shasha kearah anaknya apabila mendapat panggilan menantunya kemalangan.


Tuan Mahmod hanya menuruti langkah isteri dan anaknya ikutkan hatinya tidak ingin langsung menjejakkan kaki di sini berhadapan dengan wanita yang dibencinya.


"Along macam mana dengan Reen?"Soal Puan Salsabila setelah menampak disis anaknya.


"Doktor tak bagi jawapan lagi Umi."Jawab Khair Marteen sambil meraup wajahnya.Puan Salsabila memandang kearah suaminya sudah berbuih mulutnya ingin memujuk hati suaminya untuk terus menerima Nureen namun hampa suaminya tetap bertegas.


"Khai duduk dulu Inshallah Reen baik-baik sahaja."Ujar Puan Salsabila sambil menarik tubuh anaknya untuk duduk pantas Khair tersenyum pahit memandang wajah uminya.


Perasaan risaunya kian memuncak memikirkan keadaan Nureen dia tidak rela kehilangan wanita yang amat dicintainya lagi.


"Kalau ajal sudah dekat berdoa pun tak guna."Perli Tuan Mahmod membuatkan hati Khair Marteen merenung tajam wajah Abahnya.Puan Salsabila memandang kearah suaminya begitu juga Shasha yang sedari tadi mendiamkan diri.


"Abah nak tunggu Dihah mati ke baru Abah nak terima Dihah sebagai menantu? "Jerkah Khair Marteen berombak dadanya melepaskan amarah dihati.


"Cuba Sha yang ada dekat tempat Akak Sha bertarung nyawa tolong bapa mentua tapi hinaa yang Sha dapat tak akan Abah sebagai Abah Sha nak tengok anak dia kena hina macam ini sekali?"Sambung Shasha hatinya mula kecewa dengan sikap angkuh Abahnya sendiri.


"Aku tak pernah minta dia buat semua ini dekat aku.Sekarang dia yang cari maut aku pula yang nak dipersalahkan."Ujar Tuan Mahmod bengis pantas Puan Salsabila menghampiri suaminya.


"Kalau sebab kejadian lampau Abang bertindak sampai macam ini sekali Sal tak boleh terima Abang.Satu sahaja Sal minta terima Reen sebagai menantu Ayah Reen sudah meninggal Bang kalau Abang marah sekali pun dekat Reen tak akan mengubah keputusan Sherry dan Sal sah isteri Abang sekarang ingat semua tu!"Marah Puan Salsabila sambil bertentang mata dengan suaminya.


Puan Salsabila amat kecewa dengan tindakan suaminya yang masih terkenangkan kenangan lama yang melibatkan rumah tangga anak sendiri.


"Disebabkan layanan Abah selama Dihah jadi menantu macam macam dia cuba buat tapi sedikit pun Abah tak pandang sampai sanggup gadai nyawa nak selamatkan Abah lagi baru Abah nak sedar ke?"Soal Khair Marteen mencerlung matanya menatap wajah Tuan Mahmod yang hanya memandang kosong.


Seorang Doktor menolak pintu kecemasan pantas melangkah kearah keluarga pesakit.Khair Marteen segera menghampiri Doktor yang baharu sahaja keluar dari wad kecemasan


Puan Salsabila terpandang kearah suaminya seakan ingin mendengar keputusan Doktor."Abang baliklah kalau kehadiran Abang nak menyakitkan hati kami dan jangan lupa bertaubat sebelum terlambat Bang."Tutur Puan Salsabila lantas mengikut langkah anaknya.


Tuan Mahmod tersandar lemah ke dinding ingin menyesali setiap tindakan yang telah di katakan sudah terlambat semua sedang marah terhadapnya dan dia harus menelan semuanya.


"Isteri Encik dalam keadaan baik dan kandungan juga dalam keadaan baik."Jelas Doktor yang merawat Nureen pantas mereka bertigs memandang sesama sendiri.

"Kandungan?"

"Isteri Encik mengandung dua bulan."Jelas Doktor bernama Mahani pantas Shasha memeluk erat tubuh Uminya.

"Alhamdulillah."Khair Marteen memanjat kesyukuran ke hadrat ilahi dengan rezeki yang dianugerahkan.


"Encik boleh masuk tapi jangan ganggu pesakit sedang berehat."Pintu Doktor Mahani lantas tersenyum manis memandang ahli keluarga pesakit.


"Terima kasih Doktor."Ucap Khair Marteen sebelum Doktor Mahani melangkah pergi.


"Umi Along akan jadi Baba."Ujar Khair Marteen bersyukur tidak lekang senyuman di bibirnya apabila terbayang telatah anaknya kelak.


"Syukur Alhamdulillah."

"PERKAR ini sudah lama Mama pendamkan tanpa pengetahuan sesiapa."Tutur Datin Sherry sambil memandang kearah Zaf Husaini.


Setelah Zaf Husaini memilih untuk melepaskan Nureen kepada Khair Marteen Datin Sherry meredhakan segalanya jika ditakdirkan untuknya menyatukan kembali keluarga pasto ada jalannya.


"Perkara apa Ma?"Soal Zaf Husaini mengejutkan Datin Sherry dari lamunan yang jauh.Pandangan dihalakan kearah Zaf Husaini yang setia menanti.


"Sebenarnya Reen adik kandung kamu Zaf."Luah Datin Sherry serta-merta bulat mata Zaf Husaini memandang kearah Mamanya.


"Hah?"


"Selepas Mama berkahwin dengan Ayah Zaf iaitu Ayah Nureen Mama bermadu dengan Hajah Zulaika tetapi disebabkan kecaman orang kampung yang mengatakan Mama seorang wanita tamak kan harta Mama memilih untuk pergi tetapi atas desakan Hajah Zulaika Mama membawa Zaf dan meninggalkan Nureen.


Mama tiada pilihan demi membalas budi baik madu Mama Mama besarkan kamu sampailah Mama bertemu dengan Nureen Mama siasat latar belakang dia Mama paksa kamu untuk mendekatkan Mama dengan Nureen tetapi rancangan Mama gagal Nureen masih marahkan kamu Zaf."Jelas Datin Sherry panjang lebar.


"Maa kenapa macam ini?"Soal Zaf Husaini sambil mengengam kemas tangan Datin Sherry.


"Mama salah dalam hal ini sebab buatkan Zaf terpisah dengan Nureen dan Ibu kandung Zaf tetapi percayalah Mama tiada niat untuk melawan hukum hakam agama.


Berjanji dengan Mama bawa Nureen balik jumpa Mama dengan Ibu."Pinta Datin Sherry pantas Zaf Husainu mengangguk laju.Segalanya akan di tunaikan dia akan membawa adiknya kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience