Bab 18

Short Story Completed 5354

"Reen pilihlah baju mana yang sesuai untuk akad nikah nanti."Pinta Puan Salsabila sambil membelek risalah untuk gubahan hantaran sempat matanya melilau mencari kelibat Khair Marteen.


Nureen memandang kearah deretan baju pernikahan hatinya sedikit tenang selepas melakukan solat istikharah namun hatinya semakin berdebar untuk meneruskan perkahwinan ini tanpa cinta dan dia tidak mengenali siapa bakal suaminya adakah baik atau sebaliknya.


Hari ini Nureen akan bertemu dengan bakal suaminya kata Puan Salsabila bakal suaminya baru sahaja pulang daripada belayar selama enam bulan malah dia akan berhenti kerja untuk lebih dekat dan memberikan perhatian pada bakal isterinya nanti.


Khair Marteen melangkah masuk kedalam Butik Fawa milik adik kesayangannya Shasha pantas matanya mencari kelibat Puan Salsabila.


"Umi.."Sapa Khair Marteen lantas bersalaman dengan Puan Salsabila.Nureen segera berpaling apabila terdengar suara yang cukup dikenali jelas kelihatan Khair Marteen yang turut memandang kearahnya.


Sengaja Khair Marteen merahsiakan indentiti sebenar lelaki yang melamar Nureen tetapi jauh di sudut hati dia amat merindui Nureen setiap malam fikirannya hanya pada Nureen tiada pada wanita lain.


"Reen.."Panggil Puan Salsabila sambil mencapai tangan Nureen lalu meletakkan tangan bakal menantunya diatas tangan Khair Marteen.Nureen tidak menyangka bakal suaminya adalah Khair Marteen lelaki yang terlalu dirinduinya selama enam bulan.


Nureen memandang wajah Khair Marteen tanpa kata hatinya berdebar apabila tangan mereka bersentuhan pantas bibir mengukirkan senyuman.Perasaan gembira dihati tidak mampu digambarkan melalui kata-kata apabila berjauhan rindu itu pasti akan hadir walaupun hati sudah mencuba untuk membenci.


"Khai pergi mana?"Soal Nureen setelah Puan Salsabila membiarkan mereka berdua untuk berbual tentang majlis pernikahan.


"Kenapa Dihah rindu Khai?"Soalan dibalas soalan Nureen mati akal ingin menjawab dengan jujur nanti diri sendiri yang akan malu.Dahulu beria jual mahal apabila Khair ingin seriuskan hubungan sekarang terhegeh hendak kembali pada dia.


"Kenapa Khai masuk meminang Dihah?"Nureen menyoal soalan lain melarikan diri daripada bertentang mata dengan lelaki yang membuatkan jantungnya bergetar.


"Sebab Khai masih cintakan Dihah."Luah Khair Marteen lantas tersenyum manis melihat wajah Nureen yang sudah kemerahan.


"Khai tahu Dihah masih sayang Khai tetapi Khai buat sebab Khai nak hidup dgn Dihah dan Khai nak tebus salah Khai lepaskan Dihah dahulu."Jelas Khair Marteen sambil mencapai tangan Nureen yang mendiamkan diri tanpa bicara.


"Kalau Dihah tak mampu mencintai Khai sepenuh hati macam dahulu Khai nak terima Dihah lagi? "Soal Nureen Mardihah menginginkan kepastian.Biarlah takdir Allah SWT yang menentukan segalanya malah Nureen redha jika mereka bakal terpisah lagi suatu hari nanti.


"Khai nak Khai jadi lelaki yang paling penting dalam hidup Dihah."Khai tersenyum memandang kearah Nureen yang sudah mengangguk bersetuju dengan kata-kata dari bakal suaminya.


"Boleh tak lepas nikah nanti berbincang pasal perasaan? Sha nak uruskan baju pengantin sekarang! "Jerit Shasha mengejutkan Nureen dan Khair pantas mereka berdua ketawa memandang wajah Shasha yang kemerahan menahan amarah.


"Okey! Sorry, Sayang baju mana nak pakai?"Soal Khair sambil mata memandang kearah deretan baju pernikahan.


Nureen bingkas berdiri pantas mencapai baju berwarna krim yang menarik perhatiannya sedari tadi.


"I want this."Nureen menunjukkan baju gaun berwarna krim dihadapan Khair Marteen dan Shasha yang sedang menulis sesuatu pada buku notanya.

"Nice."Khair tersenyum manis kearah bakal isterinya.

"Sha ambil baju untuk abang warna ini."Ujar Shasha lalu mencapai baju yang di pegang oleh Nureen.Gaun bertukar tangan sebelum Shasha melangkah kearah bilik butik miliknya.


"Siapa lelaki yang selalu kacau Dihah dekat rumah? "Soal Khair setelah Nureen melabuhkan punggung disebelahnya.


"Ex boyfriend."Jawab Nureen sambil mata membelek majalah pengantin.


"Since?"

"Six months ago."


"Now?"Nureen memandang kearah Khair yang masih menantikan jawapan pantas hidung lelaki itu dicuit lembut.


"Saya bakal berkahwin."Khair Marteen tersenyum manis melihat telatah Nureen yang comel dan mencuit hatinya dari dahulu lagi.


"Makcik Joyah."Bisik Khair membuatkan Nureen mengecilkan mata memandang kearah bakal suaminya.


Khair Marteen teringatkan kejadian pergaduhan mereka setelah dia di berpindah menjadi jiran Nureen.


"Chantiq kirim salam dia rindu dengan abang tarzan."Tutur Nureen lalu menyambung kembali melihat majalah.


"Mama Chantiq tak rindu?"Soal Khair manja.


"No!" Pantas Nureen mengelengkan kepala sengaja ingin menyakat lelaki dihadapannya.

Melupakan segalanya untuk membuka kembali kenangan yang baharu walaupun tidak semudah bermain kata namun semudah memberi cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience