Bab 8

Short Story Completed 5354

Khair Marteen melangkah masuk sambil mata melilau mencari seorang wanita yang ingin dijumpainya hari ini pantas langkah diatur kearah Aimi Dalila yang berkali-kali memandang kearah jam di pengelangan tangannya.

"Khai duduklah."Tutur Aimi setelah terpandangkan kearah Khair Marteen yang sudah berdiri dihadapannya.Khair tersenyum paksa sambil mata memandang kearah lain sebelum melabuhkan punggung diatas kerusi.


"Tak payah nak tunjuk diri kau tu baik depan aku."Ujar Khair tegas sambil matanya tajam merenung Aimi Dalila wanita yang tidak pernah langsung dicintai selama ini malahan dia tidak pernah menerima wanita bernama Aimi dalam hidupnya selama mereka bertunang.


"You cakap apa ini I tak faham."Dalih Aimi Dalila bagi menutup rasa ketakutan dihatinya.


"Jangan nak buat tak faham sangat!"Jerkah Khair Marteen tanpa menghiraukan orang sekeliling yang mula memandang kearah mereka berdua.


Sampul surat berwarna coklat dilemparkan ke muka Aimi Dalila pantas tubuhnya terhenjut apabila di baling dengan sampul surat.


Aimi Dalila membuka sampul surat yang berisi gambar intimnya bersama seorang lelaki berwajah gelap iaitu pelanggannya dari Luar Negara.


"Khai I bo.."

"Thank you."Ucap Khair sebelum melangkah keluar meninggalkan Aimi Dalila yang kebingungan sendirian sambil mata memandang kearah gambar intimnya.


Perasaan bersalah didalam diri dengan kelakuannya sendiri namun siapa dia untuk menghalang seandainya lelaki bernama Khair Marteen tidak pernah mencintainya selama ini.

"Sha tak sangka wanita macam ini yang Abah impikan untuk jadi menantu dia."Tutur Shasha sambil mata memandang tepat kearah Aimi yang sudah gelisah.


"Sha I can explain."Rayu Aimi Dalila namun rayuannya hanya dipandang sepi oleh Shasha hatinya kian membuak menahan rasa marah.


Kalau Puan Salsabila mengetahui perkara sebenar dan pekerjaan bakal menantunya pasti dia bakal terkejut tetapi bukan bagi Tuan Mahmod merosakkan masa depan anaknya adalah perkara pertama asalkan Khair Marteen melupakan wanita bernama Nureen Mardihah.


"Kau tak layak nak duduk semeja dengan kami. Perempuan jijik!"Shasha menolak tubuh Aimi Dalila membuatkan wanita itu jatuh terduduk pantas pelanggan yang hadir ingin membantu untuknya bangun.


Air matanya mengalir ke pipi setelah mendengar kata-kata kesat dari Shasha hatinya terguris sendiri.Aimi tidak menyangka dia bakal terhina sebegini dan dia harus bangkit membalas dendam demi maruahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience