Bab 5

Short Story Completed 5354

Nureen Mardihah keluar dari perut kereta setelah sampai dikampung kediamaannya yang tenang serta-merta angin bertiup sempoi-sempoi bahasa.


Langkah diatur berjalan kearah Hajah Zulaika yang sibuk memotong buah pelam di atas pangkin pantas pandangan dilontarkan kearah sekeliling yang tiada kelibat adik-beradik.


"Assalamualaikum Ibu."Sapa Nureen pantas Hajah Zulaika meletakkan pisau lalu memeluk erat anak gadisnya yang amat disayangi.


"Walaikumusalam Reen."


Seandainya dia mampu mengubah masa dia tidak akan kehilangan Suhana namun takdir tidak menyebelahinya apabila dia terpaksa akur Suhana lebih memilih lelaki lain selain ibu kandungnya sendiri.


Hajah Zulaika sudah lama memaafkan Suhana seandainya satu hari nanti anak sulungnya itu bakal kembali kepangkuannya namun siapa dia untuk terus menerus menghukum walhal manusia tidak pernah sempurna dia juga melakukan kesilapan dalam mendidik anaknya.


"Mana Epul dan Abang Zaki Ibu? "Soal Nureen sambil mata memandang sekeliling sekali lagi mencari kelibat adik-beradiknya.


"Adik kamu mana lagi kalau tak keluar dating.Abang Zaki macam biasa dekat rumah mak mentua dia."Jawab Hajah Zulaika sambil tangan menyambung kembali memotong buah pelam.


"Adik dating dengan siapa Ibu? Kak De tak tahu pun."Nureen teruja apabila mengetahui adik bongsunya sudah memiliki insan teristimewa.


"Anak Pak Imam masjid."Ujar Hajah Zulaika sambil tangan menampar lengang anaknya menunjukkan buah pelam yang siap dipotong.

"Kelas kau Dik anak Pak Imam."Nureen semakin teruja sambil tangan mencapai buah pelam.


"Ibu jangan nak tipu Kak De Epul tak bercinta pun dengan Qaseh."Sampuk Saiful sambil meletakkan bungkusan gula sempat dia mendengari pembualan antara Kakak dan Ibunya.


"Boleh Kak De percaya ke? Sakat Nureen sambil mengangkat sebelah keningnya pantas Saiful memegang pipi Kakaknya lalu di picit lembut.


Kearkaban mereka berdua tidak disangkal lagi malahan mereka berdua dibesarkan sama-sama apa yang dilalui oleh Nureen turut dirasai oleh Saiful.


"Reen bila lagi? Soalan Hajah Zulaika membuatkan Nureen terdiam pantas pandangan dilontarkan kearah padi yang belum dituai.


"Reen lambat lagi Ibu."Luah Nureen sambil tersenyum kelat memandang kearah Saiful yang sudah mengangguk lemah.Saiful mengetahui segalanya tetapi dia tidak pernah menceritakan pada Hajah Zulaika takut jika Ibunya memarahi Nureen kerana tidak menerima Zaf Husaini.


"Zaf Husaini? "Nama Zaf Husaini disebut oleh Hajah Zulaika membuatkan mereka memandang sesama sendiri.


"Ibu masak apa?"Nureen mengubah topik perbualan membuatkan Hajah Zulaika bertegas soal Zaf Husaini.


"Reen jangan permainkan perasaan lelaki.Ibu tengok Zaf tu benar ikhlas dengan kamu."Ujar Hajah Zulaika membuatkan Nureen semakin buntu dia tidak akan menerima kembali insan bernama Zaf Husaini.


"Anggap saja kami tak ada jodoh Ibu lagipun Zaf dah ada calon is.."

"Macam mana Zaf tak ada calon isteri kalau Reen senyap sahaja soal pernikahan dengan dia."Tegas Hajah Zulaika membuatkan Nureen hairan dengan jawapan Ibunya pasti ada perkara yang lain antara Zaf Husaini dan Ibunya.


"Zaf jumpa Ibu semalam bercakap kamu tak nak bertunang dengan dia."Nureen tersentak dengan kata-kata Hajah Zulaika pantas matanya memandang wajah Saiful yang sudah tersenyum paksa.


"Ibu tolong demi masa depan Reen jangan sesekali terima Zaf Husaini sebagai suami Reen.Kalau Reen nak berkahwin Reen akan cari lelaki yang betul ikhlas dengan Reen bukan curang dengan Reen."Luah Nureen sambil memandang mata kearah Hajah Zulaika yang sudah memahami pantas tubuh anaknya ditepuk lembut sebelum berjalan masuk kedalam rumah.


Nureen memandang kearah Hajah Zulaika yang hilang dipandang sebelum memandang kearah Saiful yang sudah tersenyum paksa.


"Mungkin ini ujian untuk Akak dan Abang Zaf.Epul tak percaya yang Akak tiada jodoh dengan Abang Zaf sebab muka Akak sama orang cakap kalau muka seiras ada jodoh dan jodoh semakin kuat tapi Akak semakin jauh."Ujar Saiful sambil melabuhkan punggung disisi Nureen.


"Tak semestinya wajah seiras jodoh kita kan ada tujuh wajah sama dan boleh kita tak cakap soal ini lagi."Pinta Nureen sambil menyuapkan buah pelam kedalam mulut.


"Akak ada dengar pasal Kak Sue?"Soal Saiful membuatkan Nureen mengeleng laju pantas keluhan berat dilepaskan.Sedikit pun mereka tidak pernah merasai nikmat bahagia bersama keluarga apatah lagi dengan insan lain bernama kekasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience