Bab 4

Short Story Completed 5354

Bukan niat ingin melepaskan cinta setelah hati turut mencintai namun segalanya telah ditakdirnya cinta mereka tidak mungkin bakal menyatu tetapi kini dia bakal menyatukan kembali hati yang telah sekian lama dikecewakan.


Khair Marteen memandang gambar lima tahun dahulu antara dia dan Nureen Mardihah.Insan yang pernah bertakhta dihatinya sehingga kini tiada insan lain sampai sanggup dia melukakan hati tersebut demi menghormati insan yang bernama Ayah.


Keenganan Tuan Mahmod menerima Nureen Mardihah membuatkan mereka semakin menjauh dan Khair memilih untuk menolak cinta insan yang telah bertakhta dihatinya agar mereka tidak sama-sama semakin tersakiti.


"Meoww.."Seekor kucing berwarna merah menyondol kaki Khair Marteen pantas kucing comel diangkat keatas ribaan.


"Hai chantiq.."Panggil Khair lembut membuatkan kucing parsi tersebut semakin bermanja dengannya namun pantas Khair teringatkan sesuatu.


Khair bingkas berdiri lalu berjalan keluar rumay sambil tangan mendukung kucing parsi.

"Hello! Makcik Joyah tolong ambil anak kau ni balik sebelum esok kau dapat tengok kepala dia saja!"Jerit Khair Marteen sekuat hati sambil meletakkan Chantiq ditengah-tengah pagar antara rumahnya dan rumah musuhnya.Langkah diatur masuk kedalam rumah menyembunyikan diri daripada jiran sebelah rumah yang menyakitkan hati.


Nureen Mardihah segera keluar dari rumah mendapatkan Chantiq sambil mata memandang kawasan rumah mencari kelihat lelaki sombong aka jiran tiada adab.


"Kalau setakat cakap belakang baik kau potong telur kau tu buat gril!"Bidas Nureen Mardihah sambil berlari masuk kedalam rumah.


Khair Marteen mengetap giginya menahan geram dengan jawapan jirannya."Sebelum aku potong telur aku baik aku potong telur kucing kau buat masak lemak! Mak dengan anak sama sahaja suka menempal dekat rumah orang!"


Nureen menahan rasa dihati sambil memeluk erat Chantiq namun bibirnya mengukir senyuman tersendiri."Kenapa Chantiq tak berak dekat rumah dia lepas tu Chantiq gesal tahi Chantiq dekat dinding dia biar dia tahu maksud menempal tu macam mana."Jerit Nureen lalu menutup kuat pintu rumahnya mengejutkan Khair Marteen yang masih mengajuk kata-kata jirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience