Bab 14

Short Story Completed 5354

Kasih sayang tidak akan pernah terputus sampai bila-bila namun kehilangan insan tersayang itu akan memutuskan segala rasa rindu dijiwa.


Nureen Mardihah dan Khair Marteen sampai di sebuah banglo besar yang diduduki oleh Suhana.Baharu hari ini Nureen berjaya menjejakan kaki kerumah yang sering diperkatakan oleh Natasha.


Natasha tekun memegang telefon sambil tangan lincah mendail nombor telefon Suhana yang entah keberapa kali di telefon namun tidak dijawab.Ingin memanjat pagar dia tidak berdaya memandang pagar yang tinggi kudratnya lemah.


"Kak Asha macam mana Kak Sue?"Soal Nureen yang sudah berdiri di sebelah Natasha.Khair segera memandang sekeliling kawasan rumah mencari cara ingin memasuki rumah tersebut.


"Akak dah panggil banyak kali tak jawab Akak nak masuk tapi Akak tak larat nak panjat."Jelas Natasha risau ingin sahaja dia menangis namun ditahan rasa kesedihan dihati.


Khair terpandangkan pagar rendah yang boleh dipanjat segera dia memandang kearah Nureen yang berkali-kali menekan loceng.


"Biar saya panjat.Call polis sekarang! "Arah Khair Marteen segera Natasha menelefon Polis.Nureen membantu Khair Marteen untuk memanjat pagar.


Setelah Khair Marteen melepaskan diri segera pintu pagar yang berkunci dari dalam dibuka bagi memberikan laluan pada Nureen dan Natasha untuk masuk.


Mereka bertiga segera melangkah kearah pintu utama pantas Nureen memulas tombol pintu yang tidak berkunci serta-merta bau busuk menyerang hidung mereka bertiga pantas mereka menutup hidung dengan tangan.


"Kak Sue!"Jerit Nureen kuat namun bau yang terlampau busuk tidak di endahkan oleh Nureen segera dia mencari disetiap sudut kelibat akaknya begitu juga Khai dan Natasha.


Segala perasaan risau bersarang di hati masing-masing memikirkan keadaan Suhana ditambah dengan bau bangkai yang busuk.


Langkah Natasha terhenti di tingkat atas banglo dua tingkat apabila dia terpandang tubuh yang sudah berubah warna biru kepekatan.


"Arghhhh!!"Jerit Natasha terkejut bersama air mata yang mengalir pantas Nureen berlari kearah tingkat atas.


Kakinya lemah selemahnya tiada kudrat untuknya berdiri nasib Khair sempat memaut tubuh Nureen daripada rebah.


"Kak Sue!!"Jerit Nureen sekuat hati sambil memeluk erat tubuh Natasha sambil mata memandang kearah jasad kaku Suhana yang sudah membusuk.

"Akak Allahuakbar!"Nureen menghampiri tubuh Suhana bersama air mata yang mengalir laju tanpa henti.Hatinya sangat bersedih dia tidak sempat memeluk tubuh Suhana Kakak yang amat disayanginya kini dan selamanya.


Seandainya waktu mampu diputar kembali Nureen sanggup bertemu dengan Akaknya walaupun wanita itu tidak ingin langsung bertemu dengannya.Nureen sanggup membuktikan segalanya dan memperbaiki kembali hubungan Hajah Zulaika dan Suhana tetapi setiap percaturan Allah itu hebat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience