Bab 13

Short Story Completed 5354

Khair Marteen membuka pintu rumahnya namun hidungnya terbau sesuatu yang meloyakan tekak.Melilau matanya memandang kearah sekeliling kawasan rumahnya.


"Makcik Joyah!!!"Jerit Khair Marten sekuat hati serta-merta Nureen tersedak apabila mendengar jeritan kuat dari jiran sebelah rumahnya.


Langkah diatur keluar dari rumah pantas bibir diketap geram melihat tingkah laku jirannya yang sibuk menjirus air ke atas lantai yang mempunyai selonggok najis.


"Yang kau nak jerit-jerit macam tarzan kenapa? setakat kucing berak macam tu kau nak kecoh!"Tutur Nureen sambil mencekik pinggang memandang kearah jiran aka musuhnya yang membelakanginya.


"Macam mana kau tahu kucing berak dekat rumah aku? Kemarin pun kau tahu aku tak cakap apa-apa pun lagi."Sakat Khair Marteen tanpa memandang kearah Nureen Mardihah dibelakangnya.


"Aku teka.Habis sebab apa kau panggil aku macam orang gila?"Ujar Nureen mengawal suaranya yang sememangnya dia sendiri tahu kejadian yang terjadi disebabkan dirinya pantas Nureen mencuba memandang kearah musuhnya namun hatinya berdebar kencang.


"Perangai awak masa memula kenal sama sampai sekarang palasit."Khair memusingkan badannya memandang kearah Nureen Mardihaha.


"Khai.."Nama itu terluah dibibir Nureen serta merta dadanya laju berombak bersama getaran.


"Dihah.."Khair melepaskan rasa rindu dihati sambil mata memandang kearah Nureen Mardihah lama.


Nureen berpaling membelakangi Khair yang sudah melepaskan paip air ditangan.Hatinya tidak keruan dia merindukan wajah itu teramat sangat.


"Dihah Khai minta maaf dengan Dihah sebab terpaksa tinggalkan Di.."


"Perkara lama Khai jangan ingatlah."Sambung Nureen sambil memejamkan mata menahan gelora rasa yang tidak keruan.

"Macam mana Khai nak lupa kalau dalam hati Khai ada Dihah seorang."Kata-kata Khair membuatkan Nureen segera berpaling lantas tersenyum memandang lelaki cinta pertamanya.

"Lelaki dengan perempuan tak boleh bercinta."Ujar Khair mengingati kenangan lima tahun dahulu.

"Khai."Panggil Nureen lembut berharap agar lelaki ini mengerti tidak semudah itu untuknya menerima insan bernama Khair Marteen.


Telefon bimbit Nureen berbunyi pantas poket seluar diselup segera panggil diangkat.

"He.."Belum sempat Nureen ingin menjawab segera Natasha bersuara cemas.


"Reen datang sekarang rumah kak Sue!"Pinta Natasha lalu mematikan panggilan pantas wajah Khair Marteen dipandang hatinya tidak sedap dia harus segera kerumah Suhana.


"Khai.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience