Bab 21

Short Story Completed 5354

Nureen Mardihah memandang kearah Natasha yang tekun menyemak kembali dokumen kes Suhana.Pertemuaan kali ini ingin membawa kes ke Mahkamah memandangkan Natasha telah melantik seorang peguam dan menceritakan semuanya dengan jelas termasuk bukti.


"Pihak Polis dapat jumpa tak Qalif? "Soal Nureen sambil mengambil dokumen dari tangan Natasha.


"Polis baru sahaja tadi call Akak cakap suspek berada dalam lokap sebab itu semalam Akak mesej nak jumpa Reen bawa sekali peguam kita."Jelas Natasha sambil tersenyum manis.


Keadilan yang dituntut selama ini semakin hampir ke kemuncak malah Natasha yakin semua urusan bakal berjalan lancar dengan adanya bukti yang sangat kukuh.

"Puan Nureen apa khabar?"Sapa Tuan Arshad merangkap peguam peribadi keluarga Nureen pantas Nureen mengangguk laju sambil tersenyum manis.


"Alhamdulillah baik,Tuan apa khabar?"Soal Nureen pula beramah mesra.


"Alhamdulillah ,Saya nak ucapkan terima kasih dekat Puan sebab sudi hadir."Ucap Tuan Arshad ramah.


"Demi Akak saya saya sudi hadir Tuan."Ujar Nureen Mardihah.


"Saya telah mendengar segala perjelasan dari Natasha dan saya akan lakukan yang terbaik untuk menuntut hak keluarga Puan.Kalau tiada perkara saya minta diri dulu."Pinta Tuan Arshad pantas Nureen dan Natasha mengangguk laju bersama senyuman dibibir.


Selesai Nureen dan Natasha berbual Nureen meminta izin untuk pulang memandangkan suaminya tengah menunggu didalam kereta serta mereka akan ke Syarikat Tuan Mahmod.


"Sayang tunggu dalam kereta Abang pergi sekejap saja."Tutur Khair Marteen lalu keluar dari perut kereta lantas berjalan menyeberangi jalan.

Nureen Mardihah hanya memandang gerak geri suaminya namun pandanganya pada Tuan Mahmod yang berjalan ingin menyeberangi pantas Nureen terpandang sebuah kereta yang laju membuatkan Nureen segera keluar dari kereta lalu menolak tubuh Tuan Mahmod ke tepi.


Khair Marteen yang menyedari kejadian itu segera menarik tubuh isterinya dari dilanggar oleh kereta dipandu laju.Tuan Mahmod memandang sinis kearah anak dan menantunya tanpa sedikit perasaan kasihan.


Nureen dan Khair tercampak ke bahu jalan pantas Khair Marteen menepuk pipi isterinya yang sudah tidak sedarkan diri.Matanya terpandang kearah Tuan Mahmod yang langsung tidak menolong sebelum kelibat itu hilang apabila di bantu oleh orang awam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience