Bab 15

Short Story Completed 5354

Keputusan bedah siasat membuktikan Suhana sudah lebih tiga hari meninggal seorang diri dirumah akibat hentakan yang kuat di bahagian perut yang mengakibatkan kandungannya juga meninggal dunia.


Hal ini menjadikan tamparan hebat buat Hajah Zulaika yang tidak merestui pernikahan Suhana dengan bertindak menghalau anak sulungnya disebabkan kisah masa lalu Hajah Zulaika takut jika anaknya Suhana dipersalahkan kerana merampas suami orang.


Pengebumian berjalan dalam suasana kesedihan namun semua ahli keluarga redha akan kepergian Suhana dan anaknya namun hati masih berbekas dengan kematian sekejam ini.

Nureen memapah tubuh ibunya berjalan keluar dari tanah perkuburan islam namun langkahnya terhenti memandang kearah Natasha yang menanti di kereta.


"Ibu Asha minta maaf sebab sembunyikan segalanya pada Ibu."Ucap Natasha sambil memegang kemas tangan Hajah Zulaika.


"Perkara dah terjadi Ibu tak pernah salahkan sesiapa lagipun Ibu dah lama maafkan Suhana dia seorang anak yang baik tapi sebab cinta dia kecundang."Ujar Hajah Zulaika sambil membalas pegangan tangan Natasha.


"Segala bukti telah kukuh dan walau apa yang terjadi kami tetap akan menuntut bela atas kematian Sue."Sambung Zaki pula lantas memaut tubuh Saiful yang masih bersisa tangisan.


"Boleh Kak Asha cerita kenapa Akak terpaksa lalui segalanya sekejam ini?"Soal Nureen menginginkan kepastian pantas Natasha menyandarkan badan pada kereta Myvi miliknya.


"Memula pernikahan mereka Sue sangat bahagia dengan Qalif tetapi lepas sebulan mereka bernikah Qalif mula menjadi baran dan memuaskan nafsu apabila Sue enggan pasti kaki dan tangan akan naik sama.

Sampailah Sue berhenti kerja dan jadi suri rumah sebab Qalif tak izinkan Sue keluar bukan dengan dia.Nak tak nak Sue terpaksa akur sebab dia fikirkan Qalif syurga dan dia wajid melayan kehendak suami dia.


Kehidupan Sue dengan suami semakin rumit apabila setiap hari Qalif minta puaskan nafsu dia walaupun Sue uzur tetapi Qalif tetap mahukan dia sampailah Sue mengandung."Jelas Natasha membuatkan Hajah Zulaika merapat sedih nasib ditenangkan oleh Nureen yang segera memeluk tubuh ibunya.


"Kenapa suami Akak tak puaskan nafsu dengan isteri pertama dia?"Soal Nureen apabila teringatkan Suhana telah bernikah dengan suami orang.


"Sebab suami Sue berkahwin dengan lelaki sejenis."

"Allahuakbar."


Tubuh Hajah Zulaika rebah ke tanah pantas Nureen memeluk tubuh ibunya yang sudah terhinjut-hinjut melepaskan tangisan.Nureen dan Natasha tidak mampu menahan sebak melihat kesedihan ibunya itu.


Zaki dan Saiful memandang sesama sendiri lantas Zaki melepaskan keluhan berat dihati jika semua terjadi dia mampu menghalangnya dahulu pasti Suhana tidak pergi seteruk ini.


Keadilan itu pasti akan terbukti dengan mengemukkan segala bukti bagi menuntut kematian tragis Suhana dan Qalif tidak mampu melarikan diri.


"Reen takziah maaf kami tak ada dekat sisi kau."Ucap Laila dan Fazlina lalu memeluk erat tubuh sahabatnya.


Disebabkan kursus selama seminggu mereka berdua terpaksa berjauhan dengan Nureen malah mereka berdua bergegas dari Melaka ke Perlis untuk berjumpa dengan Nureen dan keluarga bagi mengucapkan takziah atas kepergian Suhana.


"Macam mana dengan Ibu?"Soal Fazlina lalu melabuhkan punggung diatas bangku.Laila hanya memeluk tubuh sambil mata memandang kearah Nureen yang memperbetulkan selendang dikepala.


"Ibu masih terkesan tapi Ibu cakap dia dah maafkan Akak cuma Ibu tak boleh nak terima cara Akak pergi macam tu."Ujar Nureen Mardihah lalu memandang kearah Khair yang sibuk menolong Abangnya Zaki mencari kayu api untuk membuat lemang untuk majlis tahlil malam ini.


"Aku terkejut sangat bila Kak Asha cerita apa yang telah terjadi.Kami tahu kau seorang yang kuat dan Ibu juga."Tutur Laila lama merenung kedalam mata Nureen.


Fazlina terpandang kearah Khair pantas dia memandang Nureen lalu memandang kembali kearah Khai.Jiran sebelah rumah yang baru pindah sebulan yang lepas Fazlina juga kerap kali bertembung dengan Khair namun tidak pernah bertegur tetapi kenapa lelaki itu ada disini?

"Itu bukan jiran kita ke?"Soal Fazlina sambil menunjuk kearah Khair yang tekun menyusun kayu api.


Nureen hanya tersenyum tanpa menjawab soalan Fazlina belum masanya lagi untuknya menjelaskan segala yang telah terjadi baginya biarlah dia menenangkan fikiran dengan kejadian yang berlaku dan kemunculan semula Khair Marteen hatinya sendiri tidak keruan apabila sentiasa wajah itu bermain difikiran.


Peristiwa lima tahun lepas telah lama dilupakan memandangkan mereka berdua belum matang di alam percintaan tetapi adakah semua yang terjadi membuktikan bahawa mereka memang ditakdirkan untuk bersama?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience