Bab 1

Short Story Completed 5354

Tiada yang indah didalam dunia ini seandainya keindahan itu dirasai sepenuh jiwa dan raga sehingga takut untuk kehilangan apabila aturan hidup melibatkan cinta pihak ketiga.


Kesetiaan yang dipertaruhkan tiada apa yang diinginkan sekiranya segala kemanisan yang diimpikan hilang daripada segala keinginan yang di kecapi selama ini.


Nureen Mardihah akur seandainya pertemuan antara mereka berdua bakal berakhirnya hubungan ini yang membuatkan hatinya kian tawar sedikit demi sedikit malahan sepanjang mereka berkenalan sampailah hari ini lebih banyak derita dari bahagia yang dicipta sendiri.


Nureen berjalan perlahan-lahan sambil mata memandang sekeliling kawasan yang menjadi tempat pengunjung dihujung minggu pantas udara yang segar di hirup.


Alangkah indahnya hari yang dilalui seperti hari-hari yang insan lain yang mengecapi sebuah kebahagian. Mungkin bibir mudah mengukir senyuman namun senyuman dibibir juga bakal mati apabila mengenangkan kejadian yang masih segar diingatannya kini.


Seorang lelaki berjalan sambil mata terarah pada susuk tubuh wanita yang pernah bertakhta dihatinya dahulu.Hari ini dia harus jujur atas segalanya tetapi dia tidak akan sesekali melepaskan wanita itu pergi meninggalkannya.


"Assalamualaikum."Sapa Zaf Husaini pantas Nureen berpaling sambil mata memandang kearah lelaki yang sudah berdiri disisinya.


"Waalaikumusalam."Nureen Mardihah tersenyum kelat.


Zaf Husaini mengeluh sambil kaki melangkah kehadapan memandang kearah sekeliling kawasan.Nureen hanya memandang kearah gerak geri lelaki tersebut.


"Perkara penting apa awak nak beritahu?"Soal Nureen sambil berpeluk tubuh segera Zaf Husaini memalingkan tubuh lalu menarik tangan wanita dihadapannya pantas Nureen berpalingkan wajah tanpa memandang kearah Zaf Husaini.

"Saya kenal dengan seorang wanita dan kami bercinta."Luah Zaf Husaini pantas Nureen Mardihah memejamkan mata menahan rasa kosong di jiwa segera pegangan di lepaskan lalu memusingkan tubuh kearah lain.


Segalanya sudah diduga dia hanya mendapat sebuah harapan bukan sebuah cinta selama ini pun dia hanya mendapat sebuah harapan juga tetapi sakit yang dirasakan sudah tidak berbekas di hati kini.


"Awak masih ada masa untuk batalkan semuanya sebab hati awak bukan milik saya."Ujar Nureen Mardihah tanpa sedikit rasa kesal dihati.Seandainya dahulu terlampau sukar untuk memperoleh sebarang kepercayaan seorang lelaki sesudah perolehi dibuang bagaikan tiada erti.


"I'm sorry Reen tapi saya tak akan putuskan dan kita akan teruskan pertunangan."Kata dari Zaf Husaini membuatkan Nureen Mardihah berpaling sambil mata memandang sinis kearah Zaf Husaini.


"Untuk apa diteruskan kalau hati awak tiada langsung rasa cinta pada saya?"Soal Nureen Mardihah tegas pantas Zaf Husaini menundukkan wajahnya.


"Dua kesilapan yang saya lakukan adalah menerima awak dan percayakan awak."Ujar Nureen Mardihah lalu menolak tubuh lelaki itu kuat.

"Reen saya minta maaf Sayang."Zaf Husaini memegang kedua-dua belah tangan Nureen Mardihah.


"Don't call me that! You lie!"Tepis Nureen Mardihah lalu berjalan ingin meninggalkan lelaki yang sudah banyak kali melukakan hatinya.


"Walau apa pun keputusan awak saya tetap dengan keputusan saya."Kata-kata Zaf Husaini membuatkan langkah Nureen Mardihah terhenti pantas kepala menoleh kearah sisinya.


"Awak lepaskan saya dan bahagiakan dia!"Ujar Nureen Mardihah semakin meluat dengan segala kelakuan lelaki ini hatinya semakin membenci.


"No!"Zaf menahan Nureen Mardihah daripada pergi supaya mereka boleh selesaikan masalah yang semakin mengusut.


"Awak nak apa lagi dari saya?Cukuplah selama dua tahun kita kenal awak dah sakitkan saya tak akan sampai seratus tahun awak nak terus menerus sakitkan hati saya lagi? "Soal Nureen lalu badan di jarakkan dari lelaki yang dicintai sejak dibangku sekolah lagi sambil mata tajam memandang kearah Zaf Husaini.


"Dengan cara macam ni kita boleh mulakan kembali hubungan kita sampai kita bernikah."Pinta Zaf Husaini membulatkan mata Nureen.Dia benar-benar tidak menyangka lelaki dihadapannya kini terus menerus menyiksa segala batinnya.

"Saya tak nak bernikah dengan orang yang tak pernah hargai saya selama ni."Bantah Nureen buntu dia sangat buntu dengan tingkah laku lelaki yang langsung membuatnya seperti tiada hati dan perasaan.


"Apa pun keputusan awak Reen saya tetap akan berkahwin dengan awak!"Desak Zaf Husaini lagi membuatkan Nureen melepaskan keluhan berat.Hatinya teramat kecewa dengan sikap mendesak Zaf Husaini tanpa memikirkan hati dan perasaannya selama ini.


"How dare you.."Ujar Nureen sambil tangan menolak kasar tubuh lelaki dihadapannya kini.Nafas Nureen turun naik menahan sebak dihati pantas air mata yang ditahan jatuh kepipi.


Zaf Husaini mencuba memujuk wanita yang sudah menangis dihadapannya kini dia harus meneruskan pernikahan demi mamanya sekiranya mama tidak mendesak dia tidak akan melakukan perkara yang mampu melukakan hati kedua orang wanita yang dicintai.


"Saya minta maaf Reen saya tak akan lepa.."

"Walau Mama dijadikan sebagai alasannya saya tetap tak akan terima awak ! Ingat dulu hati ini terlampau sakit dengan kecurangan awak sekarang hati ini tiada erti untuk menerima awak !"Jerkah Nureen lalu melangkah pergi meninggalkan Zaf Husaini yang masih memandang kearahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience