Bab 27

Short Story Completed 5354

Terlampau sukar baginya untuk menerima kebenaran yang membuatkan hati semakin perit menanggung derita pantaskah Nureen untuk terus bertahan seandainya tiada jalan penyelesaian.


Nureen menangis semahu-mahunya kecewanya tidak dapat digambarkan lagi betapa hancurnya hati yang selalu bersabar dan menahan segala rasa tetapi bagai dikhianati sahaja.


Adakah keputusan untuk menerima kembali Khair Marteen sudah perhujungnya atau dalam keadaan teruji.Langkah Nureen terhenti dia tidak terdaya ingin meneruskan perjalanan kudratnya semakin lemah namun air matanya tidak henti-henti mengalir.


Zaf Husaini memberhentikan keretanya di bahu jalan apabila terpandangkan wanita yang cukup di kenalinya sedang terduduk pantas langkah diatur keluar dari perut kereta.


"Reen cuba cakap kenapa ni?"Soal Zaf Husaini pantas Nureen mengangkat wajahnya memandang kearah Zaf Husaini laju air matanya mengalir ke pipi.


"Jom Zaf bawa Reen balik."Pinta Zaf Husaini sambil mencapai beg yang dipegang Nureen.


"Tak nak!"Jerit Nureen.


"Zaf bawa Reen jumpa Mama."Pujuk Zaf Husaini lalu memapah Nureen masuk kedalam kereta.


Sepanjang perjalanan Nureen hanya mendiamkan diri dan termenung jauh bersama air mata yang mengalir tidak henti merisaukan hati Zaf Husaini namun dia tidak boleh bertindak diluar kawalan memandangkan Nureen belum mengetahui perkara sebenar.


"Cuba Reen cakap dengan Zaf apa yang sudah terjadi? Mana Khai?"Soal Zaf Husaini walhal dia sudah mengetahui perkara sebenar yang diceritakan oleh Puan Salsabila.


Bantuan Puan Salsabila menemukan kembali Zaf Husaini dengan Nureen walaupun kehadiran dia tidak disenangi oleh adiknya Nureen namun Zaf Husaini tetap mencuba mengambil mendekati Nureen dari jauh.


"Kenapa semua lelaki yang Reen kenal curang depan mata Reen sendiri?"Nureen mencuba bersuara walaupun tersekat-sekat dengan esakkan.


"Tak semua Reen macam tu Khai lelaki yang paling baik hadir dalam hidup Reen dia sempurna bukan macam Zaf."Nureen memandang kearah Zaf Husaini mencari makna sebalik kata-kata itu.


"Nureen nampak Zaf bercium dengan wanita lain."Luah Nureen pantas Zaf meraup wajahnya.


"Tidak semua yang dilihat seperti apa yang kita sangkakan Reen.Membuat keputusan mengikut emosi tidak menjaminkan apa-apa melainkan melepaskan insan yang dicintai mengatasi perasaan sendiri."


Nureen Mardihah memandang wajah Zaf Husaini tidak berkalih dia tidak percaya perubahan Zaf Husaini yang dikenali berlainan dengan Zaf Husaini yang dahulu mengatakan cinta tetapi berdusta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience