Bab 16

Short Story Completed 5354

Melepaskan segalanya bukanlah sesuatu yang mudah sekiranya segala kenangan manis bersama insan yang tersayang semakin menghantui minda yang sudah teruji.


Nureen Mardihah memandang padi yang semakin menghijau mencari setiap sudut ketenangan dijiwa jika bersendirian mampu mengubati kesedihan dihati Nureen redha.


"Hidup ini kadang-kadang sukar untuk ditempuhi tetapi kalau kita sentiasa menempuhi kehidupan yang berliku dengan keredhaan pasti terbit rasa tenang dihati."Bisik Khair Marteen mengejutkan Nureen dari lamunan pantas senyuman terukir dibibir.


"Kau yang dahulu dengan kau yang sekarang jauh beza dahulu kau tak sekuat ini."Ujar Khair Marteen lalu berjalan kehadapan sambil berpeluk tubuh.Nureen memandang kearah Khair lantas keluhan dilepaskan.


"Lelaki dengan perempuan tak boleh berkawan rapat atau jadi sahabat."Tutur Nureen sambil mata memandang kearah lelaki yang masih memandang dengan penuh tanda tanya.


"Kenapa?"Soal Khair sambil memperbetulkan rambut yang ditiup angin menyebabkan menutupi matanya.


"Sebab aku dah mula jatuh cinta dengan kau."Luah Nureen tanpa berdalih sampai bila dia harus memendam rasa cinta dihati bahawa dia amat mencintai lelaki yang pandai mengambil hatinya.


Khair Marteen mendiamkan diri tersenyum tidak menjawab pun tidak baginya biarlah takdir menjodohkan mereka kerana Khair tidak mampu memiliki wanita ini lagi masa depan mereka masih panjang malah perhubungan mereka ditentang oleh Tuan Mahmod.


"Dihah aku tak bersedia nak memiliki sesiapa dalam hati aku.Masa depan kita panjang lagi kalau kita ditakdirkan bersama aku akan cari kau lima tahun akan datang tapi kau jangan tunggu aku kalau kau ada lelaki yang lebih baik dari aku kau terimalah dia."Putus Khair Marteen lalu mencapai beg sandang pantas berjalan meninggalkan Nureen yang segera mengesat air mata yang mengalir ke pipi.


"Pengalaman lalu mengajar aku untuk kuat berhadapan dengan kenyataan yang menyakitkan."Jelas Nureen bergetar suara menahan rasa apabila teringatkan kenangan lima tahun dahulu dan kekecewaannya menerima lelaki lain dihati.


Lelaki mudah berkata janji walhal mereka tidak menyedari pasti bakal bertemu dengan wanita yang jauh lebih sempurna disitulah terbuktinya cinta telah teruji.Khair Marteen yang mengajarnya erti cinta walaupun cinta bertepuk sebelah tangan tetapi hatinya tidak pernah sekali membenci.


"Berkata sayang semua orang mampu tetapi mencintai itu belum tentu termampu."Tutur Khair menyedari setiap pencintaan menginginkan kebahagia bersama pasangan tetapi jika pasangan memilih insan lain.


Khair Marteen baharu ingin memulakan kehidupan dengan mencuba menerima Aimi Dalila namun wanita itu bagaikan menghancurkan harapan untuk mereka terus bersama.

"Hati aku dah tawar Khai."Kata-kata Nureen menyentakkan hati Khair Marteen dia menyedari pasti berlaku sesuatu pada wanita ini sehinggalah dia tawar hati sebegini.


Cintanya pada Khair Marteen hanya masa lalu walaupun rasa itu masih bersisa tetapi hatinya takut untuk mencintai lagi cukuplah kenangan menjadi peneman.


"Dihah tak cintakan Khai?"Soal Khair Marteen sambil memegang kedua-dua belah bahu Nureen Mardihah.


"Bukan semudah ini untuk aku terima kembali kau Khai.Selama lima tahun aku mencuba melupakan kau sehinggalah aku bertemu dengan seorang lelaki sama macam kau tetapi keperitan yang aku dapat sampai hari ini."Jelas Nureen pantas menolak tangan Khair dari memegangnya.


"Kau tak ada dekat tempat aku kau tak akan pernah rasa apa yang aku rasa dan apa yang aku lalui selama kau pergi."Sambung Nureen lagi pantas Khair meraup wajahnya.


"Tiada lagi cinta buat Khair Marteen."Nureen melangkah pergi meninggalkan Khair Marteen yang hanya memandang sepi.


"Berapa banyak masa Khai akan bagi untuk Dihah tapi ingat kalau kita ditakdirkan bersama kita tetap akan bersama walaupun hati masing-masing sudah tidak bersama."Jerit Khair Marteen membuatkan langkah Nureen terhenti pantas dada yang berombak kencang di pegang.


"Dihah rindu Khai."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience