Bab 3

Short Story Completed 5354

Dalam kehidupan ini bukan semua yang diinginkan akan diperolehi termasuklah orang yang amat dicintai juga tidak mungkin akan mencintai kembali.Perasaan dihati hadir dengan izin Allah dan pergi atas kehendak Allah tiada siapa yang tahu hanya diri sendiri.


Walaupun bertahun-tahun lamanya melayari manis atau deritanya sebuah hubungan yang dicipta sendiri seandainya salah seorang memilih untuk mencintai insan lain yang dinamakan orang ketiga mampukah untuk diri sendiri bangkit melepaskan segalanya kenangan setelah tiada lagi cinta dihati.


Tiga gelas berisi air limau ais diletakkan oleh seorang pelayan lelaki diatas meja sambil mempamerkan wajah serius apabila berhadapan dengan pelanggan wanita pantas Nureen memandang kearah meja lain yang lebih dekat dengan televisyen.


"Abang kami nak duduk sana."Ujar Nureen sambil bingkas berdiri diikuti oleh Fazlina dan Laila yang sudah berjalan kearah meja selang sebaris daripada meja asal yang mereka duduki tadi.


"Pergilah.. "Ujar pelayan lelaki lalu melangkah pergi meninggalkan Nureen yang sudah terkebil-kebil mata memandang kearah kedua-dua sahabatnya yang kehairanan.Gelas berisi air dicapai lalu berjalan kearah meja lain.


"Tak guna punya mamat aku ingatkan dia angkat air kita tadi tapi dia pergi macam tu saja.Dia ingat kita makan free ke? Sesuatu hati layan custamor macam tak pernah belajar adab."Bebel Nureen Mardihah sambil melabuhkan punggung dihadapan Laila yang masih mampu menahan marahnya.


"Aku kecil besar tengok mamat tu jangan nanti dia kena makan ikut straw.Nasib baik kedai ni saja yang buka tengah malam macam ni kalau tak aku maki dia."Marah Fazlina pula pantang baginya kalau pelayan tidak kira lelaki atau wanita melayan pelanggan sebegini seakan tiada adab macam mana perniagaan nak maju.


"Biarlah dia Reen Faz mungkin sebab kita perempuan dia segan."Tutur Laila yang sedari tadi diam mendengar bebelan sahabat-sahabatnya.


"Segan apa bukan dia tak pakai seluar."Bidas Fazlina sambil mata melilau mencari kelibat pelayan lelaki tersebut yang jelas tidak kelihatan sedari tadi.


"Segan tiba tiba terjatuh cinta."Sakat Laila lantas ketawa sambil mata memandang kearah Fazlina dan Nureen yang sudah mencebikkan bibirnya.

"Mengarutlah kau Laila tapi nasib baik dia hensem."Puji Nureen sambil tersenyum manis mengenangkan wajah lelaki tadi seiras insan yang mengenalkannya tentang cinta.


"Tapi muka dia.."Nureen mengeluh lemah apabila teringatkan kejadian lima tahun dahulu.Hatinya terasa perit dengan cinta pertama yang tidak disambut langsung kini perasaan cinta dahulu kembali hadir dihatinya hanya kerana wajah tersebut.


Nureen sendiri tidak tahu alasan apa yang bakal Khair Marteen berikan sekiranya mereka bertemu kembali satu hari nanti tentang perginya dia disaat hati mengenal cinta.


"Zaf kacau kau lagi ke?"Laila bersuara membuatkan lamunan Nureen terhenti pantas wajah sahabatnya dipandang.


"Zaf kacau dia ke?"Sampuk Fazlina tanpa sempat Nureen menjawab soalan Laila pantas Nureen mengeleng lembut menandakan hari ingin dia tidak diganggu oleh Zaf Husaini mungkin lelaki tersebut sudah berputus asa.


"Kau teringatkan lelaki tadi ke?"Soal Laila sambil memandang Nureen yang tiba-tiba mendiamkan diri dan mengelamun jauh.


"Aku teringat dekat Ibu.Esok aku plan nak balik kampung dalam dua tiga hari."Cadang Nureen apabila hati terasa rindu dekat Hajah Zulaika memandangkan dia sudah lama tidak pulang bolehlah berehat menenangkan fikiran.


"Kau sebut pasal Ibu aku lupa nak cakap Kak Asha ada tanya pasal kau haritu."Jelas Laila lantas menyedutkan air.


"Sebab apa? Akak aku tak sihat ke?"Soal Nureen risau apabila soal Suhana diperkatakan memandangkan sudah hampir setengah tahun dia tidak bertemu dengan Kakaknya.


Setelah Hajah Zulaika menghalau Suhana keluar daripada rumahnya hanya kerana Suhana ingin berkahwin dengan suami orang membuatkan Nureen semakin jauh dari Kakak sulungnya hanya kerana Nureen tidak menyebelahi Suhana sampai hari ini Nureen rasa bersalah terhadap dirinya sendiri.


"Akak kau si.."


"Nanti kau kirim salam dekat Akak aku.Aku nak pergi tandas sekejap."Nureen bingkas berdiri apabila air matanya seakan ingin mengalir apabila tentang Suhana diperkatakan hatinya sangat sedih namun tubuhnya terlanggar seseorang pantas langkah diatur laju tanpa sempat memohon maaf.


Khair Marteen memandang tubuh yang laju berjalan sebelum menghilang masuk kedalam tandas.Pandangan dilontarkan kearah sisinya sambil tangan diletakkan ke dada menahan rasa gelora dijiwa bahawa dia teramat merindui senyuman dan suara wanita itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience