Bab 19

Short Story Completed 5354

Genap setahun Nureen bergelar isteri kepada Khair Marteen malahan setahun juga Nureen tidak dianggap sebagai menantu oleh bapa mentuanya Tuan Mahmod apabila berkata hati akan terluka.


Berbagai cara yang dilakukan oleh Nureen ketika waktu cuti untuk mengambil hati bakal mentuanya namun tetap tidak diendah seakan dia sememangnya tidak menjadi sebahagian keluarga Mahmod.


Nasib baik Puan Salsabila banyak menasihati agar sentiasa bersabar melayan karenah Tuan Mahmod katanya suaminya itu bersikap ego yang kadang tinggi melangit namun anak-anak tidak pernah melayan karenah abahnya melainkan Nureen.


Selesai menyisir rambut Nureen naik di atas katil ingin mengejutkan Khair Marteen yang lena tidur selepas subuh tadi katanya penat menyiapkan barang yang harus dipos tengah hari nanti.


Wajah Khair Marteen ditatap dengan penuh kasih sayang sambil mengusap lembut rambut suaminya itu.


"Abang.."Panggil Nureen Mardihah lembut.


"Abang.."Panggil Nureen Mardihah lagi.


"Hmm.."Sahut Khair Marteen sambil membuka sebelah matanya.


"Bangunlah."Bisik Nureen Mardihah lembut ke telinga suaminya pantas Khair Marteen menjeling kearah isterinya.

"Kiss dulu."Sakat Khair Marteen pantas Nureen meletakkan jarinya ke bibir suaminya lalu segera turun dari katil lantas berlari keluar daripada bilik.


Khair Marteen ketawa melihat gelegat isterinya setelah diusik pantas langkah diatur masuk kedalam bilik air.


Bau haruman nasi kerabu menusuk hidung Nureen pantas dia menuju kearah dapur mencari kelihat Mak Wan pembantu rumah yang paling rapat.


"Mak Wan!"Jerkah Nureen mengejutkan Mak Wan nasib baik sudip tidak hinggap di kepalanya kerana Mak Wan kuat melatah.Nureen memang sengaja ingin menyakat pembantu rumah untuk melepaskan tekanan apabila berhadapan dengan Tuan Mahmod.

"Sedap sangat bau ini Mak Wan."Ujar Nureen sambil mencium bau nasi kerabu yang wangi


"Reen terkejut Mak Wan."Bebel Mak Wan sambil sibuk mengacau nasi kerabu berwarna biru.


"Macam tak biasa dengan Reen."Ujar Nureen sambil memelul erat tubuh Mak Wan yang dianggap macam emak sendiri.Mak Wan sentiasa berada disisi Nureen ketika Nureen memelukkan seseorang untuk mengadu selain suaminya.


"Biasa sangat anak Mak Wan ini."Mak Wan membalas pelukkan dengan seeratnya.

"Ehem.."Sapa Tuan Mahmod sambil memperbetulkan baju kemajanya.Wajah angkuhnya apabila terpandang Nureen rancak berbual dengan pembantu rumah menambahkan kebencian dihati.


Sampai mati dia tidak akan menerima Nureen sebagai menantu cukuplah ayahnya telah merampas kekasih hati Sherry kini dia terpaksa berhadapan dengan anak kepada lelaki yang dibenci sampai mati.


Nureen melepaskan pelukan sambil mata memandang kearah bapa mentuanya yang sedang membaca surat khabar pantas langkah diatur untuk menuangkan air kopi diatas meja.


"Aku ada isteri biar dia yang buat untuk aku!"Marah Tuan Mahmod mengejutkan Nureen segera meletakkan kembali cawan yang di ambil.


Nureen perlahan-lahan mengambil roti untuk disapukan dengan jem.Nureen tidak pernah mengendahkan tentang kemarahan bapa mentuanya dia tetap melakukan apa sahaja asalkan lelaki angkuh ini menerimanya


"Berapa kali aku nak cakap aku ada isteri.Kau layan suami kau lah bukan aku yang bernikah dengan kau!"Jerkah Tuan Mahmod tidak diendahkan oleh Nureen yang tekun menyapu jem pada roti bakar.


Mak Wan memandang kearah Nureen jauh disudut hatinya dia kasihankan wanita itu yang bersusah payah melakukan perkara untuk mencuri kembali hati Tuan Mahmod namun majikannya langsung tidak perduli.


Selesai menyapu jem untuk roti Nureen melabuhkan punggung sambil meletakkan roti dihadapan bapa mentuanya pantas Tuan Mahmod bingkas berdiri meninggalkan meja makan.


"Dia ingat dia seorang saja nak bersarapan roti ini untuk aku lah."Bisik Nureen perlahan namun didengari oleh Mak Wan meletus ketawa orang tua itu.


Khair Marteen mengeluh melihat kelakuan abahnya sendiri pada Nureen membuatkan dia merasa bersalah membawa Nureen tinggalkan sebumbung dengan lelaki angkuh.


Khair Marteen berjalan mendekati isterinya pantas satu ciuman hinggap di kepala isterinya sedang sarapan.


"Abang makan.."Nureen menuangkan air kopi kedalam cawan lalu menghulurkan roti kepada suaminya.


"Hari ini tak ada kelas ke?"Soal Khair Marteen sambil mencapai roti lalu dimasukkan kedalam mulut.


"Sayang buat kelas petang hari ini."Jawab Nureen disebabkan hari sabtu Nureen mengadakan kelas petang kerana hari ini anak muridnya ada seminar pagi.


"Abang balik lambat malam ini sebab Abang ada COD dekat area Shah Alam.So , Sayang jangan tunggu Abang takut Abang lambat balik."Pinta Khair Marteen pantas Nureen mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience