Bab 20

Short Story Completed 5354

Nureen Mardihah melabuhkan punggung diatas kerusi di balkoni sambil mata memandang bintang yang berkelipan di dada langit.Seperti hari-hari yang sebelumnya Nureen tetap bersendirian tanpa teman yang menemani menyaksikan kegelapan malam.


Nureen Mardihah memahami pekerjaan suaminya yang harus menjual barang secara didalam talian setelah berhenti kerja kadang-kadang suaminya menguruskan syarikat Tuan Mahmod hanya ketika ketiadaan Abahnya sahaja.


Nureen mencapai Iphone 6s ligat tanganya membuka mesej daripada Natasha kawan baik arwah kakaknya Suhana.

Selamat Malam, Boleh kita jumpa?

Nureen Mardihah terfikirkan sesuatu pasti Natasha ingin mengatakan kes arwah Suhana laju tangannya membalas mesej tersebut.

Boleh nanti Akak send alamat dekat Reen.

Nureen Mardihah meletakkan kembali telefonnya di atas meja lantas Nureen mengeluh sambil melentokkan kepala pada kerusi.


Memikirkan tentang kes kakaknya Nureen berasa sedih disebabkan pihak polis belum menemui pihak tertuduh membuatkan kes didalam siasat.


Nureen dan keluarga telah memberikan keterangan kepada pihak polis berserta bukti namun Nureen belum sempat mengupah seorang peguam bagi mengendalikan kes berkenaan.


Memandang malam yang kegelapan hanya ditemani cahaya lampu jalan Nureen terlena di ulit mimpi disebabkan kesejukkan angin malam yang bertiup.


Khair Marteen memulas tombol pintu sambil mata memandang sekeliling kawasaan bilik yang terang tandanya Nureen Mardihah belum tidur tetapi jam sudah berganjak pukul 2 pagi.


Khair Marteen terpandangkan kearah pintu balkoni yang terbuka luas pantas langkah di atur menuju ke arah balkoni.Terpandangkan tubuh isterinya yang terlentok di atas kerusi pantas Khair menghampiri Nureen Mardihah.

Rambut isterinya diusap perlahan-lahan lalu mencepung tubuh isterinya untuk dibawa masuk ke dalam bilik disebabkan angin yang bertiup kuat menyedarkan Nureen.


"Abang..."Panggil Nureen lembut mengejutkan suaminya pantas meleraikan pegangan lalu meletakkan kembali Nureen di kerusi.


"Kenapa tidur dekat luar?Soal Khair Marteen lalu menarik tangan isterinya untuk masuk kedalam bilik.Nureen hanya mengikuti langkah suaminya sambil mengaru kepala yang gatal.


"Sayang terlelap tadi angin kuat sangat.Abang baru balik? pukul berapa sekarang? "Soal Nureen sambil mata memandang kearah jam yang menunjukkan pukul 2 pagi.


"Ramai custamor nak jumpa Abang tadi itu yang lambat.Abang minta maaf dengan Sayang."Ucap Nureen Mardihah lalu mengusap lembut rambut isterinya.


"Sayang faham Abang tapi esok Kak Asha nak jumpa boleh Abang?"Soal Nureen meminta izin dari suami tercinta.


"Boleh tapi esok lepas jumpa Kak Asha Abang nak singgah syarikat Abah ada dokumen nak sign."Ujar Khair Marteen lalu mencapai tuala untuk mandi.


Nureen Mardihah hanya memandang kearah suaminya sehingga masuk kedalam bilik air matanya terus terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience