Bab 2

Short Story Completed 5354

Tiada perkataan yang mampu di lontarkan saat hati memilih untuk tidak memikirkan perkara yang tiada makna langsung sedangkan selama ini hati telah cukup merasa sakit yang tidak pernah dipinta dalam perhubungan.


Fazlina memandang kearah rakan serumahnya yang bereaksi tenang padahal tadi telah berhempas pulas meratap kesedihan dengan sikap Zaf Husaini.Bukan Fazlina tidak tahu perkara yang telah terjadi tetapi dia memilih untuk menyokong segala keputusan sahabatnya itu.


"Nasib baik aku tak cakap lagi dekat Ibu yang aku nak bertunang."Tutur Nureen sambil meletakan kotak berisi minyak wangi yang dijual oleh mereka berdua untuk menambah pendapatan sekiranya cuti sekolah.


"Bagus juga tak adalah nanti kau kalut nak jelaskan dekat Ibu apa yang jadi."Ujar Fazlina lalu mengangguk laju.Pemikiran Nureen yang lebih jauh membuatkan dia berasa yakin dengan segala keputusan sahabatnya asalkan Nureen Mardihah bahagia dan tidak terluka.


"Aku kenal sangat Zaf tu macam mana bukan dulu dia tak pernah buat macam ni dekat aku pun banyak kali dan sekarang paksa aku untuk terima dia."Jelas Nureen sambil kaki berjalan keluar dari Butik Mawarni.


"Kau tak ajak aku kalau aku jumpa Zaf aku tibai dia biar koma alih-alih mati."Fazlina menuruti langkah sahabatnya ke kereta.


"Kau berani ke? "Soal Nureen langkah dihentikan begitu juga Fazlina yang sudah tersengih.


"Aku geram macam mana kau boleh jatuh cinta dengan dia aku pun tak faham lepas tu terima dia bagi peluang walaupun dah banyak kali dia tipu kau."Ujar Fazlina kesal dengan keputusan sahabatnya dahulu menerima kembali lelaki yang banyak kali melukakan hati Nureen Mardihah.


"Semua sebab Mama dia aku terpaksa terima kau sendiri tahu macam mana rapatnya Mama dia dengan aku.So, nak tak nak aku kenalah terima tapi kali ni aku nekad aku tak nak dia!"Bantah Nureen lalu tersenyum manis sambil kaki melangkah kearah kereta.Hatinya merasakan sebuah kelegaan yang dahulu terpendam dihati.


"Mak Zaf tu tak malu ke sudahlah anak dia permainkan kau lepas tu merayu dekat kau suruh terima lagi anak dia? "Bebal Fazlina sambil tangan mengangkat beg berisi minyak wangi mini.


"Seorang mak Faz kau fahamlah mesti nak yang terbaik dekat anak dia."Nureen mengetapkan bibirnya lantas fikirannya memikirkan soal sebab dia terpaksa menerima kembali Zaf Husaini hanya kerana sebuah pangkat.


"Tetapi tak akanlah nak gunakan kau untuk mengajar anak dia.."


"Nureen Mardihah?"Sapa Balqis menghentikan langkah Nureen dan Fazlina pantas mereka memandang sesama sendiri.


"Ya awak?"Soal Nureen sambil mengerutkan dahi memandang wanita yang pernah dilihat tapi tak ingat dimana.


"Girlfriend Zaf."

"Ouh."Jawab Fazlina sambil mata memandang kearah Nureen yang sudah tersenyum pahit.


"Saya tak pernah paksa dia untuk bercinta dengan saya."Dalih Balqis ingin memperbetulkan keadaan antara kekasihnya dengan wanita dihadapannya kini.Seandainya dia terus berkeras pasti segalanya tidak akan menjadi milik Zaf Husaini malahan dia tidak akan hidup dengan mewah selepas ini.

"Siapa kita nak halang segala takdir Allah kalau awak memang ditakdirkan dengan dia."Jawab Nureen kesal dengan segala yang telah terjadi.Matanya memandang kearah Balqis yang sudah bersalah dengan tingkah lakunya mengecewakan hati seorang wanita.


"Tapi saya tahu saya salah."


"Lelaki dekat luar sana memang tak ada yang belum berpunya ke macam mana?"Sampuk Fazlina pantas Nureen membuat isyarat suruh mendiamkan diri.


"Faz.."Panggil Nureen Mardihah perlahan.


"Macam ni lah hati dan perasaan tak boleh dipaksa kalau memang hati dah tiada rasa cinta untuk apa dipertahankan lagi."Ujar Nureen Mardihah lantas tersenyum manis.


"Saya minta maaf."


"It's okey sebab dunia ni berputar nanti awak akan rasa setawar mana hati dia hari ni kelak hati awak juga akan merasa perkara yang sama."Sambung Fazlina dia tidak akan berpuas hati selagi tidak menghentam wanita dihadapannya kini.


"Taa.."


"Tolong cakap dekat Zaf jangan ganggu saya lagi disebabkan dia dah tak ada rasa cinta dekat saya dan saya pun dah tak nak dekat dia jadi untuk apa lagi kami pertahankan hubungan yang sia-sia."Pinta Nureen lalu perlahan-lahan melangkah kearah kereta bersama kotak berisi minyak wangi.

"Tapi Zaf masih sayangkan awak."Jerit Balqis membuatkan Fazlina mengetap bibirnya menahan geram.


"Sayang apa kalau bercinta dekat perempuan lain? Macam ni lah awak nak tahu dua tahun mereka bercinta dan lapan kali Zaf curang dengan Nureen kalau awak jadi dia apa yang awak akan buat untuk hubungan awak semestinya awak tak akan memilih lelaki yang dah banyak kali kecewakan awak sampai awak tawar hati tahap macam ni." Kata-kata Fazlina mengejutkan Balqis serta-merta wajahnya berubah riak.


"Saya minta maaf sangat sangat dengan awak sebab cara dia yang terlampau ambil berat membuatkan saya turut rasa jatuh hati sampai macam ni."Ucap Balqis menghentikan langkah Nureen pantas wajah wanita dihadapannya dipandang kosong.


"Tak apalah tolong jangan ganggu saya lagi."Nureen Mardihah meneruskan langkahnya kearah kereta.


"Kau tak payah nak cakap dia ambil berat semua lelaki akan ambil berat sebelum dapat bila dah dapat tinggal macam tu!"Sampuk Fazlina lagi lalu memandang sinis kearah wanita yang berpakaian tidak cukup seinci.


"Faz!"Jerit Nureen Mardihah apabila menyedari kawannya masih lagi tercegat berdiri.Laju langkah Fazlina berjalan kearah kereta.


"Kau ni baik sangat."Marah Fazlina sambil meletakkan kotak didalam kereta.


"Tak guna aku marah dia kalau semua ni sebab Zaf yang bangkitkan.
Cinta tak akan bersatu kalau bertepuk sebelah tangan."Nureen Mardihah memejamkan mata apabila terkenang kejadian yang dialaminya selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience