Bab 6

Short Story Completed 5354

"Tolong jangan libatkan Ibu saya dalam masalah ciptaan awak sendiri Zaf kalau awak rasa cara macam tu boleh mengubah keputusan saya.Jangan mimpi!"


Kata-kata Nureen Mardihah tergiang-giang ditelinganya pantas bingkai gambar dilemparkan ke lantai.Melepaskan segala rasa kesal dihati dengan sikap degil Nureen Mardihah.


Datin Sherry bergegas berjalan ke ruang tamu apabila terdengar bunyi kuat.Wajah anaknya dipandang dengan perasaan sedih namun dia tidak mampu melakukan apa lagi seandainya semua yang terjadi disebabkan Zaf Husaini.


"Mama dah pesan jangan berkeras dengan Nureen."Tutur Datin Sherry membuatkan Zaf Husaini memandang kearah Mamanya.


"Kalau tak berkeras Zaf tak dapat apa-apa Mama Zaf bakal hilang pangkat Zaf.Kenapa Mama buat Zaf macam ini? Kenapa Mama paksa Zaf untuk pilih dia kalau Zaf tak mampu Ma untuk mencintai dia selama kami bercinta."Bantah Zaf Husaini kesal dengan keputusan Datin Sherry yang mengheretnya ke dalam masalah rumit sebegini.


"Mama cuma inginkan yang terbaik itu sahaja untuk Zaf.Mama bagi kata putus kalau Zaf tak mampu untuk bertunang dengan Nureen Mama hantar kamu ke luar negara."Putus Datin Sherry membuatkan Zaf Husaini semakin tersempit dengan cinta.


"Zaf akan jumpa dengan Nureen kalau Mama nak sangat dia jadi menantu Mama tolong pujukkan dia untuk Zaf sebab hanya dengan Mama Nureen akan patuh."Pinta Zaf Husaini pantas Datib Sherry mengangguk laju pasti dengan pujukkan Nureen akan menerima Zaf.


Hanya satu yang dipinta mendekati gadis bernama Nureen Mardihah dengan lebih rapat seakan enggan melepaskan gadis itu pergi jauh.Dia amat merindui anak yang pernah dikandungnya satu ketika dahulu namun dengan cara sebelum dia mampu memberitahu perkara sebenar.


Datin Sherry yakin keputusan dia untuk terus mengikatkan Zaf Husaini dengan Nureen bakal berjaya walhal dia sendiri tahu bahawa Nureen dan Zaf Husaini tidak boleh bernikah kerana mereka adik beradik sama ibu.


Datin Sherry mempunyai pelbagai idea setelah dia memiliki Nureen Mardihah kelak.Dia yakin segalanya bakal berakhir dan dia bakal bahagia bersama anak-anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience