Bab 9

Short Story Completed 5354

"Makcik Joyah!!!"Jerit Khair Marteen apabila terpandangkan rak kasutnya berselerak pantas rumah jiran sebelah dipandang tajam.


Baharu sahaja ingin meredakan kemarahan tetapi kemarahan semakin membuak-membuak melihat kasut kesayangan sudah kotor dan berterabur.


Berselerak disebabkan kucing jiran sebelah yang bermacam ragam nasib baik mereka tidak pernah bertembung langsung selama dia berpindah ke sini kalau tidak habis di maki musuhnya.


"Makcik Joyah! "Jerit Khair Marteen nasib baik rumah yang disewa jauh dari jiran-jiran yang lain kalau tidak pasti dia turut di maki oleh orang sekeliling kerana membuat bising.


"Aku tak pekak lagi lah firaun!"Balas Nureen dari dalam rumah hanya bertutupkan gril sahaja.Segalanya adalah rancangannya sengaja diselerakkan kasut lelaki durjana itu.


"Kau..."

"Kau ingat anak aku ini tak ada kerja ke? Nak selerakkan kasut kau kalau dia sendiri pun tak ingin nak pegang kasut murah kau tu!"Bidas Nureen dari dalam rumah sambil menonton televisyen.


"Habis tak akan kasut aku sendiri bangun selerakkan sebab bosan duduk dalam rak!"Jerit Khair Marteen sambil memandang kearah pintu jiran sebelah yang terbuka namun tidak kelihatan sesiapa di situ.


"Kasut kau lari sebab dia tak nak duduk dalam rumah firaun!"Bidas Nureen sambil mengunyah makanan ringan.Penat seharian dia memanjat tembok pagar untuk masuk kedalam rumah musuh ketatnya.


"Biadap nya! Hey Parasit kau ingat rumah aku tak ada cctv ke? Kalau aku tahu siapa yang buat aku pulas-pulas kepala dia lepas tu aku gantung dekat pagar jadi hiasan!"Jerit Khair Marteen lagi lalu berjalan membuka kunci pintu rumah.


"Kau ingat siapa yang buat tu bodoh tak tahu rumah kau ada cctv kalau wayar tak pasang mana mahu ada cctv tu!"Nureen Mardihah ketawa sendiri apabila terfikir tindakkan drastiknya memotong wayar cctv dirumah jirannya.


Khair Marteen memandang kearah wayar yang terputus pantas dia menghempas kuat pintu rumahnya membuatkan Nureem terbahak ketawa namun segalanya berubah apabila kehadiran Zaf Husaini menambahkan kebenciannya.


"Awak nak apa lagi?"Soal Nureen sambil memeluk tubuhnya pantas pandangan dilontarkan kearah lain.


"Tolong sekali saja saya merayu terima saya sebagai tunang awak."Pinta Zaf Husaini namun dipandang sinis oleh Nureen Mardihah.


"Tolong anggap semua yang terjadi disebabkan kita tiada jodoh dan anggap saya tak pernah ada dalam hidup awak."Ujar Nureen lalu melangkah masuk kedalam rumah lantas segera mengunci pintu takut jika Zaf Husaini bertindak diluar jangkaan.


"Kalau orang dah tak nak terimalah hakikat jangan dipaksa lagipun dia memang tak layak untuk siapa."Sampuk Khair Marteen yang sibuk menyusun kasut di rak dengan pasrahnya.


Zaf Husaini menjeling tajam kearah lelaki yang menyibuk dalam urusan hubungannya dengan Nureen namun jauh disudut hati dia sedar bahawa segalanya telah berakhir dia tidak mampu lagi memiliki Nureen Mardihah.


"Dan aku sahaja yang layak memiliki dia."Luah Khair Marteen perlahan sambil tersenyum manis.Hatinya berbunga riang apabila mengetahui siapakah wanita yang selama ini menjadi musuhnya adalah Nureen Mardihah.


Wanita yang sentiasa bertakhta dihatinya buat selamanya kini dia harus berjaya membuatkan wanita itu mencintainya kembali.


"Khai akan tebus kesalahan yang pernah khai buat lima tahun dahulu."Ujar Khair Marteen lalu memandang kearah rumah sebelah yang tertutup rapi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience