Bab 7

Short Story Completed 5354

Zaf Husaini berjalan masuk kedalam bangunan yang menempatkan bilik Guru sambil mata memandang kearah setiap meja yang kosong tiada seorang Guru yang perlu ditanyakan soal Nureen Mardihah.

Zaf Husaini memandang kearah sebuah bilik yang sudah tertulis nama Nureen Mardihah pantas langkah diatur kearah bilik.Nureen mengangkat mukanya apabila pintu bilik diketuk dari luar pantas bibir menyuruh masuk.

Wajah Zaf Husaini dimuka pintu membuatkan Nureen tersenyum pahit hatinya semakin meluat serta-merta wajah Zaf Husaini berubah melihat reaksi Nureen yang masih marah kepadanya.


"Yes Encik Zaf Husaini."Nureen memandang sinis kearah Zaf Husaini yang sudah berdiri dihadapan bakal tunangnya.


"Awak cakap apa dengan Balqis?Terpulang awak nak cakap apa tapi saya tetap akan teruskan pertunangan kita."Kata-kata Zaf Husaini menusuk kedalam hatinya pantas wajah dipaling kearah sisi segera nafas dihembus kasar.


Zaf Husaini memandang tepat kearah Nureen yang masih membisu.Bukan niatnya untuk menyakiti namun dia terpaksa demi pangkat yang bakal dia miliki dia sanggup mengheret kembali Nureen dalam kehidupannya.


"Apa masalah awak Zaf? Kenapa perlu rumitkan segalanya kalau hati awak mencintai orang lain? Kemarin awak jumpa Ibu saya sekarang awak nak marah saya pasal Balqis ! Jangan tambah derita hati saya hanya sebab kepentingan
awak! "Jerkah Nureen Mardihah turun naik nafasnya menahan rasa sebak dan marah dihati.


"Kalau bukan sebab awak jumpa dengan Bal.."


"Pembetulan Zaf kekasih awak yang jumpa saya!"Bidas Nureem membuatkan Zaf Husaini terdiam sambil mata memandang kearah bekas kekasihnya yang sudah merah padam muka menahan rasa amarah.


"Sekali lagi saya tanya apa masalah awak ? " Soal Nureen terlampau kesal dengan perkara yang tidak pernah diduga bakal terjadi kini malahan masalah berlarutan hanya disebabkan lelaki yang dahulu pernah dicinta.


"Lepaskan saya jangan seksa diri awak untuk terus menerima saya kalau hati awak tidak pernah secebis pun mencintai saya Zaf ! Jangan jadikan alasan harta keluarga awak untuk heret saya menjadi isteri awak Zaf ! saya tak akan pernah rela.


Walaupun Mama merayu sekali pun saya tetap dengan pendirian saya! Bahagiakan Balqis dia sangat mencintai awak."Ujar Nureen sambil mata memandang kearah Zaf Husaini yang sudah tajam memandang kearahnya.Dia tidak akan pernah sesekali mengalah selagi tidak mampu memiliki bangku sebagai CEO dia sanggup lakukan apa sahaja walau dengan cara kasar sekalipun.


"Apa susah sangat kau nak terima aku Reen?"Soal Zaf Husaini kasar memanaskan hati Nureen wajah bekas kekasihnya dipandang tajam.


"Awak dah lupa apa yang jadi dengan hubungan kita selama kita bercinta? Pernah awak cakap awak cintakan saya?Pernah awak hargai kehadiran saya?Pernah awak anggap saya orang istimewa dalam hidup awak? Pernah awak nak kenal latar belakang keluarga saya? Pernah awak fikir semua tu? Pernah tak! Saya tanya pernah tak!"Jerkah Nureen pantas Zaf Husaini menepuk kuat meja mengejutkan Nia Martini.


"Keluar sekarang!"Halau Nureen Mardihah sambil melabuhkan punggung diatas kerusi.


"Hah?"


"Kalau awak tak nak keluar biar saya yang keluar." Nureen Mardihah mencapai tas tangan serta beberapa buku lalu melangkah keluar meninggalkan Zaf Husaini sendirian didalam biliknya.


Langkah diatur ingin keluar daripada bilik namun terhenti apabila matanya bertembung dengan Datin Sherry.Wajah kusam wanita dihadapannya kini dipandang tanpa perasaan dihati kerana sudah diduga semua yang terjadi bakal menemukan kembali wanita ini dengannya malah kehadiran wanita ini penuh dengan lakonan.


"Sorry Auntie Reen tak mampu nak terima kembali anak Auntie dalam hidup Reen.Cukuplah peluang yang Reen berikan tapi anak Auntie tak pernah secebis pun menghargai."Luah Nureen Mardihah sambil mata memandang sekeliling takut didengari oleh pelajar.


"Nureen Mama rayu."Ujar Datin Sherry lembut penuh simpati membuatkan Nureen Mardihah tersenyum sinis.Segalanya mesti atas arahan Zaf Husaini yang sanggup melihat mak kandung merayu tanpa sedikit rasa malu dihati.


"Kalau tak ada apa-apa Auntie dan anak Auntie boleh balik tak manis kalau anak murid saya tengok drama melayu dekat sini nanti diaorang ikut.Assalamualaikum."Langkah diatur meninggalkan pelakon-pelakon yang berbakal.


Bukan Nureen tak pernah melalui semua itu malahan lebih kurang perkara yang sama hanya disebabkan harta dia dijadikan bahan uji kaji entah sampai bila dia sendiri tidak pasti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience