Bab 10

Short Story Completed 5354

Mencintai itu mudah sekiranya ia menjadikan cinta pandang pertama segalanya manis tiada langsung pahit sampaikan hilangnya kasih sayang keluarga demi cinta mengunung dihati.


Sekeping gambar dipegang kemas sambil bibir diketap kuat menahan sebak dihati.Suhana lebih rela memilih lelaki yang amat dicintainya berbanding mendengar segala nasihat dari Ibu bahawa tidak mudah menjadi isteri kedua.


Segala keputusannya kini memakan diri sendiri dia terpaksa menahan segala rasa apabila suaminya lebih mementingkan isteri pertama berbanding dirinya sehinggakan dia terpaksa melakukan segala keperluan sendirian malahan dia tidak dibenarkan keluar rumah tanpa izin suaminya.


"Jauh mengelamun."Sapa Natasha lalu meletakan dua cawan berisi air diatas meja pantas Suhana mengesat air matanya yang mengalir ke pipi.


Perut yang semakin membesar di usap lembut anak yang dikandung bakal lahir tanpa kasih sayang seorang ayah dan restu dari seorang nenek.


Kenyataan yang menyakitkan walhal hakikatnya terpaksa ditelan sedalam-dalamnya hanya kerana setia seorang isteri disisi suaminya.


"Kau rindu Ibu ni kau baliklah Sue.Kalau kau nak minta tolong aku aku boleh tolong kau."Ujar Natasha lembut sambil tangannya mengusap tangan sahabatnya sejak sekolah lagi.


"Suami aku tak izinkan Asha cuma aku nak kau sampaikan khabar Ibu dekat aku itu pun dah cukup buat aku bahagia Asha."Tutur Suhana teresak-esak melepaskan tangisan yang bersarang dijiwa.


"Demi kau aku sanggup Sue asalkan kau ceria macam dulu tapi kalau kau nak jumpa Reen aku boleh bawa dia jumpa kau."Cadang Natasha sambil merenung kedalam mata sahabatnya itu mencari kekuatan.

"Tak apalah nanti Qalid marah aku tak nak gaduh dengan dia."Bantah Suhana sambil menolak lembut pegangan Natasha.

"Apa masalah dia Sue? Kenapa dia perlu sekat semuanya sedangkan kau sendiri tahu dia punca kau jadi macam ini."Ujar Natasha mengawal nada kemarahannya memandangkan wajah muram Suhana membuatkan hatinya turut merasai kesedihan itu.


"Asha dia bukan punca.Aku yang salah dalam hal ini aku yang salah."Bantah Suhana lagi berkali-kali menyalahi dirinya setelah perkara sebegini terjadi dalam hidup Suhana.

"Tak habis salahkan diri kalau dia tak salah dia tak akan berkelakuan macam ini! Calon suami macam ini ke yang kau nak selama tiga puluh tahun kau hidup Sue? "Soalan Natasha hanya dibiarkan sepi.


Air mata laju mengalir kepipi bersama hati semakin terluka dan serba salah namun dia tidak mampu melakukan apa-apa suaminya adalah syurganya dia tidak akan sesekali menderhaka tetapi Hajah Zulaika adalah ibu yang melahirkannya dia telah derhaka.


"Kau jangan terlampau sayang suami kau sanggup dera diri dan terus menerus mendiamkan diri tanpa kata maaf dari bibir kau!"Marah Natasha yang merasa kesal dengan tindakan sahabatnya kini.

"Jangan sampai jasad kau dah kaku baru kau dapat jumpa Ibu.Ingat tu Sue."Kata-kata Natasha dibalas dengan anggukan sambil bibir mengukirkan senyuman pahit.


Seandainya jasad berpisah tanpa sempat menuturkan kata maaf halalkan segalanya setelah perginya seorang insan bernama manusia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience