Bab 17

Short Story Completed 5354

ENAM BULAN KEMUDIAN

"Sudah lama aku tak nampak jiran sebelah rumah kita ini."Ujar Fazlina mengejutkan Nureen pantas reaksi wajah dikawal namun sedikit getaran dihati terasa.


"Aku pun sudah lama tak nampak mungkin dia kerja."Sambung Laila sambil mengunyah makanan ringan.Sesekali matanya melirik pada Nureen yang hanya bereaksi biasa apabila ditanya soal Khair Marteen walhal mereka berdua sudah mengetahui perkara sebenar dan kemana perginya Khair Marteen.


Nureen hanya mendiamkan diri sedangkan hatinya tidak keruan apabila berkata tentang Khair Marteen hatinya merasa bersalah dan rindu di dada kian membuak-buak.Sudah enam bulan lelaki itu mendiamkan diri dan selama enam bulan Nureen merindu tanpa kata.


"Reen kau tahu dia pergi mana?"Soal Fazlina sengaja pantas Nureen mengelengkan kepalanya sambil mata di toleh kearah televisyen.Fazlina dan Laila memandang sesama sendiri melihat kelakuan Nureen sejak akhir-akhir ini sering bersendirian.


"Aku tengok sejak kau sudah bertunang bulan depan dah nak kahwin tapi perangai kau lain selalu temenung kau tak gembira ke?"Soal Fazlina menginginkan kepastian sambil mata memandang kearah Nureen yang hanya menunduk.

Selama Khair hilang Nureen telah dilamar oleh kawan baik Ibu untuk anak lelakinya.Nureen ingin membantah tetapi berat mulutnya ingin berkata tidak demi menjaga nama baik Hajah Zulaika dan tidak ingin mengecewakan wanita itu lagi.


"Keputusan aku untuk berkahwin dengan pilihan Ibu aku betul ke? "Soal Nureen melepaskan segala rasa yang tersirat dalam hati.


Semakin dicuba untuk menerima semakin banyak kenangannya bersama Khair terpahat difikiran.Sejauh mana Nureen mampu bertahan untuk meredhakan diri menjadi isteri kepada insan yang tidak pernah dijumpai malahan dicintai.


"Aku tahu dalam hati kau ini ada orang lain Reen."Duga Laila pantas Nureen mengangguk dia lemah apabila perasaan semakin menguasai diri sendiri dia tidak mampu untuk menipu lagi.


Setinggi mana ego atau setawar mana hati seandainya lelaki itu cinta pertamanya yang tidak pernah menyakiti pasti cinta itu hadir kembali dalam hatinya sedikit demi sedikit.


"Kalau kau tak yakin kau buat solat istikharah aku yakin kau akan dapat keputusan kalau dia bukan untuk kau lepaskan dia secara baik."Pinta Laila sambil mengeratkan lagi pelukan.


Percayalah sekiranya ditakdirkan bersama pasti bakal bersama walaupun hati tidak rela memiliki cinta mahupun derita.


"Ibu tak akan memaksa Reen untuk menerima dia tetapi Ibu harap Reen menerima dengan hati yang terbuka."Kata-kata Ibu masih tergiang ditelinga Nureen raut wajah tua itu sentiasa bermain difikiran namun dia tidak mampu membantah malahan melawan kata-kata itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience