Bab 26

Short Story Completed 5354

Nureen Mardihah menyumbat bajunya kedalam beg bersama air mata yang mengalir laju ke pipi.Nureen tidak menyangka suaminya sanggup melakukan perkara terkutuk sebegitu malahan tega menghukum dirinya dengan alasan Zaf Husaini.


"Sayang Abang minta maaf Abang tak buat benda yang Sayang fikirkan itu."Pujuk Khair Marteen sambil menahan perbuatan isterinya untuk keluar daripada rumah.


"Abang nak sangat dekat dia Abang pergilah Dihah tak akan tanya apa lagi lepas ni!"Jerit Nureen Mardihah pantas menepis pegangan suaminya lalu berjalan kearah pintu.


"Sayang Abang tak nak dekat Aimi itu."Khair Marteen menahan isterinya lantas Nureen menghentikan langkah mata mereka bertentangan laju air mata Nureen mengalir ke pipi.


"Kalau tak nak kenapa perlu bercium dengan dia?"Nureen merenung tajam anak mata Khair Marteen.


"Abang tak pernah bercium dengan dia pun Sayang , cuba cakap kalau semua ni boleh buat Dihah cemburu buta macam ni!"Khair Marteen tidak mampu menahan kemarahannya apabila dituduh melulu sebegini.


"Abang bercakap pasal cemburu Dihah tapi ada Dihah bercakap pasal cemburu Abang terhadap Zaf? Cakap sekarang! "Jerkah Nureen Mardihah mengejutkan Puan Salsabila yang ralit membaca majalah.Bergema banglo dua tingkat itu dengan suara Nureen.


"Kalau sampai bercium macam tu isteri mana tak cemburu sedangkan Dihah tak pernah langsung buat perkara terkutuk depan Abang!"Jerit Nureen lagi kemarahannya memuncak kesabarannya tewas setelah hatinya semakin sakit dengan perbuatan Khair Marteen.


"Sayang Abang boleh jel.."


"Tolong lepaskan Dihah kalau rasa perempuan itu lebih layak jadi isteri awak!"Nureen menolak kuat tubuh suaminya pantas air mata dikesat lalu memulas tombol pintu.


"Nureen Mardihah!"Jerit Khair Marteen pantas Nureen menuruni anak tangga sambil menjinjing beg.


"Sayang I can explain."Khair Marteen menahan isterinya lagi pantas meluntut dihadapan Nureen.


"No!Abang pergilah dekat dia jangan kacau Dihah lagi."Ujar Nureen lalu meneruskan langkah tanpa menghiraukan suaminya yang terus mengejar.


"Nureen!"Panggil Khair Marteen sambil mengejar isterinya.


"Nureen Mardihah!" Semakin laju langkahnya ingin keluar daripada rumah ini.


"Apa guna kita berkahwin kalau tiada secebis pun kepercayaan?"Langkah Nureen terhenti.


"Apa guna kita berkahwin kalau Abang sendiri mencintai wanita lain?"Nureen berpaling memandang kearah Suaminya.


"Siapa cakap?Abang tak pernah cintakan dia Dihah tolong beri kepercayaan dekat Abang sekali sahaja."


"Semalam Abang tak pernah bagi Dihah kepercayaan pun tapi bila Abang yang kena Abang merayu dekat Dihah? Adil ke Abang dalam rumah tangga apabila Dihah dipersalahkan hanya sebab cinta?"Nureen melepaskan rasa yang terbuku di hati.


"Dihah tahan semua rasa apabila di hina dengan bapa mentua Dihah sendiri sampaikan Dihah buat segala macam tapi apa yang Dihah dapat?


Selama Dihah kenal makna cinta selama mana Dihah bahagia Abang pernah tahu semua tu tak pernah kan! Kesalahan semua pada Dihah macam mana Dihah tak tawar hati sampai tahap macam ini sekali."Luah Nureen lalu mengesat air matanya.


Puan Salsabila dan Tuan Mahmod berlari kearah Nureen dan Khair Marteen apabila terdengar pergaduhan besar suami isteri tersebut.


"Kenapa ni Khai Reen? "Sapa Puan Salsabila pantas Nureen mencapai begnya untuk meneruskan langkah seandainya ini pengakhiran dia redha.

"Nureen!"Langkah di atur keluar ke jalan besar mencari teksi untuk membawa diri jauh dari segala kesakitan.


"Biar dia pergi Khai.Isteri apa macam tu tinggi suara de.."


"Abang tak habis-habis burukkan Reen bercakap perkara tak elok Abang tak sedar yang selama ini salah Abang Sherry pilih ayah Reen sebab Abang.Abang tinggalkan dia saat dia mengandung sampailah dia gugur disebabkan Abang!

Reen anak yang tak pernah bersalah yang bersalah adalah Abang sebab tak pernah hargai kewujudan Sherry dalam hidup Abang selama Abang berkahwin dengan dia.


Kalau perkara buruk terjadi dekat Reen Abang dengan Khai Sal tak maafkan langsung."Puan Salsabila melangkah masuk kedalam rumah ingin menelefon Zaf Husaini.

Tuan Mahmod melepaskan keluhan berat dia seorang lelaki yang tamak angkuh dan sombong dengan kemewahan sampaikan dia mengabaikan Sherry.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience