BAB 26

Humor Completed 46859

Arisya POV

"Sya!! Sorry lambat!" kata Mimi. Aku memandang tajam ke arah Mimi.

"Kau ni kan! Kenapa lambat?" ujar ku.

"Err sorry la. Perut aku memulas la masa aku sebelum nak keluar. Masa dia tak sesuai langsung!" kata Mimi.

"Kau hari perkahwinan kawan sendiri pun kau lambat. Nasib baik kau tak lambat lagi. Kalau tak mesti Mak Siah depan rumah ni yang make up kan Balqis " kata ku. Ehh bukan aku la yang kahwin!! Balqis yang kahwin. Tapi korang mesti nak tahu kan apa yang jadi selepas aku luahkan perasaan? Hehe~

"Mana Balqis?" Tanya Mimi.

"Dia dalam bilik air. Dia gementar sangat, tu yang sampai sakit perut tu" kata ku. Tidak lama kemudian, tandas di dalam bilik itu di'flush'.

"Aduh duhh sakit perut aihh!! Haa Mimi! Sampai pun kau" ujar Balqis.

"Kau ni ok ke k.o??" ujar Mimi.

"Antara ok dan k.o. Aku nervous gila! Rasa macam nak meletup je jantung aku sekarang ni!" kata Balqis yang kian gelisah.

"Kau ni jangan la gabra sangat. Kau cuma ingat saat-saat indah kau bersama dia je. Macam mana kau marah gila dekat aku dengan Sya ni!" perli Balqis.

"Hehe~ Jangan la cakap macam tu. Aku makin rasa serba salah pula! Aku minta maaf gila-gila dekat korang! Aku kan dah nak kahwin. So, ampunkan hamba yaa tuanku" kata Balqis.

"Maaf diterima" kata aku dan Mimi serentak.

"Aku dah lama maafkan kau. Aku tak simpan dendam langsung dekat kau Qis. Tapi sedih tu ada la sikit. Siapa tak sedih kalau BFF sendiri kata macam tu" kata ku dengan sayu. Air mata kami bertiga berguguran. Kami berpelukan. Selama beberapa saat kami berpelukan, akhirnya aku melepaskannya dan mengelap muka Balqis dan Mimi yang basah dengan air mata dengan tanganku.

"Dah dah. Hari ni kan kau nak kahwin dah Balqis. Kau kena la gembira. Jangan sedih-sedih ni" kata ku.

"Haah la. Qis, nasib baik kau tak make up lagi, kalau tak mesti muka kau tu dah tak ada rupa dah agaknya" kata Mimi. Kami bertiga tergelak kecil.

"Tunggu apa lagi. Make up la aku cepat. Hari ni aku mesti la kena lagi cantik daripada korang kan?" ujar Balqis.

"Elehh..baik lah tuan puteri yang cantik jelita lagi bijaksana daripada cik kiah depan rumahmu" gurauku. Balqis yang pada mulanya sudah kemerah-merahan menahan malu terus tersedar apabila aku mengatakan ayat yang terakhir.

"Aikk cik Kiah depan rumah je? Kurang asam jawa cap adabi punya kawan" kata Balqis lalu memalingkan mukanya tanda merajuk yang main-main.

"Alolo kawan kita seorang ni merajuk la pula. Tak apa apa. Kejap lagi kita make up kan dia macam princess Elsa eh, Sya?" kata Mimi kepada ku.

"Betul tu. Limited edition tau! Tapi aku bedakkan kau je. Yang selebihnya Mimi. Hehe~" kata ku. Mimi sudah memuncungkan mulutnya manakala Balqis tergelak.

"Hahaha...cakap mengalahkan make up artis yang auww gitu. Sekali, bedak je yang kau tepekkan dekat muka aku" kata Balqis.

"Mana boleh Sya. Kata nak jadi P.A aku. Aku ajar la kau. Kalau aku buat seorang, mahu tak bersanding si Balqis ni sebab tak siap-siap" kata Mimi.

"Insyaallah..aku akan buat yang terbaik untuk kawan aku ni!" kata ku dengan semangat.

"Okey dah jom start sekarang. Lagi dua jam je nak bersanding" kata Mimi. Kami pun mula make up kan Balqis.

*********

FLASHBACK

Farish POV

"Aku pun suka kau, Farish!!!" kata Arisya. Aku yang mendengar bagai tak percaya. Janting aku berdegup kencang gila macam perlumbaan kereta! Ye lah perempuan yang kita inginkan sejak dulu lagi pun suka kita.

Aku terus berlari keliling pantai itu kerana terlalu gembira. Mata Arisya yang tertutup sebelum itu dibuka dan tersenyum melihatku.

"Yahooo!!!! I love Nur Arisya Qistina!!! And she love me too!!!" jeritku sambil berlari.

Tiba-tiba aku terjatuh kerana terlanggar cengkerang.'Aishh spoil betul la benda ni. Kan dah malu!' omelku di dalam hati.

Arisya terkejut melihatku terjatuh lalu berlari kearahku.

"Ehh okay tak ni? Ada luka mana-mana tak? Tu la lari macam orang gila lagi " perli Arisya.

"Hehe.. aku okey! Rilek la tak payah la risau sangat pasal aku. Lagi satu, aku memang gila pun. Gilakan kau!" kata ku lalu berlari semula. Kali ini, Arisya juga mengejarku dari belakang. Mulai daripada hari ni kitorang pasangan kekasih yang sebenar!

END FLASHBACK

"Rish, kau menungkan apa tu?" tegur Afiq.

"Haa err tak ada apa-apa la. Aku cuma rindukan seseorang" balasku.

"Arisya ler tu! Eh handsome tak aku?" Kata Afiq.

"Wahh! Handsome gila kau! Kawan aku ke ni? Tapi kau still tak bolrh kalahkan ke'handsome'an aku ni" kata ku.

"Huhh baik aku tak payah tanya kau" kata Afiq.

"Merajuk ke bang? Aku tak nak pujuk kau. Kau suruh la isteri tersayang kau tu pujuk" perliku.

"Eleh kau Rish! Aku mengadu dekat Arisya nanti!" ujar Afiq.

"Eh Arisya tu aku punya la! Jangan mengada-ngada" kata ku.

"Hahaha..kau ni macam budak lima tahun mempertahankan orang yang dia suka la!" kata Afiq sambil tergelak.

"Haa ye lah. Ni lagi setengah jam kita bertolak. Kejap lagi aku akan pastikan aku jadi pengapit terbaik untuk kau!" kata ku dengan teruja. Maklum lah, tak pernah jadi pengapit la katakan.

"Sangat!" kata Afiq sambil membuat mata ke atas dan tangan di atas bahu. Kami tergelak kecil.

"Siapa pengapit perempuan?" tanyaku.

"Entah la. Aku pun tak tahu" balas Afiq.

**********

Arisya POV

"Fuhh akhirnya siap juga" keluh ku.

"Belum lagi" kata Mimi dan Balqis serentak.

"What?? Dah dekat sejam kita make up kan Balqis ni tak akan la tak siap lagi?" ujar ku.

"Bukan aku" kata Balqis. Dahi aku dah mula berkerut. Balqis dan Mimi berpandangan.

"Tapi kau!" kata mereka serentak.

"Kenapa pula? Tak akan la aku pengapit? Bukan Mimi ke?" tanyaku.

"Aku kena pergi tempat lain kejap lagi. Hal ni penting. So, kau jadi pengganti aku!" kata Mimi dengan teruja.

"Kenapa kau pula yang gembira ni?" tanyaku.

"Ye lah ni je peluang aku dengan Balqis tengok kau pakai make up cantik-cantik" kata Mimi.

"Masa aku kahwin nanti korang tengok lah" kata ku.

"Tu lah. Mungkin masa aku kahwin tu kitorang....." ayat Balqis digantungkan.

"Korang....apa?" tanyaku.

"Kitorang tak datang" sambung Mimi. Aku rasa macam nak menangis je bila dengar macam tu.

"Tapi kenapa pula?" tanyaku lagi.

"Kitorang tak konfem lagi tapi kemungkinan besar la" Kata Balqis.

"Cuba kau bagitahu kenapa korang tak boleh pergi?" kata ku.

"Sebab....."

"Laa korang dekat dalam bilik lagi ke? Cepat sikit siapkan pengapit tu" celah Puan Zuraida merangkap emak Balqis. Aikk macam mana Puan Zuraida ni boleh tahu yang aku ni pengapit Balqis?

"Okey okey. Sini Sya. Kau duduk je diam-diam sebab aku buat ni sepantas kilat je" kata Mimi. Aku hanya akur sahaja.

*******

Farish POV

Di Tempat Persandingan

"Mana pengantin perempuan kau?" tanyaku.

"Dia kata dia dah nak sampai. Haa tu diorang!" kata Afiq.

"Eh siapa pengapit perempuan tu? Cantiknya!" kata ku.

"Tak akan kau tak kenal?" ujar Afiq.

"Siapa? Aku tak kenal langsung" balasku.

"Cuba kau tengok betul-betul" bisik Afiq. Aku mengecilkan mataku dan memfokuskan ke arahnya. Semakin lama semakin dekat gadis itu.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" la Arisya ke! Cantiknya dia hari ni walaupun sebagai pengapit je. Macam mana la masa perkahwinan kami nanti. Hehe~ Belum apa-apa lagi dah berangan lebih.

"Helo? Awak ada lagi ke tak ni??" kata Arisya sambil memetik jarinya. Oh, lupa nak bagitahu yang kitorang dah bersaya awak. Maklumlah, nak kahwin dah. Cuma aku tengah fikir strategi macam mana nak lamar dia.

"Haa Sya! Cantiknya awak hari ni! Bukan awak tak suka make up ke?" ujarku.

"Memang pun tapi disebabkan permintaan dari kawan yang tersayang, tak apa lah" kata Arisya.

"Kawan tersayang je? Bakal suami tersayang yang handsome lagi macho ni macam mana pulak?" kataku. Haha aku suka betul menyakat bakal isteri aku ni! Dah merah-merah dah muka kesayangan aku ni!

"Awak? Hmmm.... Nope!!" balas Arisya lalu menyorok dibelakang Balqis apabila dia ternampak aku bergerak ke arahnya untuk membuat sesuatu. Haihh nasib aku ni sayang kau Sya!

"Eh eh korang ni! Mengalahkan budak-budak. Matang lah sikit. Korang ni dah nak kahwin dah macam aku, kan Fiq?" tegur Balqis.

"Ye my sweetheart" balas Afiq. Aku dan Farish sudah membuat gaya muntah kerana geli dengan adegen sebentar tadi.

"Eleh aku pun boleh bersweet juga! Kan sayang kan?" kata Farish. Sengalnya la bakal laki aku ni! Tak apa, aku turut main juga dengan permainan ni!

"Tu la sayang! Mentang-mentang la dia dah kahwin,kita ni belum. Tak apa Rish, lepas kahwin nanti kita boleh lagi sweet daripada pasangan depan kita ni" kata ku. I mean it! Hehe~ Gatai na aku ni! Farish nampak sedikit terkejut sebelum tersenyum selebar-lebarnya. Dah nak terkoyak aku tengok mulut dia tu!

Beberapa minit kemudian, kompang dipalu sebelum memasuki dewan persandingan dua pasangan mempelai iaitu Afiq dan Balqis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience