BAB 13

Humor Completed 46859

Di Restoran

Farish POV

"Dah sampai. Jom" kata ku dengan mesra.

"Weyh kau ni biar betul! Tak akan nak makan dekat sini. Nampak sangat restoran ni 5 bintang punya kan " kata Arisya dengan nada yang terkejut.

"Alah rileks la. Aku belanja. Sekali sekala" ni je lah peluang aku nak belanja dia. Bukan senang tahu?

"Ish kau ni! Aku tak percaya la kau nak belanja aku. Ni mesti kau ada apa-apa muslihat kan!?!?" kata Arisya sambil menudingkan jarinya tepat ke arah muka ku.

"Eh eh kau ni, mana ada la! Niat aku baik ni. Dah jom masuk" kata ku lalu menarik lengan bajunya.

"Kejap kejap. Kau bukan dah makan ke?" kata Arisya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Nanti aku cerita dekat dalam. Sekarang ni kita masuk and makan dulu"

"O.okey lah" kata Arisya ragu-ragu. Kami pun berlalu masuk ke dalam restoran tersebut.

"Okey sekarang makanan dah order, so kau boleh cerita apa yang jadi tadi" kata Arisya sambil memandang tepat ke arahku.

"Macam ni cerita dia. Aku sebenarnya memang nak makan tadi tapi yang membuatkan aku tak lalu nak makan ialah Zafirah dan Zaharah" kata ku lalu diakhiri dengan keluhan yang panjang.

"Kenapa kau mengeluh? Bukannya kau sepatutnya gembira ke?" kata Arisya lalu memalingkan muka daripada ku.

"Kenapa aku suka pulak? Weyh perempuan macam tu bukan taste aku la" kata ku lalu memandang mukanya.

"Kenapa?? Diorangkan cantik. Free hair lagi. Biasanya kan lelaki ni suka yang..." belum sempat Arisya menyambung ayatnya, aku memotong.

"Arisya, please jangan fikir aku ni lelaki macam tu. Aku paling benci perempuan yang menggatal tak tentu pasal dengan orang yang baru kenal pulak tu. Aku tahu lah muka aku ni hensem macam Zizan tapi tak payah la nak ngorat aku. Padahal dah ada BF pun" memang betul pun apa yang aku cakap tu. Cakap apa?? Cakap yang aku ni hensem macam Zizan and diorang tu dah ada BF. Hari tu aku nampak diorang dengan dua orang lelaki ni, nampak macam anak orang kaya jugak la, mesra gila.

"Euww perasan dia tu hensem macam Zizan. But wait, kau cakap yang diorang tu dah ada BF? Mana kau tahu? Entah-entah itu abang dia ke?" Arisya ni kalau memang tak pernah percayakan aku.

"Betul apa aku ni hensem macam Zizan. Kau ingat kau seorang je ke yang minat dia? Yang pasal diorang tu aku nampak and aku dengar lagi diorang bahasakan diri sayang bagai" kata ku lalu membuat muka meluat apabila menceritakan tentang dua minah tu.

"Sibuk je nak tiru aku minat Zizan. Cuba kau cakap sikit macam mana kau punya ciri-ciri perempuan idaman" katanya.

Arisya POV

"Sibuk je nak tiru aku minat Zizan. Cuba kau cakap sikit macam mana kau punya ciri-ciri perempuan idaman" aku cuba untuk mengorek rahsia. Tapi kenapa aku rasa lega gila bila dapata tahu yang Farish benci diorang eh??

"Aku suka perempuan jenis yang simple but nice. Maksud aku, dia simple tapi nampak cantik luar dan dalam. Kalau nak tahu aku suka siapa, aku suka kacau orang tu" kata Farish dengan selamba. Eh dia cakap 'suka kacau' orang tu?? Tak akan la aku?? Aku ni pun jenis yang tak suka berfesyen sangat. Pergi kelas pun aku pakai seluar jeans, t-shirt dengan kardigan je. Ish aku ni berangan je lebih!!

"Senang cerita... kau la tu" sambung Farish. Dub dub dub...oh my!! My hearts is beating so fast!!

.........(no respon)

Eh dia ni okey lagi tak ni!??! Ke baru-baru ni dia ada masalah otak??

Farish POV

"Senang cerita... kau la tu" sambung ku. 'Harap-harap la dia percaya apa yang aku cakap and yang paling penting dia pun ada perasaan yang sama dengan aku.' Aku pura-pura tenang dan sambung makan. Arisya yang daripada tadi memerhatiku, sambung makan juga.

"Farish. Kau ni sakit eh? Jujur je lah. Kau sakit apa doww??" aishh dia ni kan! Nampak sangat perli aku!

"Mana ada la. Betul la apa yang..." tidak sempat aku menyambung, Arisya dengan segera memotong.

"Eh jom lah pergi taman balik. Diorang dah tunggu lama rasanya" kata Arisya lalu bangun dari tempat duduknya.

"Hmm" aku tak tahu apa nak cakap lagi. Sampai bila dia nak anggap yang aku ni main-main je! Takpe, aku akan terus memikat kau Arisya! Aku tak akan berputus asa! Fighting!

Di Taman

Arisya POV

"Eh mana diorang ni?? Dah balik ke??" kata ku.

"Iye lah kot. Takpe lah jom aku hantar kau balik" kata Farish.

"Eh tak apa lah. Susah kan kau je. Lagi satu kereta aku ni siapa nak ambik?" aku mengelak.

"Aku boleh...."

"Arr Farish aku balik dulu okey. Bye!!" pheww nasib baik aku sempat lari. Kalau tak mesti dia dah merapu dah. Tapi aku tadi rasa macam nak dia yang hantar aku balik. Hmm apa dah jadi dengan aku ni!

Di Bilik

"Weyh korang! Sampai hati tinggalkan aku tadi!" kata ku.

"Dah kau lambat sangat. Lagi satu kitorang tak nak la kacau kau dengan Farish ber'dating' tadi" kata Balqis dengan selamba. Mimi hanya mengangguk untuk mengiyakan.

"Korang intip aku eh??" kata ku lalu menudingkan jari tepat dihadapan muka diorang.

"Mana ada. Kitorang teka je. Memang betul la korang dating tadi" kata Mimi. Kau tak pandai menipu la Mimi. Nampak sangat dari muka kau tu.

"Baik kau cakap betul-betul, Mimi. Kau tipu je kan?" tanya ku.

"Betul la. Tak akan la kau tak percaya kitorang. Kitorang kan BFF kau" ujar Balqis. Dia ni susah sikit. Pandai menipu. Ada ke patut, dulu masa zaman sekolah kitorang, Balqis ada suka seorang budak ni. Lepas itu, dia tipu kitorang, katanya ada hal la apa la bila kitorang nak hang. Lepas dia tipu pulak, dia tinggalkan kitorang and pergi dekat mamat tu. Balqis dah tahu mamat tu kira budak 'hot' la dekat sekolah tu mesti la ramai yang suka dia tapi dia tetap nak luahkan juga perasaan dia dekat mamat tu. Jadinya, dia kena tolak mentah-mentah. Tak cukup kena tolak, kena hina pulak tu! Balqis pun pergi balik dekat kitorang, minta maaf bagai and kitorang pun maafkan. Dia cerita apa yang berlaku. Aku pun pergi sound budak tu depan orang ramai. Sejak daripada tu la aku jadi 'taiko' ekat sekolah tu. Tapi taiko jenis baik la. Hehe...bila ingatkan balik, memang aku rindukan semua tu. Buli budak, 'pow' orang, tapi sekarang aku dah insaf.

"Iye la Balqis oii. Aku percaya korang. Aku nak mandi dulu ni. Korang dah mandi belum? Aku dah la mandi sejam" aku sebenarnya malas nak tanya panjang lebar dekat diorang tu. So, aku tukar topik.

"Dah" jawab Balqis dan Mimi serentak. Diorang dah tahu sangat perangai aku yang suka sangat mandi lama-lama. Aku pun berlalu ke bilik air. Sudah jadi tabiat ku masuk sahaja dalam bilik air, mesti aku menyanyi lagu Zizan, artis favourite ku!

***

Mimi POV

"Ucapkan lah kata-katamu, dengan gurau sendamu~"

"Dah mula dah dia nyanyi lagu Zizan dia tu" kata Balqis.

"Astaghfirullahalazim! Arisya!! Kau ni hangan la menjerit dekat dalam bilik air tu! Nyanyi sudah la!" jeritku yang terkejut mendengarnya menyanyi bahagian korusnya. Haihh nasib baik sedap suara kau Sya!

"Sorry! Exited sangat" kata Arisya.

"Exited sebab dating dengan Farish la tu" kata ku kepada Balqis. Kami pun tergelak besar akibat terdengar Arisya menyanyi lagu cintan cintun di dalam bilik air. 'Hahaha...aku tahu kau dilamun cinta dengan Farish, Arisya! Aku tahu!' ujarku di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience