BAB 16

Humor Completed 46859

Arisya POV

"Kau Arisya!??" Balqis menjerit namaku lalu berjalan menuju ke arah ku dan....mengangkat tangannya untuk menamparku. Akibat terlalu terkejut, aku hanya kaku di situ. Aku hanya membiarkan Balqis menamparku. Tiba-tiba aku rasa ada tangan yang menghalang Balqis daripada menamparku.

"Eh Balqis kau kenapa nak tampar kawan baik kau sendiri!?!!" bentak Mimi.

"Kawan baik aku?? Huhh tu dulu la weyh!!!" marah Balqis pula. Dah kenapa tiba-tiba dingin dengan aku ni.

"Balqis, kenapa kau ni marah sangat dekat aku. Aku ada buat apa-apa yang salah ke dekat kau??" kata ku dengan lembut.

"Ahhh blah la kau!! Kau memang banyak salah pun dengan aku!" marah Balqis.

"Cuba kau bawa bertenang dulu. Kau cerita kenapa kau marah sangat dekat Arisya ni" kata Mimi.

"Ahh tak ada apa nak diceritakan!! Ni semua salah kau, Arisya!" bentak Balqis lalu keluar dari bilik yang kami diami.

"Weyh kenapa Balqis tu!?? Apa lagi masalah dia?" kata ku. Sekarang ni memang betul-betul confuse situation.

"Entah la wey. Tak akan perangai dia datang balik kot! Ahh aku rasa ni mesti ada kena mengena dengan Afiq" ujar Mimi. Aku membuat muka blur kerana tidak faham akan kata-kata Mimi.

"Err tak faham" kata ku. Virus blur Mimi dah berjangkit dekat aku dah.

"Kau ni dah macam aku dah. Tapi blur kau sekarang ni lagi teruk daripada aku. Haha...nanti je lah aku terangkan ye" jawab Mimi. Kurang asam jawa punya kawan!

"Mengaku juga kau kan. But aku lagi blur tu aku tak setuju" nafi ku.

"Hahaha lawak lah kau" gelak Mimi setelah melihat telatahku yang memuncungkan mulut ala-ala donald duck gitu!

******

Esok

Aku lihat di sekeliling kelas kami untuk mencari kelibat Balqis. Tiba-tiba mataku terasa sakit apabila ternampak aksi Zafirah dan Zaharah yang gedik tu!! Perghh pedih mata aku ni haa!

"Weyh Mimi, mana Balqis eh? Tak akan dia ponteng kot?" tanya ku.

"Entah la wey. Tadi aku cuba call dia tapi tak dapat" jawab Mimi. Alah kawan aku seorang ni buat hal la pulak!

***

Selepas habis kelas

"Arisya! Aku rasa aku nak pergi cari Balqis la. Kau pergi la dengan Farish buat assingment tu. Bye " ujar Mimi. Belum sempat aku hendak berkata apa-apa dia sudah meninggalkan ku. Aku pun nak pergi cari juga! Ini tidak adil!

"Arisya, jom pergi taman" ujar Farish.

"Jom tapi Mimi tak datang tau sebab ada hal" kata ku.

"Okey. Lagi bagus" kata Farish lalu tersenyum sendirian. Aku memandangnya tajam.

"What!! Don't look at me like that! I know I'm handsome" kata Farish lalu menyelak rambutnya ke belakang kononnya macho lah sangat.

"Euww aku rasa tapak kaki aku ni lagi handsome la" balasku. Dengan kata-kata ku, matanya sudah terbeliak.

"Ye ke?? Tunjuk sikit! Aku nak lawan dengan dia siapa lagi handsome. Berani dia pikat babe aku!!" gurau Farish. Bengong punya Farish. Aku yang mendengar kata-katanya terus tergelak besar.

"Hahahhhahaha" Farish hanya memandangku pelik.

"Apa!?!?" tanyaku yang sudah membalasnya dengan muka pelik sepelik-peliknya. Farish yang melihat muka ku, terus tergelak. Akhirnya kami pun tergelak bersama.

"Dah dah. Aku rasa kalau kita terus gelak, sampai esok pun tak habis lagi" ujarku.

"Dah jom gerak. Aduii lawak+comel muka kau bila buat macam tu!" kata Farish.

"Stop merapu okey" kata ku.

"Insyaallah" balas Farish.

****

Mimi POV

Sebenarnya aku tipu Arisya kata nak cari Balqis. Actually Balqis yang sms aku suruh aku jumpa dia. Dia kata dia tak nak jumpa Arisya buat masa sekarang. Kami berjumpa di sebuah cafe. Ahh tu pun Balqis.

"Balqis" tegurku. Dia hanya membalas dengan senyuman palsu.

"So, kau ada apa-apa ke nak story dengan aku? Don't worry aku akan dengar walau apa sahaja yang kau nak cerita" kata ku.

"Aku benci Arisya!" itu je yang keluar dari mulut Balqis.

"T..tapi kenapa? Kenapa tiba-tiba je?" tanya ku. Hairan la aku sekarang ni!

"Aku cerita ni kau jangan nak cerita dekat Arisya or I will hate you too" ugut Balqis. Uishh seram aku! First time dia sebegitu menakutkan macam ni. Sebelum ni perangai dia tak ubah seperti orang gila.

"O..okay okay" akibat terlalu takut, aku terus jadi gagap.

"Afiq suka Arisya" kata Balqis dengan sayu.

"Haaa?!? Kau biar betul! Ni mesti kau dengar khabar angin dari mulut orang yang tak ada insuran ni!" bentak ku.

"Masalahnya Afiq yang cakap dekat aku sendiri! Kenapa? Kenapa asyik Arisya je? Apa istimewanya dia tu!! Aku yang rapat dengan dia, layan dia dengan baik, tak akan dia tak nampak!! Aku hari-hari mekap, pakai baju cantik-cantik hanya untuk dia!! Tapi kenapa dia begitu buta! Tak akan dia tak nampak yang Arisya tu tak macam perempuan langsung!!" mendengar kata-kata Balqis menghina kawannya sendiri, kawan ku, aku sudah terasa panas sangat!!

"Cukup!! Sudah la kau menghina kawan kita tu! Memang la dulu perangai dia macam lelaki tapi sekarang dia dah tak macam tu! Kau nak tahu kenapa Afiq tak suka kau? Sebab perangai kau! Perangai kau lagi teruk daripada Arisya!" marah ku pula. Balqis terus mengalirkan air matanya setelah mendengar ayat terakhirku.

"Aku benci kau dengan Arisya!!!!" jerit Balqis lalu berlalu dari cafe tersebut. Orang sekeliling hanya melihat drama yang kami persembahkan. Aku dengan perasaan yang bercampur-baur keluar dari cafe.

*****

Sementara itu...

Farish POV

Di taman

Aku dan Arisya sampai di taman untuk menyiapkan assingment tersebut. Alangkah indahnya kalau aku dan Arisya macam tadi selalu. Like I'm in a heaven, you know??

"Hai Arisya!" tegur Afiq. Aihh mamat ni tegur dia je ke??

"Tegur Arisya je? Aku?" ujarku. Afiq hanya tersenyum kepada ku. Lalu duduk di sebelah Arisya. Aiii dia ni memang cari masalah dengan aku!

"So, korang tunggu apa lagi? Start la" kata Arisya. Aku pun memulakan kerja-kerja yang patut aku buat. Arisya juga memulakan kerjanya. Afiq...Apahal dia ni termenung je dekat Arisya!! Cari nahas betul la dia ni.

"Afiq buat lah kerja kau. Yang kau duduk termenung je apahal? Kalau nak termenung pun pandang dekat tempat lain, bukan dekat babe aku ni " tegurku.

"Suka hati aku la. Aku punya mata aku punya suka la. And one more thing, she is not your babe! Betulkan Sya?" kata Afiq. Ku lihat Arisya memandang kami berdua pelik.

"I...iye?" kata Arisya acuh tak acuh. Owh kau nak main game yee. Aku akan turut main juga. Aku duduk di sebelah Arisya dan tanya sesuatu. Alahb setakat Afiq tu termenungkan Arisya tak gentle la bro!

"Arisya, ni nak buat macam mana eh?" tanyaku sambil semakin rapat dengannya. Arisya pula semakin menjauh.

"Err kau ni okey ke tak? Ni kau kena tambah je kot" kata Arisya sambil membuat muka pelik. Erkk yang aku ni pun pergi tanya dia soalan yang budak tadika pun boleh jawab kenapa? Kan dah malu. Aku lihat Afiq tergelak kecil apabila terdengar kata-kata Arisya. Aku memandangnya dengan tajam. Lalu Afiq memberi isyarat 'Tengok aku buat macam mana'.

"Arisya, kau nak air tak? Aku nak pergi kedai ni" kata Afiq. Aku hanya menjelingnya. Biasanya dia tak nak sebab katanya tak nak menyusahkan orang.

"Tak apa la. Buat susah-susah je" kan betul Arisya akan cakap macam tu. Aku ni dah kenal dia lama la. Giliran aku pula yang gelakan Afiq. Aku memberi isyarat kepadanya pula 'Belajar daripada yang pro lah wey'

"Babe, I love you" kata ku kepada Arisya. Secara automatik kepala Arisya berpusing ke arah ku dan....menamparku??? Haha..gurau! Dia tampar ala-ala manja gitu. Tapi sakit juga lah! Kemudian Arisya bangun dan berkata.

"Aku dah kata jangan panggil aku macam tu lagi. By the way, hari ini kau bawa kereta apa?" tanya Aridya dengan lembut.

"Aku bawa baby aku tu la" kata ku dengan selamba. Aku pada mulanya tidak terfikir apa-apa. Arisya pun beredar. Afiq terus tergelak besar.

"Hahahahahahaha..So sweet! Pro macam tu? Kena tampar apa cite dowh!" ujar Afiq. Aku rasa kalau ada cermin depan muka aku ni, mesti dapat nampaj betapa merahnya muka aku menahan kemarahan.

"Tu la kejadian yang paling sweet antara kami tau!" kata ku lalu menjeling ke arah lain. Bila aku refresh balik apa yang dikata Arisya, baru aku ingat yang...... baby aku akan ditinggalkan kesan oleh Arisya!!!!! Secara automatik, aku bangun dan berlari menuju ke kereta kesayanganku.

"Eh eh Farish kau nak pergi mana!?!!" jerit Afiq. Ahh tak ada masa nak jawab soalan dia tuh. Apabila aku sampai, aku lihat Arisya.yang memegang kunci keretanya, menepuk tangan tanda sudah habis menoreh keretaku. Oh no!!!

"Tidakkkkk!!!!! Baby ku!!!" jeritku sambil melutut di depan kereta ku. Arisya di sebelahku tergelak besar.

"Kenapa kau gelak?? Aku tengah pasrah ni!" kata ku dengan sayu. Tapi kenapa aku tak nampak sebarang kesan pun dekat kereta aku ni? Aku pun check disekeliling kereta ku ini dan...

"Hahahaahahahaha...kau ni senang sangat kena tipu la! Hahaha" kata Arisya lalu menyambung gelaknya. Oh kena tipu yee.. Aku berjalan ke arahnya dan merampas kunci keretanya.

"Weyhh bagi la balik kunci aku tu!" jerit Arisya. Huhh tak ada maknanya aku nak bagi. It's time for revegne, girl!

"Aku tak nak bagi!" kata ku dan terus berlari ke tempat kami membuat assignment. Arisya mengejarku. Haishh dah macam orang bercinta dah! Hehe~

Arisya dengan termengah-mengah datang kepada ku dan barkata..

"Weyhh..bagi..balik..kunci.. macam mana..aku..nak..balik.." kata Arisya. Kesian pulak aku tengok princess aku ni. Hmm nak buat apa eh dekat dia?? Hurmmmm....Hahh! Aku tahu!

"Pleaseee bagi balik" kata Arisya sambil membuat muka comel. Ye memang dia comel, lagi comel dari aku. Aku sedar.

"Boleh tapi dengan satu syarat" kata ku.

"Apa dia? Asalkan aku dapat balik kunci kereta aku" katanya.

"Nak tak nak kau kena juga setuju dengan syarat ni. Aku akan ambil dan hantar kau balik selama seminggu ni. Dan selama seminggu ni juga kau tak dapat kunci kau" kata ku sambil membuat muka selamba.

"Haa!!! What the..."

"Kalau kau tak nak juga, sampai bila-bila kau tak akan dapat balik kunci kereta kau ni" sambungku.

"Ish! Yela yelah!" dengus Arisya.

"Haa macam tu la!" kata ku lalu tersenyum.

"Dah lah. Aku nak balik ni" kata Arisya lalu mengemas semua barangnya.

"Eh mana Afiq eh?? Baru aku perasan" tanya Arisya.

"Alah biar la dia tu" kata ku. Lalu kami pun bergerak.

****

Afiq POV

Aku hanya memerhatikan gelagat antara Arisya dan Farish dari jauh sahaja. Mereka nampak sesuai bersama dan Arisya juga nampak selesa bersama Farish walaupun hakikatnya mereka sedang bergaduh. Tapi...aku tak akan senang-senang lepaskan Arisya. Aku akan buat Arisya jatuh cinta dekat aku sebelum Farish yang memulakan langkahnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience