BAB 21

Humor Completed 46859

Arisya POV

Selepas kejadian di taman tu, aku terus balik ke rumah dalam keadaan marah yang amat!!

"Aihh marah je anak ibu ni? Kenapa? Ada benda yang menarik terjadi ke?" tegur ibu. Ish ibu ni perangai macam budak-budak. Suka sangat la sakat aku ni!

"Memang pun. Tapi menarik tu tukar kepada menyakitkan hati! Urghh!" rungutku.

"Lelaki ke perempuan?" tanya ibu. Aikk ibu ni macam tahu-tahu je.

"Lelaki. Kawan merangkap pembuli masa sekolah dulu" kata ku. Ibu hanya tergelak mendengar ku berkata begitu.

"Kenapa ibu gelak pulak? Anak ibu kena buli dulu, ibu tak marah?" kata ku dalam penuh kehairanan.

"Alaa, dia gurau manja je tu kot. Nak perhatian Sya je. Orang kata jangan marah sangat nanti suka" ata ibu. Gurau manja ibu kata? Kitorang sampai berperang pun tu dikatakan manja?

"Sya nak naik dulu la. Nak mandi" kata ku.

"Haa pergi mandi. Patut la dari tadi lagi bau lain macam" kata ibu sambil membuat muka. Haihh ibu, ibu. Aku pun berlalu ke bilikku.

Selepas selama 20 minit mandi, aku pun berchit-chat bersama Mimi dan Balqis di group wechat kami. Rasanya ni paling sekejap aku mandi! Biasanya 30 minit dan ke atas.

Aku pun mulakan perbualan kami di group itu. Aku menceritakan segala yang berlaku di taman pagi tadi. Apabila aku bercerita, kedua-dua mereka berkata...

"Kalau dah jodoh tak ke mana la!"

Ada ke patut diorang kata macam tuh!?!? Bukan nak backup aku ke apa? Aku mula berfikir balik. Kenapa Farish ada dekat sini? Tak akan dia ikut aku? Perasan je lebih kau ni Sya!!

"Arisya!! Turun kejap!" jerit ibuku. Uitt ibu ni pun!! Buat terkejut aku je!

"Kejap ibu!" balasku. Aku menyepatkan langkahku ke ruang tamu. Ibu paling tak suka orang yang lambat-lambat!

"Ye ibu. Kenapa?" tanyaku apabila sudah sampai di ruang tamu.

"Malam ni kita pergi rumah bakal suami Sya!" kata ibu dengan gembira. Ibu pula yang terlebih exited!

"Owh ok. Abah ikut ke?" tanyaku.

"Mestilah ikut! Nak jumpa bakal menantu kan? Hari ni abah balik awal. Jadi boleh la pergi" kata ibu. Kenapa aku tak sedih eh? Walaupun dah tahu yang aku ni nak kahwin dengan orang yang aku tak kenal. Mungkin Farish tu memang bukan jodoh aku.

"Sya siap lah dulu. Pakai elok sikit. Kalau boleh pakai dress" kata ibu. What!! Dress?? Woahh aku memang alah dengan dress ni! Nak jalan rasa tak bebas!

"Alaa ibu! Tak boleh ke pakai seluar jeans je! Lelaki tu kena la tahu diri Sya yang sebenar. Dia kena terima" balasku.

"Dia dah memang tahu perangai Sya macam mana. Sya pakai je la. Untuk ibu pakai la ye! Sayang ibu kan?" ni yang aku lemah ni! Ugutan ibu tu memang mengancam dunia akhirat!

"Iye lah. Nanti Sya pakai. Tu je kan? Nanti ibu jangan buat yang bukan-bukan dekat sana eh" kata ku. Faham-faham je lah! Ibu hanya tersenyum. Aku kembali ke bilik ku.

(Skip)

Selepas aku bersiap, aku melihat diriku di cermin. Nampak lain gila la! Maklum lah, last aku pakai dress masa aku darjah 5. Masa tu memang saat yang paling MEMALUKAN!

Cerita dia macam ni, masa tu ada jamuan akhir tahun. Tema bebas. Aku pakai la dress yang ibu dan abah beli. Tengah aku syok sangat jalan ke kelas sampai tak ingat dunia, tiba-tiba seorang budak lelaki ni lari dan terpijak kain aku. Aku pula terasa macam dunia ni slow motion and terjatuh! Ceh macam cerita hindustan pulak! Start tu aku dah berjanji dengan diri aku dah tak nak pakai dress!

Aku tersentak dari lamunan apabila terdengar ibu memanggilku. Dalam hati aku berdoa harap-harap la tak jadi apa-apa yang buruk kejap lagi! Aku kemudiannya turun.

Ibu dan abah tersenyum melihatku.

"Wahh second time in my life I saw my daughter in dress!!" kata abah. Aihh abah, perli apa? Aku sudah mencebik.

"Hahaha. Anak ibu cantik la pakai dress. Mesti nanti bakal suami Sya tergoda" kata ibu.

"Euww..tergoda? Geli dengar!" kata ku. Aku pelik lah, ibu tak pernah cakap apa nama bakal suami aku ni! Aku pun satu juga, tak pernah tanya!

"Dah jom gerak. Nanti lambat pula" ujar abah.

"Cakap macam la jauh sangat. Bukannya jauh pun" gurau ibu.

"Hehe..dah jom" kata abah lalu pergi ke kereta untuk memanaskan kereta.

Aku lalu memakai stokin. Ibu memandangku pelik.

"Kenapa nak pakai stokin?" tanya ibu.

"Sebab nak pakai kasut la. Kenapa?" ujarku.

"Ya Allah budak ni pun! Apa ke pelik sangat. Pakai dress lepas tu pakai kasut sneakers" kata ibu. Erk ibu ni macam tak tahu stail aku.

"Alaa ibu. Baru hip hop!" kata ku.

"Ahh takde-takde! Pakai kasut tinggi ni. Kasut ni tak ada la tinggi sangat. Tak sampai satu inci pun" kata ibu. Tak sampai satu inci pun bagi aku tinggi juga!

"Ibu, bila ibu beli kasut ni? Sya pelik la. Ibu dah memang rancang kan?" kata ku. Nampak sangat la ibu!

"Ahh ye kot. Eh jom la. Abah dah tunggu tu" kata ibu lalu terus masuk ke dalam perut kereta. Macam tu pun boleh eh?

*****

Di Rumah Mak Far

Sebaik sahaja sampai, aku terkwjut melihat rumah itu. Mak aihh!! Besar gila! Tak sangka Mak Far dengan Ayah Is ni kaya eh! Sambilku leka melihat kawasan rumah itu, tiba-tiba aku ternampak bayangan Farish! 'Eh tak akan la Farish ada dekat sini? Tak tak! Tu fikiran kau je tu!' bisikku di dalam hati. Aku terus berlari ke arah ibu dan abah.

"Haa dah sampai pun" kata Mak Far kepada kami. Aku menyalam tangan Mak Far dan Ayah Is. Kami kemudiannya duduk di sofa ruang tamu.

"Cantiknya bakal menantu aku hari ni!" kata Mak Far kepada ibuku. Aku hanya tersenyum malu. Sepanjang mereka berbual, aku hanya duduk diam sahaja sambil memerhatikan rumah tersebut. Mana lelaki yang kononnya bakal suami aku tu? Kata aku akan berjumpa dengannya hari ni.

"Arisya ni senyap je daripada tadi. Jangan la malu-malu. Lagipun nanti kitorang ni keluarga awak jugak" gurau Ayah Is. Aku ni bukan apa, bila aku dah buka mulut je, mesti aku dah tak boleh diam. Aku tak nak la di'cop' sebagai budak yang suka menyampuk cakap orang tua.

"Arisya ni bukannya pendiam pun sebenarnya. Dia boring la tu sebab tak ada kawan nak bercakap" kata abah. Aih sempat lagi nak kutuk anak sendiri?

"Ye tak ye jugak eh? Lupa nak panggil Ayish" kata Mak Far. 'Ayish nama dia?? Perghh macam nama perempuan je? Hahaha... ehh tak baik kutuk bakal suami sendiri!' bisikku di dalam hati. Aku sudah tersenyum sendirian.

"Senyum-senyum nampak, Sya? Suka la tu nak jumpa bakal suami" sakat ibu. Eh lain pula difikirnya!

"Ayish!! Mari turun!" jerit Mak Far.

"Ye mak!" jerit lelaki itu. Kenapa macam suara Farish? Aku ni dah angau sangat la dengan dia sampai suara lelaki tu pun dengar macam suara Farish!

"Eh Is, apa cerita syarikat kau tu?" tanya abah kepada Ayah Is kemudian berlalu dari tempat itu. Dah kenapa tiba-tiba pergi macam tu je?

"Mak!" tegur lelaki itu. Aku tidak nampak muka dia kerana dia di belakangku.

"Haa Ayish pergi tolong ambilkan air untuk Arisya ni" kata Mak Far. Apabila aku pandang ke belakang untuk melihat mukanya, dia sudah kembali barjalan ke dapur.

"Eh Niza! Aku ada benda nak tunjuk dekat kau. Jom ikut aku" kata Mak Far lalu meninggalkan aku seorang di situ. Alamak!! Ni yang aku maksudkan benda yang bukan-bukan tu! Alaa tak akan tak ingat kot! Baca balik kalau tak ingat.

"Arisya! Mana mak saya dan mak awak?" tegur lelaki itu. Serious suara dia macam Farish!! Tapi Farish tak sesopan dia ni!

"Ahh dekat..." belum sempat aku menjawab, dia sudah berkata.

"Saya pergi cari dulu eh. Awak tunggu dekat sini kejap" kata lelaki itu. Aku baru nak tengok muka dia, dia dah blahh!! Huhh!

Now I'm alone! Aku mengambil keputusan untuk berwechat dengan dua orang kawan tersengalku!

'Weyh korang!' aku memulakan perbualan.

'Yo apa cerita dekat sana?'- Balqis

'Macam-macam cerita! Sekarang aku ada dekat rumah Mak Far merangkap mak mertua aku! Huhh!'- Aku

'Kenapa kau macam marah je?'-Mimi

'Memang aku tengah marah pun!'- Aku

'Cerita lah wahai kawanku! Luahkan segala perasaanmu kepada kami!- Balqis. Apa bengong semacam Balqis ni hari ni! Mungkin gembira sangat sebab Afiq nak masuk minang dia kan!?!

'Aku kan sekarang dekat rumah Mak Far ni. Lepas tu boleh pulak mak dan ayah aku tinggalkan aku seorang dekat sini dengan Ayish ni!- Aku

'Ayish?? Balqis! Macam....'-Mimi. Kenapa dengan Mimi ni! Tiba-tiba je nak panggil Balqis walaupun dalam wechat pun jadi.

'Aah la Mimi!!'-Balqis. Dah menapa diorang ni!?!?

'Weyh kenapa nih?? Korang ada sorokkan rahsia daripada aku eh?'- Aku

'Eh tak la! Kau ni fikir negative je'- Mimi

'Aah Sya! Wey korang, aku nak bagitahu ni'- Balqis

'Apa dia?'- Mimi

'Dalam masa terdekat ni aku dengan Afiq nak bertunang!!'- Balqis

'Wuyooo! Tahniah!'- Aku

'Kahwinnya bila? Aku tak sabar nak tempat duduk VIP. Pengapit tak jadi, tempat duduk pun jadi la'- Mimi.

'Hahahaha..sakai la kau! Kahwin tu lambat lagi la! Agak-agak la. Malu aku'- Balqis

'Pengapit mesti lah aku kan Balqis? Hehe'- Aku

'Jangan nak perasan'- Balqis

'Hahahaha'- Mimi

Tengah aku syok layan budak-budak sengal ni, tiba-tiba suara garau menegurku.

"Seronok nampak!" tegur Ayish. Haihh malas betul la nak layan dia ni. Aku hanya diam dan berwechat dengan Mimi dan Balqis.

"Awak?? Tak akan tak nak layan saya dekat sini?" kata Ayish. Tak ada kerja apa nak layan dia ni!! Bukan muhrim okey!!

"Buat apa saya nak layan awak sedangkan.......... Arghhhh" kata ku sambil memusingkan badan ku ke arahnya. Alangkah terkejutnya bila....!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience