BAB 8

Humor Completed 46859

Arisya POV

Sekejap lagi aku, Mimi dan Farish dah nak balik KL. Hmmm aku tak tahu la sedih ke gembira nak balik KL sebab kalau nak cakap sedih, aku rindukan bantal peluk aku dekat bilik aku. Hehe kantoi sudah! Kalau nak kata gembira, dekat Kelantan ni best! Tapi kalau korang perasan, aku dengan Farish dah semakin baik. Haa! Pasal plan aku nak kenakan Farish tu....aku rasa aku nak batalkan je lah. Aku nak mengaku yang selama ni aku sms dia. Eh tapi tak akan la aku nal cakap yang ni juga yang suka dia. Haishh nanti aku fikir lah!

"Weyh Arisya! Cuba kau tengok Adib dengan Mimi tuh! Huihh kalah romeo and juliet" terjah Farish. Haihh dia ni! Nasib baik aku tak melatah. Kalau tak dah lama dia makan kasut saiz 7 aku ni!

"Woi salam tak ada tiba-tiba main terjah orang je kan?!?! Eh tapi diorang tu memang sesuai kan?" aku terus tukar topik. Malas la nak berperang dengan dia.

"Kan? Eh dah lah jom gerak. Dah pukul 10 ni." kata Farish lalu pergi ke kereta BMW nya.

"Haa kejap aku nak panggil Mimi" kataku dan menuju ke arah Mimi dan Adib yang sedang rancak berborak. Amboi diorang ni!

"Dah lah tu korang ni. Gurau gurau jugak. Batas kena jaga okey?" bila masa aku jadi ustazah pilihan ni? haha~

"Baik lah Ustazah Arisya. Batas akan kami jaga ye" perli Mimi. Adib hanya tersenyum.

"Jom lah gerak. Dah lambat ni." kataku.

"Hati-hati tau semasa memandu. Arisya, aku amanah kan kau supaya jaga Mimi dan jangan bagi dia dekat.dengan mana-mana lelaki pun" kata Adib dengan muka seriousnya memandang aku. Ngee seram sehh!

"Ai ai capten" kataku lalu menabik spring dekat Adib.

"Hahaha sempat lagi kau buat lawak ye" kata Mimi. Lalu kami semua gelak!

"Dah ah jom gerak. Nanti kalau sampai KL lambat jangan salahkan aku" kata Farish yang tiba-tiba muncul.

"KL! Here I come!" kataku dengan gembira.

"Hahaha kamu ni! Kalau ada masa datang la ke sini lagi. Rumah mak cik ni sentiasa terbuka untuk korang semua! Nah ni buah tangan sikit dari mak cik " kata Puan Fida. Alamak! Malunya!

"Assalamualaikum mak! Nanti kirim salam dekat kak Anis ye!" kata Mimi lalu menyalami tangan Puan Fida.

*****

Seminggu kemudian

Lepas daripada aku sampai KL, aku terus balik rumah mak ayah aku. Mak aihh rindu weyh!! Tapi dalam seminggu tu ada yang tak kena dengan mak ayah aku ni. Aku pun tak tahu mak ayah aku waras lagi ke tak sebab diorang suruh aku khawin!! Dengan anak kawan diorang pulak tu! Orang yang aku tak kenal?!?! O.M.G! Aku baru 23 kot?!!

****

Flashback

"Tapi kenapa tiba-tiba je ibu dengan ayah nak Sya khawin? Sya baru 23 tahun. 23 bukan 32. S"Sya! Boleh ibu tanya satu soalan?" tanya ibuku.

"Sejak bila kalau ibu nak tanya soalan dekat Sya nak kena bagitahu dulu. Tanya je la" kataku. Tak marah okey? Aku gurau je dengan ibu aku ni! Asal? Tak boleh?

"Hehe.. macam ni.. Kalau ibu nak Sya khawin dengan anak kawan ibu Sya nak tak?" kata ibu sambil tersengih. Aku dah buat muka terkejut beruk aku dah ni! Mungkin teruk lagi daripada beruk.

"What?!?! Ibu ni pun. Kalau nak bergurau jangan lah sekasar ini" harap-harap lah apa yang ibu kata tadi hanya gurauan!

"Ibu tak bergurau. Ibu serious. Abah pun dah setuju" tengok muka ibu yang serious macam singa, terus tak jadi nak bercakap.

"Jangan risau. Anak kawan ibu ni Sya kenal. Baik orangnya. Handsome lagi" kata ibu lalu tersenyum lebar. Setahu aku, aku ni mana ada kawan lelaki kecuali masa aku kecil dulu ada lah. Tapi aku dah tak ingat langsung siapa dia.

"Tapi ibu...."

"Dah jangan nak banyak soal. Dengar je cakap ibu tu. Pilihan ibu kan yang paling terbaik. Lagipun, kalau Sya tengok mesti Sya suka juga" abah mencelah. Euwww aku bukan jenis yang pandang sekali dah jatuh cinta. Tolong lah!

ekarang ni Sya kan tengah belajar. Ada banyak lagi lah masa" kataku dengan nada yang rendah. Tak nak la tinggikan suara. Karang di'cop'kan sebagai anak derhaka macam mana?

"Kenapa tu nanti Sya tahu sendiri bila Sya dah khawin dengan dia" kata ibu pula. Aduhh susah la macam ni!

"Hmmm" aku dah tak tahu nak cakap apa dan terus menuju ke bilik aku.

End Flashback

***

Di Asrama

"Weyh kau dah siap ke belum? Dari tadi kau asyik tetmenung je" tegur Balqis.

"Hurmm aku ada problem la!" kata ku lalu mengeluh.

"Haa problem! Apa dia?!?! Cerita la dekat kitorang. Apa guna BFF kan?" kata Mimi yang terkejut beruk bila aku cakap aku ada problem.

"Ish kau ni Mimi! Kalau ye pun tak payah la nak terkejut sampai macam tu sekali" kata Balqis dengan nada yang separuh marah.

"Haha ilek la! Nanti la aku cerita. Kita kan ada kelas kejap lagi. Lepas habis kelas aku cerita" kata ku. Mereka pun menganggukkan kepala tanda setuju.

***

Selepas Kelas

Di Kantin

"Arisya, apa yang kau nak cerita tadi?" tanya Balqis.

"Macam ni...." belum sempat aku nak cerita, tiba-tiba ada suara satu makhluk yang potong line.

"Weyh Arisya! Bila nak sambung buat assignment?" erghhh! Siapa lagi kalau bukan Farish!!

"Aduhh kau ni potong line lah aku nak cerita. Nanti-nanti lah" ataku dengan nada agak marah.

"Hah cerita? Nak dengar juga!" kata Farish lalu mengambil kerusi dan duduk di sebelah aku.

"Ish kau ni sibuk lah!" kataku sambil menolaknya sikit. Eh yang Mimi ni tersengih-sengih ni pahal! Waras lagi ke tak dia ni?

"Alaa biar je lah Farish ni. Kau abaikan je dia ni" kata Mimi dengan selamba. Aikk pahal dia ni! Biasanya dia join aku halau si Farish ni.

"Hmm malas la aku nak cerita. Ni haa aku dengar nanti ada dua orang budak baru nanti" kataku. Saja je nak tukar topik. Tapi pasal dua orang tu betul apa?!?

"Lelaki ke perempuan?" tanya Farish dengan teruja.

"Perempuan and aku dengar dia anak datuk " jawabku.

"Wahh boleh la aku mengoratkan?" sssaappp! Uishh kenapa aku rasa sakit dekat hati aku ni!! Lepas Farish cakap macam tu, aku terus tak ada mood and malas nak cakap.

"Weyh Arisya! Asal kau senyap je?" tanya Mimi.

"Tak ada apa lah. Aku rasa tak sedap badan lah. Aku balik bilik dulu tau" aku pun beredar tanpa menghiraukan mereka bertiga yang tercengang.

******

Farish POV

Eh pahal Arisya ni! Tak akan la dia jealous kot! Tapi kalau dia jealous maknanya dia suka aku lah kan!?!?

"Weyh Farish!" panggil Mimi sambil tersenyum.

"Haa apa?" jawabku setelah aku sedar dari lamunan.

"Kau suka Arisya kan?" tanya Mimi. Woii mana dia tahu woii!!!

"Weyh ye ke?!? Bukan korang dari dulu lagi ke MUSUH!??!" kata Balqis sambil membuat muka pelik mengalahkan alien.

"Ehh mmm..mana ada!" haihh aku gagap la pulak!

"Elleh kau tak payah nak tipu lah! Adib bagitahu aku" kata Mimi sambil tersenyum lebar.Aduhh dia ni tak boleh simpan rahsia langsung la.

"Kau tak pandai tipu la! Jangan risau rahsia kau akan selamat dengan aku" kata Mimi.

"Tapi Balqis ni boleh ke tak simpan rahsia?" kataku dengan gelisah. Takut juga aku kalau tiba-tiba Arisya mengamuk tak tentu pasal macam mana!!?! Tapi sebab tu la aku suka dia.

"Aku? Hehe tengok lah dulu. Kalau nasib kau baik, mungkin boleh tapi kalau sebaliknya, haa nasib kau lah ye" kata Balqis lalu tergelak kecil.

"Weyh korang, tolonglah rahsia kan pasal ni!"

"Tak apa aku akan tolong kau dapatkan Arisya. Disebabkan kau dengan Arisya pun dah pernah tolong aku dapatkan Adib" kata Mimi.

"Haa kau dengan Adib!?! " jerit Balqis.

"Aduhh kau ni tak payah la menjerit! Nanti aku cerita la dekat kau" kata Mimi.

"Farish kau dah ada plan ke belum untuk dapatkan Arisya?" tanya Mimi

"Dah. Macam ni...." aku pun menceritakan plan aku.

"What!!?! Kau dah gila ke apa!?!?" kata Mimi dan Balqis serentak.

"Alaa korang ikut je la plan aku ni. Korang nanti backup la aku" kataku.

"Hmm yelah. Tapi kalau tak jadi, aku kerat 14 kau!" ugut Mimi. Uishh seram nihh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience